Lilypie 1st Birthday Ticker

Dan Kau adalah Alam Semesta (aku)

بسم الله الرحمن الرحيم


*ehem*

Kadang kewujudan aku satu penipuan.
Tidak perlu berdiri aku, tidak perlu bernyawa aku.
Hanya biar aku duduk di riba mu.
Dan kau adalah alam semesta.

Kadang kewujudan aku satu kebencian.
Tidak perlu kenal aku, tidak perlu tahu aku.
Hanya biar aku di peluk mu.
Dan kau adalah alam semesta.

Kadang kewujudan aku satu kesalahan.
Tidak perlu ditanya aku, tidak perlu dicari aku.
Hanya biar aku di hati mu.
Dan kau adalah alam semesta (aku)



".. aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan dengan pekara yang tidak mampu aku lakukan dan kau tahu segalanya apa yang aku perlu. Aku sungguh bersyukur untuk itu.."

.
.
.
.


I miss you. I love you hubby.

.
.
.
.
.

(Entry untuk melepaskan diri pasal aku tak tau apa nak beli untuk birthday dia. Kalo setakat belanja makan hari biasa pon boleh. Yela tahun neh semua first time, Bday celeb. 1st time, raya 1st time as husband and wife... eurghhh@!~ dah laa berkepit memanjang jok!)
 
Related Posts with Thumbnails