Lilypie 1st Birthday Ticker

Bila lelaki diam..

بسم الله الرحمن الرحيم


Terus terang kata, aku dari dulu mmg takbleh tenung M.E.T right in the eye. Takot. Macam nak makan orang. Tapi keja aku selalu curi-curi pandang. Bila dia tgh drive. Masa dia tengah makan. Kalo time gado (mmg aku suka cari gado la kan), bila dia suruh aku pandang dia. Sumpah aku tak pandang. Aku tak tau la dia tau ke tak. Aku suka pandang dia tp bila dia tak perasan laa yg aku dok eyeing dia. Kalo tengah terlentang tengok TV, mmg sah sah aku kejap kejap curi curi tengok dia yang terlentang jugak tgk TV. Dia tak pernah tanya apa aku fikir masa aku pandang dia (ye la kan dah nama curi-curi pandang, naseb laki sendiri kalo tak, ketumbit dah mata akuk).

Tapi 2-3 hari neh, aku terlebih pandang la kot, pasal aku tengok dia diam je. Banyak diam. Tak banyak ceta. Aku dah buat salah ke? Ke pasal aku nye demam yang MC 2 hari melepet kat umah buat dia rasa bosan? Ke pasal aku demam, letih memanjang buat dia rasa boring. Alahaiiiiii risaunya makkkkkkkkk@!~

Bila aku tanya, dia senyum je. C'mon laa dia kalo diam lagi bahaya ko dari aku punya diam. Sejak baik demam hari Ahad tu, badan aku cepat letih + ngantuk. Itu hari masa tengah baring tengok TV dengan dia, dia diam lagi. Dalam keta diam lagi. 2 Hari dah neh. Bukan laa tak cakap mende. Tapi dah kurang bercakap. Nak je ketuk kepala dia biar kuar bubble or dialoq box. Boleh sikit aku baca fikiran dia.

Ada satu malam tu jugak dia tanya aku, dia tak jaga aku baik ke, pasal aku demam je manjang. Hish I'm pregnant laa bang... normal la letih-letih neh. Peh tuh diam. EEEeeeeee@!~ Urmmm.

Haih.


B u better tell me what's going on in your mind!. Kalo tak ikan dalam aquarium u tu i buat gulai tempoyak kang!.
.
.
.
Pakcik..
.
.
.

I'm sorry laa..
.
.


Alahai.


I promise, I tak buat trick bodo iron tudung tu lagi. =(
 
Related Posts with Thumbnails