Lilypie 1st Birthday Ticker

Aku, koben dan perbezaan (ceceh@!~)

بسم الله الرحمن الرحيم


Beza aku ngn laki aku bab bab shopping.

Satu, dia akan survey semua kedai, semua brand, semua harga.. kalo ada masa dia akan sanggup hinggap dari satu shopping complex ke satu shopping comlex yang lain. Tu pasal baju raya aku tak terbentang lagi neh. Boleh dia ajak pi Jalan TAR bila jarum jam dah dekat jam 10 mlm? Aku pon tak tau jalan TAR time dekat nak raya sampai pagi. (Lepas survey semua shopping complex kat Shah Alam neh)

Aku: Aku jumpa satu, aku suka, aku beli (then menyesal). Tapi dalam kes baju raya.. aku kena follow je la kan... bukan aku yang kena beli. Kang banyak songeh kang takde baju raya pulak.

Beza aku ngn laki aku bab bab makan.

The very the particular, bawang kena hiris cemana, ikan bilis banyak ke tak, sayor apa yang perlu ada dlm sayor campor.. lada sambal nasi ayam kena masak kan ke tak (tp sah sah laa aku punya lagi sedap dr dia punya sambal.. mengaku pon). Paling suka nasik goreng. Katanya sama mcm tok wan dia masak. Pastu ceta ngn mak aku , dia akan bangun sahor kalo ada nasi goreng. Tak pasal-pasal mak aku start berkompang soh aku bangun masak nasi goreng time sahor.

(Sorry la ye you... I buat Tuna Sandwich dah la ye? Selepet je kat roti siap!)

Aku, janji sedap sudah. Kata terrer masak la kan.

Beza aku ngn laki aku bab bab susun/jenis furniture

Memang boleh berantakan laa rumah gini. Sorang nak konsep gini, sorang nak konsep gitu. Alih alih tido sekatil jugak (Siap patah lagi) (memang kami tgh tido time tuh. Betul!)

Beza aku ngn laki aku bab bab susun/jenis aquaplant/ikan dalam aquarium.

Kami mmg hantu ikan/aquascape blablba yang berkaitan ngn aquarium. Nasib laa aku bnyk beralah (pasal semua benda pokok batu blablab yang berkaitan suma hasil usaha poket dia) kalo tak pening ikan dlm tuh belah kiri tema hutang belukar.. kanan tema padang pasir. Mueheheh@!~

Beza aku ngn laki aku bab bab berjalan.

Ko boleh duduk tido kaki atas dashboard pasal laki aku terrer carik jalan keluar kalo sesat! memang jenis otak hapal jalan!

Aku? Hahahaha letak la aku 10km radius dr kawasan umah.. gerenti tak jumpa jalan balik. Unless aku tahan teksi soh anta aku balik. Neh kes kat shah alam. Kat seremban aku terrer!

Beza aku ngn laki aku bab bab bola sepak.

Kaki bola.

Aku? Apa itu bola sepak?

.
.
.
banyak lagi bezanya.

.
.
.
.




"tapi kau tahukan perbezaan ini tak penah buat aku berenti berusaha atau putus asa untuk menjadi hanya dan hanya satu (kalo boleh) isteri kau di dunia ini"
 
Related Posts with Thumbnails