Lilypie 1st Birthday Ticker

Anak Kecil

بسم الله الرحمن الرحيم




Anak ini baru berumur 2 tahun lebih. Matanya, pandangan, perbuatannya lepas dari segala dosa. Amat pandai, tidak seperti anak-anak yang lain. Aku tak pernah berjumpa mana-mana anak kecil seperti kamu bijaksananya.

Muhammad tau tak apa maksu fikir bila tengok Muhammad?

Maksu fikir alangkah bagus jika otak ini berhenti berfikir keburukan orang. Seperti Muhammad. Tiada rasa busuk hati dan prasangka buruk terhadap mereka.

Maksu fikir alangkah bagus jika mata ini berhenti melihat keburukan orang. Seperti Muhammad. Kerana mata kamu itu dicipta untuk melihat segenap keindahan tuhan yang tiada cela.

Maksu fikir alangkah bagusnya jika mulut ini berhenti bercakap keburukan orang. Seperti Muhammad. Kerana mulut kamu itu tidak pernah berhenti berdoa buat amie dan abi.

Maksu fikir alangkah bagus jika maksu seperti kamu. Tidak tahu apa itu sakit hati dan marah. Benci dan busuk hati.

Muhammad dunia ini penuh dengan manusia yang pura-pura. Berselindung dengan amal dan ibadah lima waktunya, tapi hati masih kotor berbicara.

Berselindung dengan manis muka dan senyumnya, tapi hati masih kotor mengucap fitnah tak terkata.

Kalau Muhammad nak tahu,

.
.
.
.

Maksu juga dikalangan mereka.

Tapi jika ada sedikit tersimpan pandangan suci kamu, Muhammad. Pandang maksu dengan kasih sayang ya?

Jika ada sedikit tersimpan fikiran suci kamu , Muhammad. Fikirkan kebaikan maksu ya?

.
.
.

dan jika ada sedikit doa suci dari kamu, Muhammad. Doa kan maksu punya anak soleh seperti kamu ya?



.
.
.
.
.
.


*Tak, aku tak mengandung lagi*

*M.E.T dah sebok tanya dah hari ke-14 blom*


Apa kes brader? Nak ajak I pegi mana?
 
Related Posts with Thumbnails