Lilypie 1st Birthday Ticker

Blog dan Kehidupan (Aku) - (dan) manusia yang tak henti berpura-pura

بسم الله الرحمن الرحيم


40% kehidupan aku di tempat kerja dihabiskan dengan membaca. Lebih spesifik -membaca blog. Mengisi otak kering aku bahan yang menyemakkan kepala. Sejak former PM kita menulis blog, macam-macam cerita timbul tenggelam dalam negara dijadikan makanan otak.

Apsal aku tulis blog?

Dulu pada era kegemilangan aku (cewah!) ada laa dekat 6-7 tahun lepas blog aku jadikan sebagai tong sampah ketidak puasan aku dengan seorang lelaki. Alar, budak-budak berchenta, adat la tak puas hati sikit, jadi emo tulis kat blog, pastu ramai laa stranger yang dok komen kutuk aku balik. Ada jugak yang being supportive bagai. Life aku dijadikan soup opera mereka-mereka yang bosan ditempat kerja. Tapi nak peduli apa lakan, janji hati puas.

Perlahan-perlahan aku tengok era perubahan blog dan perlahan-lahan aku cuba memahami kehidupan 'sebenar' penulis blog. Ada yang betul-betul bergantung hidup dengan blog. Ada yang hidup dengan mengharapkan sokongan dari orang yang langsung tak dikenali.

Banyak jugak blog aku baca bercerita tentang cinta. Sampai satu tahap, ko boleh jatuh cinta dengan penulisan seseorang. Dan tak pasal-pasal ko jatuh cinta dengan penulis blog tersebot. Tak kesah muka pecah rumah sekalipon. Punyala kagum dengan idea dan idealogi chenta yang cuba disampaikan. *ehem-sarah-ehem*

Aku? Tak pernah kottttt.... (tak ngaku!)

Sekarang blog orang tulis sebab nak glemer. Ada jugak yang menulis sebagai satu medium terapi kemarahan dan ketidakpuasan hati dengan kehidupan.

Paling best, blog boleh dijadikan tempat untuk menjadi seperti orang lain ATAU untuk TIDAK menjadi diri sendiri. Itu biasa. Itu suma sifat manusia untuk menutup kelemahan dengan harta benda dan kesempurnaan hidup yang diada-adakan. "Lihat laa doniaaaaaaa@!~" (bak kata Azean Irdawaty hehehe).

Ada jugak yang menulis blog untuk membuktikan sesuatu. Kepada diri, kepada seseorang. Sampai aku addicted nak baca. Sampai satu tahap dulu aku jadikan kesedihan penulis blog sebagai entertainment. Setiap hari tunggu update - dah mati belom kucing dia? dah couple balik ke jantan tu ngn pompan neh? pompan neh tak reti reti nak move on ke? apasal bangang sangat jantan neh minat pompan camtuh? haaa tu la pasal serah segala sapa suruh! etc..etc.. etc.

Dulu. Suma tu dulu. Amat-amat judgemental.

Skang, bila aku baca blog, aku memilih yang betul-betul menulis warna sebenar mereka. Bukan pura-pura. Bukan untuk menjadi orang lain. Bukan yang cuba menceritakan pada manusia, 'aku layan ceta xxx aku cool' - 'aku lepak sini aku cool' - ' aku shopping kat sini aku cool' - 'oh aku sungguh bahagia skang sila jeles' dan blabla bla lagi.

Apsal aku tulis blog?

Pasal aku banyak sifat-sifat seperti mana aku tulis kat atas. Dan aku cuba buang sifat-sifat mcm tuh..
.
.
Quote:
May 15, 2008
Shurga di bawah kaki ?
(Surat tidak rasmi di hari Ibu dari seorang ayah kepada anak-anaknya)

...Dalam apa-apa keadaanpun, sempena hari ibu, tolong jangan jadi seperti dua golongan orang ini:-

Pertama, orang yang suka menceritakan segala penderitaannya supaya semua orang simpati, lagi ramai orang simpati lagi bagus kerana dia adalah seorang yang ingin mendapat perhatian.

.
.
Kedua, orang yang menceritakan segala kelebihannya supaya semua orang cemburu, lagi ramai orang cemburu lagi bagus kerana dia adalah seorang yang ingin mendapat perhatian.

.
.
Hanya Allah sahaja tempat segala kesusahan menjadi kesenangan abadi..
.
.
Hakikat nikmat hanya boleh diceritakan kepada orang yang dapat berkongsi nikmat…
.
.
.
Tak kan lah kamu nak bercerita nikmat di inzalkan suami dengan rakan sekerja yang andartu atau janda yang bercerai kerana suami mati pucuk? hampeh! , mengarut dan berdosa!

..



Mahu baca entry tersebot dengan terperici? Klik sini "Kereta Mayat"
 
Related Posts with Thumbnails