Lilypie 1st Birthday Ticker

Bila laki {aku} demam . . .

بسم الله الرحمن الرحيم


Boleh kata ini firt time aku berhadapan dgn dia bila dia demam (gila-gila). Hish. Susah nya kooooo@!~

Ye la kan, all this why dia manjang sehat je. Memanjang horny je. Sekali flat, syoknya mak takde orang ganggu tengok TV (bukan syok pasal dia demam ok, take note).

Tapi dalam syok-syok tu. Baru tau bertapa tak bestnya takde orang nak mengendeng, takde orang nak tolak-tolak rambut, takde orang nak amik minyak Yuu Yee cap kelapa laut. Heh.

Balik keja semalam dia dah message kata demam. Ingat demam biasa. Bila balik rumah
makin teruk panas. Rasa boleh goreng telor mata atas perot dia. Panas gila-gila.

Aku tak tau laa petua nenek kebayan mana dia belajar, setahu aku bila demam panas neh, tuam ngn towel yang dah direndam ngn air sejuk. Kasi surut.

Ni tak, ada ke suruh aku tuam ngn towel rendam air panas.

Apa lagi, ibu-ibu ngandung mcm aku neh sure la kan sensitip. Kepakaran aku (tuam kepala) dipertikaikan. Tu tak masuk kes cara aku potong bawang lagi tuh untuk air assam ikan bakar. Part tu aku story later.

Apa aku buat je tak betul. Takpe, orang demam. Kasi can.

Tapi kalo dah panas mendidih, mata dah merah aku baring kat sebelah pon terasa bahangnye tp takmo jugak tuam kepala.

Memang nak kena ni!!!@!~

Dah aku nak tengok TV pon kejap kejap pi tuam kepala dia ngn ais, aku masuk balik bilik tengok towel dah ada kaki.

Memang nak kena ni!!@!~

Sampai ajak pi spital pon yarabi mcm nak kena mandi kat tempayan jam 4.30pagi punya liatnya. Aku tak tau laa cemana mak apak dia ajak dia pi spital nak bersunat dulu.

Body temp. makin naik, orang tua-tua kata tuam ngn air daun bunga raya putih. Satu keja plak aku nak mencari malam-malam buta tuh. Kang orang ingat kena sampuk pulak. Alih alih aku tuam ngn botol air balut towel yang aku dah bekukan.

Dia bukan tau pon aku risau cemana. Suka-suka je takmo pi spital. Geram btol laarr! Dah la panas mcm seterika!

Pagi tadi aku paksa jugak singgah Darul Ehsan Medical Center.

Bila dokter nak Jap, tak mahu. Yarabiiiiiiiiiiii@!~

Aku nak amik coti pon tak bleh pasal ada deadline untuk prototype. Nak pegi keja pon berat ati. Nak dok umah, dia bukan nak pon aku tuam-tuam dia.

Sigh.

I risau you tau tak!!!!!!


Gila!!!@!~
 
Related Posts with Thumbnails