Lilypie 1st Birthday Ticker

SELAMAT HARI RAYA YA ALL@!~

بسم الله الرحمن الرحيم



.
.
.


Hohoho@!~ Hamba punya kad raya blog lewat 6 hari daa@!~ Anyway, di kesempatan ini hamba ingin memohon kemaafan dari hujung hati ke pangkal mulut kepada semua teman/sahabat/kenalan yang kenal hamba, perangai hamba, baik buruk hamba, salah silap dan segala kekurangan yang ada. Tssk.

.
.
.



Okeh meh ceta pasal raya.

One word -L.E.T.I.H

26th -29th Sept (Fri -Mon) - Balik ke Taiping, sapa yang kenal rapat aku tau sangat laa kes baju raya aku yang tidak nampak batang idong tuh tu kan.. and guess what, bila balik tepeng dengan mak mentua aku, aku komplen aku tak jumpa baju raya. Hur hur hur. Sampai tahap aku kata ngn laki aku takmo laa baju raya tahun neh. " Tak sampai hati tengok u tyakde baju raya.." <-- Ececeh, ntah ntah takot kot mak aku tanya pesal aku takde baju raya hiks. Balik terawih, mak mentua aku dah ajak kuar shopping, take note jam 10 mlm masa tuh! Aku pon dengan 'whatevelar-ada ke takde ke.-dah malas nak pikir' punya mode pi laa ikot. Belek-belek itu ini takde langsung yang berkenan. Sekali time nak gerak balik, adik jual baju tu tunjuk le satu jubah yang aku tak penah tgk kat mana mana kedaii lagi. Ok set!!!!!. Beli. Bungkus. Aku dah dapat baju raya. Begitu le aku punya BAJU RAYA SAGA akuk untuk tahun neh.

30th Sept (Tue) -
Balik Seremban, pasal tahun neh raya umah akuk. Haaaa bukan laa aku paksa ke laki aku (tapi ada jugak laa kan kasi hint soh raya kat seremban) pasal ............... 1st Abang aku sulung balik dari DUBAI, dia raya seremban. 2nd, Mak aku 3rd raya pi PERAK pasal ada kenduri.

Apa kes pulak laaa kan aku nak raya kat SEREMBAN ngn kuceng-kuceng sedangkan mak apak kat PERAK. Malam tu raya tu masih di Seremban, ada takbir. L.E.T.I.H, pasal again, umah aku umah last!. CIS.

Pagi-pagi raya lepas mandi sunat hari raya balik Kampung YAYYYYYYYYYY@!~

Aku ada kes satu pagi raya neh.

Boleh tak aku lopa cium tangan laki aku?? BOLEH TAK????

Pagi-pagi dah buat dosa. Ampunnnnn bang.... I ingat i single lagi =P~

Maklom la 1st time raya, makk excited@!~

Lepas cium tangan tok ngn nenek, ma ngn abah.. aku menonong je sampai laa laki aku ajak masuk bilik. *Ehem-ehem*

Masuk bilik banggggg??

"Tak salam I lagi kan??"


*Amik ko sebijik jiji*




So ... (adeh malas pulak nak menaip) Kita buat ceta bergambar sudah.







Ceta pasal budak kecik neh.. amboi bahasanya... ko sebot je semua benda English. BM semua terrer ko.. dia bar 2 tahun.. tapi dah pandai buat ayat.


Dia dengar bunyi mercun: "Apa tuh?"
Aku jawab: "Orang main Firework"
Dia sebot: "Firewopppppp"
Aku balas: "Firework laaaa... weeeeeeeeeerrrrrrkkkkkk" sambil letak tangan kat mulut aku sambil menjuih.
Dia sebot: "Fireweeeeepppppppppppppppp" sambil letak tangan kat mulut dia sambil menjuih jugak.

*Kurang assam punya budak*

Aku tanya: "Mana baby?"
Dia jawab: Inside tummy" sambil raba perot.
Aku tanya: " Buat apa baby??"
Dia jawab: " Main firewooooopppppp"


*Oh hebat anak sedara akuk!*












2nd -5th Oct (Thus-Sun) - Balik Taiping:

To be continued..
 
Related Posts with Thumbnails