Lilypie 1st Birthday Ticker

Kami dan Aktiviti Pada Malam Hari (18 SX-not!)

بسم الله الرحمن الرحيم


*Ehem*

Sejak aktiviti 'bedminton' hanya di adakan pada julung-julung kali sahaja, kami agak kesangapan untuk beriadah secara *ehem* batiniahhh.. (Eceh oh Bahasa Melayu ku).

So dalam kesangapan yang luar biasa untuk mencari apa yang boleh membunuh tahap sangap tu, aku yang terrer ni mengajak laki aku berlawan main Empire, Bingo dan... apa kejadah tah permainan masa sekolah yang guna kertas bahagian tengah tuh... kena lukis askar 10 ngn induk.. aim kat kawasan kita.. fold and then mark pihak lawan.


Apa laa nama game tu, zaman skola selalu main..

Hehehe..

Main ngn aku memang asik (aku je laaa yang..) kalah. Pantang rasa nak kecundang je.. bukak kertas baru.

Aku tau dia bosan jugak laa, tapi nak cemanala kan.. dah aku mengadung anak dia. Ikut cakap aku la.

Muahahahahah@!~

Takpe, dia memahami emosi kurang stabil ibu-ibu ngandung neh.

Tapi yang aku tak paham.. pesal dia tak kasi chan?


Lelaki.

Ego.

Biasalah.

;P


Itu first.. kalo main Empire ngan dia.. pantang dia makan 2 -3 bijik je aku dah nak main semula.. demotivated la makkkk. Ingat main boleh release tensi. Hampeh. Lagi tertekan adalah.




Punya la tak puas hati aku, sampai ke kedai mamak Pelita aku mengusung buku math tu untuk bertarung.

Dan yang end up muncung sedepa, aku la.

Alaa. Aku kasi chan.

Kang tercalar ego susah la kan..

Heh.

Haaa ni main Bingo.

Aku agak terer sikit. Walo kenyataan keputusan nye adalah seri.



Haa, malam semalam memang tahap sangap melampau. Jam 10 malam kami pegi Giant semata nak melempiaskan nafsu ke tempat lain.. heheheh. Beli $aidina. Huhuhu.. Asal nak bankrupt jok aku ajak main lain... sampai laa dekat jam 2pagi.. itu pon pasal aku dah terlalu rumah dia yang ada 4 bijik so kena bayar $6000 lebeh...



So apa lagi.. buat alasan ngantuk.

Kang depress tak boleh tido pulak la kan. Kesian bayi.

So malam kang lawan balik!!


Woh!

Go Jiji!!!!
 
Related Posts with Thumbnails