Lilypie 1st Birthday Ticker

.. Sunyi ni.

بسم الله الرحمن الرحيم


Apa ye aku nak anak aku panggil aku?

Mummy? Ibu? Ammie? Mama?

Aku pon tak tau nak panggil anak aku apa.

=(

Mak aku kata, borak-borak la dengan bebee dalam perot.

Yela, dengan sapa lagi je aku nak borak-borak malam-malam sebelum tido.

Bebee sorang je laa, teman aku bangun, teman aku tido. Ikot aku pegi mana-mana. Keluar masuk bilik, duduk depan, masuk dapor.. bukak fridge.. tanya nak minom apa.

Hehe.

Takpon malam-malam lepak depan rumah tengok daun pokok kelapa.

Angin tiup-tiup.

Aku cakap kat bebee. "tengok tu, cantik!"

Aku tengok kanan, pokok tak siram.

"Bebee, kita siram pokok dulu sebelum tidor ok?"

.
.
.

Masuk dalam, duduk kat kerusi tarik napas.

"Bebee, sunyi tak kat dalam tu?"

"Kat luar ni sunyi, takde mende pon yang best, nanti bila-bila kita pergi tengok laut ye?"

"Takpon kita pergi..jauh jauh, sama-sama"

"OK?"

Masuk bilik, tutup lampu, ketuk ketuk bantal, taruk satu bantal kat perot..

"Bebee, tido sini, sebelah sini"

Tarik selimot.

*sob-sob*


Zzzz...


"Nanti tengah-tengah malam atau pagi -pagi buta teman ye mummy kalo tetiba nak pergi toilet?"


"Nite sayang"

.
.
.



*tarik napas-lepas napas*

.
.
.

Dah banyak malam macam ni.

"Oh, bebee, panggil mummy la, bunyi mcm best"

Hehe.

*pelok-pelok*
 
Related Posts with Thumbnails