Lilypie 1st Birthday Ticker

Debat Anwar Ibrahim dan Shabery Chik

بسم الله الرحمن الرحيم


Tak pernah-pernah aku menyentuh soal politik, tapi kali ini aku tak dapat nak tahan mengulas debat Anwar Ibrahim dan Shabery Chik.

Dah tak dapat nak tapis pakai apa dah, memang terserlah bertapa cetek pengetahuan yang ada pada Shabery Chik. Dengan mulut berbuih dan senyum senget dan hujah yang kosong, tak berhenti-henti mengemukakan hujah yang sama. Soalan-soalan yang diutarakan, berlegar tanpa dijawab.

Paling menjelekkan, apabila media (TV3-pasal aku tgk kat TV3) terpaksa sugar-coated bnyk pekara agar Shabery Chik kelihatan "hebatnya ko kat pentas tadi" selepas debat berakhir.

Pandangan yang mudah tetapi berfokus hanya untuk mewujudkan 3 bilion, tidak langsung dipandang dan ditolak mentah-mentah oleh Shabery Chik. Respon larr, kasi buah fikiran bapakkk Shabery Chik oeiii. Tak perlu laa nak quote ayat org sana sini. Buat recap sampai 10x, minyak naik bukan salah Kerajaan. Memanglaa bukan salah kerajaan. Tapi salah kerajaan menaikan minyak dengan MENDADAK. Jawab soalan tu dulu, kenapa begitu mendadak? Boleh aku buat pertimbangan pesal minyak naik. Apa penyelesaian nya?? Nada.

Adab berdebat bapakkk Shabery Chik pon macam aku mula-mula belajar nak berdebat zaman sekolah dulu. EMO lebeh. Tapi zaman sekolah dulu, nasib ahh aku senang belajar tu yg aku dapat jadi best speaker peringat negeri tuh. Okeh poyo. Continue.. Bapakk Shabery Chik tak perlu emo tak tentu pasal. Enough laar beating around the bush. Rakyat dah dengar, dah paham dah buat penilaian. Media tak perlu laa nak tepek gula sana sini, buat rakyat menyampah dan sakit hati je.

Point bapakkkk Shabery Chik yang dok compared Malaysia to Venezuela and Saudi Arabia dari awal perbahasan, lepas tu kata please don’t compare Malaysia to those countries, Pakkk, apakkk ceta apa neh?


Point bapakkk yang dok kata we are not even the top 20 oil producing countries, yet bapak kata we are one of the top oil producers. Pakkk, apakkk ceta apa neh?

We are debating on "fuel price hike" .. apak bleh buat LIVE BASHING session kat kedai kopi dengan Anwar. Cuba apak try ajak dia keluar minom. Heh.

Jelas sekali apa yang cuba di ketengahkan, usul dan cadangan yang boleh diterima pakai untuk menurunkan harga minyak... apa laaa yang besar sangat telor UMNO neh, untuk menerima usul tersebut dari pihak pebangkang? bukan orang lain pon orang ISLAM jugak. Dapat bantu ekonomi negara ISLAM jugak. Apakk nak parti apakkk memerintah, perintah je laa, tapi kalo ada usul yang lebih baik, mampu memantapkan ekonomi rakyat, tidak menjerut leher kami, walo dari ORANG KAFIR sekalipon tak salah kita guna pakai.

Please la bapak Shabery Chik, rakyat dah cukup ikot perot dah ni. Takan nak tunggu ada yang gantung leher?

Yang dok jerit IDOP PAKLAH tuh, please mintak paklah idopkan wallet aku yang kering neh jugak. Sure ko dapat banyak duit kan?
 
Related Posts with Thumbnails