Lilypie 1st Birthday Ticker

Bonda, Aku dan Duit

بسم الله الرحمن الرحيم



Orang yang paling pandai carik duit/buat duit dan urus duit adalah bonda. Anak mu ni neh, paling tak pandai carik duit/ buat duit dan urus duit.

Bonda suka memasak, buat kek, buat kuih apa saja mengenai memasak. Anak mu ni neh, hanya reti memasak. Tak pernah menyukat sekalipon tepung dan gula untuk biskut raya atau kek.

Di seremban, sebot aje semua benda ada. Boleh bukak bakery kalo nak. Tapi time raya aku laa paling sebok. Ye la kann nak buat kuih kena ada seni. Aku kat terer bab bab menerap dan tabur apa apa yang patut atas kuih raya.. Siap berjual lagi time raya.

*flip hair*

Bonda walo dah pencen , macam-macam projek nya. Pagi ada akan mengajar makcik makcik dan nenek nenek mengaji al-quran. Apabila matahari dah naik sket, bonda akan pegi ke kedai jahit sampai ke petang. Malam menyemak buku-buku latihan bahasa Inggeris dari DPB untuk diterbitkan. Satu buku saja dah mencecah 20K.

Anak mu neh harapkan gaji setiap bulan jok. Semalam shopping dgn bonda. Buat aku zaman sekarang ramai jugak yang orang kaya tapi bodoh tidak tahu menilai wang. Ramai jugak yang tak kaya tapi bodoh jugak. Macam anak mu yang sorang neh kepingin designer's handbag.

Dalam bilik:
Mom: Don't you feel guilty spending thousands of ringgit buying designer's handbag?
Aku: Orang pakai untuk build confindence la maaa...
Mom: Why do you need their designs to build your confidence?
Aku: . . .
Mom: Bukan boleh buat investmen pon.
Aku: . . .

Dekat Ikano, dia berkenan btol tempat grill yang dia tengok dekat AFC- License to grill. Alih alih dia findout hergenya 8-9K. Pekedai tu pon start pandang-pandang senget (dari pandangan mata aku la tapi). Ye la kan tadi beria-ia.

Tapi bonda jawab, "It's not worth it. I rather spend 10K on jeweleries."

Aku: . . .*patut le emas dia banyak*

Alih-alih bonda nak cari tempat grill dalam range 2-3K.


Aku pulak jenis ".. dah suka beli je laaaa, bukan takde duit. Particular sangat laaa". Dalam hati la tapi.

Aku tak puas hati btol. Aku tanya bonda, kenapa boleh pulak yang dia dok spent 7-8K beli perabot jati kerawang-kerawang ukir-ukir tu suma. Dia kata tu semua warisan melayu, zaman aku aku esok esok lagi mahal pasal dah jadi barang antik. Hehehe.

Ada je jawapan dia.

.
.
.

Apa-apa lah.

Bila aku ceta kat M.E.T dalam keta:

"Sayang, you tau tak apa beza emas dengan duit?"

Aku: . . .

"Kalo negera kita kena serang, apsal lagi bagus ada emas berbanding dengan duit?"

Aku: ... emas boleh simpan?? *senyum bangga dapat jawab*

Nasiblaa dia dia tengah drive kalo tak dah tepuk dadi dah.

"Pasal, time perang duit takde nilai, emai masih ada nilai, harga emas susah nak jatuh.

Aku: . . .

.

.

.

.

Apa-apa lah.
 
Related Posts with Thumbnails