Lilypie 1st Birthday Ticker

Aku patut 'murnikan' lagi tajuk semalam: Hati Ibu Mengandung. Macam felem dolu kala pulak tajuk.

بسم الله الرحمن الرحيم


Itu hari kes pegi laut tuh.. Hehehe.. memang nak angkut pegi laut pon. Paling dekat kat MUARA. Sebenarnya lebeh pasal dia yang mengidam ikan bakar. So konoooonnnya aku laa yang nak pegi sgt. Ceit. Pasal aku balik keja pon dah lambat.. Pasal letih punya pasal, stop makan ikan bakar kat kedai ondaway ke MUARA.

Sedap@!~

So before I start ranting luahan hati aku pasal tajuk atas tuh kita layan dolu gambo.




To be continued...

Apa masalah aku????

بسم الله الرحمن الرحيم

Tadi masa time keja. Capai henpon ketit-ketit kat laki..

Aku: "Nak pg laut!"

Laki: "Hah? P laut bila?"

Aku: "Tak tau. Tetiba nak pg laut"

Laki:"Uih mcm2"
Laki:"Nak g laut mana sayang?"

Aku: "Tak tau la b rasa mcm nak pg laut"

Laki:"Mlm ni kita pg laut"

Aku: "Heh? ye la tu b.. Hehe"

Laki: "=p pg je la, bkn mandi pon"



Aku tak tau laaaa maksud 'laut' dia tu apa. Tapi aku btol btol takde mood hokay. Hormone kah? Atau mengada-ngada? Mengada-ngada more like it. Tapi aku btol-btol sewel.

Aku tgh mogok main Bedminton!
.
.
.
.

Apa nak jadi -jadi laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa@!~

TAK NAK!.
(because I don't feel sexy anymore, cehceh!)


=P~



p/s: Ustazah Sarah, ye aku insaf dah tadi. Tapi tadi je la. Hehehe



Note: Sapa takbleh komen blog aku tuh.. maybe blog aku pon taknak kat aku.

Kisah Cinta

بسم الله الرحمن الرحيم


Dia Mahukan aku

Pandang dalam kesabaran bila dia merenung aku,
Lantas tunduklah mata yang garang memandangnya.

Senyap dalam kerinduan bila dia berkata pada aku,
Lantas diamlah lidah yang mengguris jiwanya.

Hilang dalam kesibukan jiwa bila dia memeluk aku,
Lantas lenyaplah hati yang memberontak padanya.

Manusia apakah aku ini?
Jika retak seribu hatinya.

Siapakah aku ini?
Jika bukan dari tulang rusuk kirinya?



3:00pm, Megan Avenue II
rumadatme.



---

Aku hilang arah bila nak update blog. O' my dear life, I'm angry with myself for the mess I've gotten into.


Allow me first to collect my thoughts...

I'll be rite back.
.
.
.
God Willing.

Kemalasan Tahap Maksima

بسم الله الرحمن الرحيم

Hur hur hur.

Lama mak tak update.

Now, I am reaaaally back.

Since I've been gone dinosaur years, I have dinosaur stories to write...I think.

Haha.

Haih. Apa pon kita jawab tag dulu. Kesian ye ko Sarah 'pelayan' asik kaput je. Neh yang nak tuka simpan duit kat bank len neh.
.
.
.
1 minit yang lalu, apa anda buat?
- baru abis makan Subway beef roast yang agak berbulan aku ber-bajet-an dan berpuasa nafsu.


1 hari yang lalu, apa anda buat?
- Pagi. Saya bangun pegi keja. Lunch Time. Saya pegi cari Tahufa-lazat kat foodcourt. Night time. Saya melayan laki yang hanya mampu bertahan untuk berikrar untuk 'hidup tanpa seks' selama 16 jam (6pg-10 mlm). Selama 14 minggu pertama saya mengandung.


1 hari lagi, apa anda akan buat?
- Tunggu sarah ajak makan eskem. Hahahahaha@!~

1 orang yang terakhir menelefon kamu?
- Bapak.


1 makanan yang baru dibeli?
- Subway beef roast.


1 barang yang baru hilang?
- Takde atau tak sedar barang tu hilang.


1 cerita yang baru ditonton?
- The Nanny. Yang dah di tonton lebih 50x kat office dan ketika waktu bekerja. =P


1 hal yang terakhir digosipkan?
- Seorang kawan bercerita tentang seorang kawan yang bercerita pada dia tentang seorang lelaki yang mempunyai citarasa luar biasa. Jawapan aku, biar btol ?? kalo tak bleh jadi fitnah neh


1 kata yang ingin diluahkan?
- Nak balik tido!


1 buku yang sudah dibaca?
- aisey. Betty and Veronica.. itu komik.


1 penyakit yang sering datang?
- Gastrik


1 keinginan?
- Atas katil. Aircond pasang. Java chip kat tepi.Tons of comic to read. Tu macam lebeh dr satu keinginan tuh. Takpe aku mmg buas.



Saya tag.. Dilot, Taichee, Rooty, Suen, Kak Arin, Kak Luna dan Kak Jie woooot@!~



..to be continued.





Update:

Aku terima Explosion in the Sky: 01 First Breath After Coma from MissMeow. Aduhai. Ko tetap chenta hati aku wak.

Tak la petang-petang aku mandom dan pening pening lagi lepas ni. Hur hur hur.

Ceta dinosaur tu nanti la aku ceta. Malas la pulak.

My 'morning sickness' usually start at 6 (pm, that is!)

بسم الله الرحمن الرحيم


The 'laki' lately (marah ni!) is so obsess with what I put in my mouth!. Itu hari mahu makan putu bambu pon tak kasi. Ada ada je teori dia. Itu hari pon aku dah dahaga bagai nak rak, teringin benor air kelapa. Sampai tahap 'I-nak-jugak-kalo-tak-you-tido-bawah'. Baru la dapat. Heh ;)

Aku skang ni dah takde pulak selera nak makan nasi. Lunch pon, alahai sesuku pinggan pon tak sampai. Bila dah masuk petang-petang sikit start la gastrik dan loya. Balik dari keja aduhai letihnya@!~ I just cannot convey the tiredness-lah. Asal petang je, badan rasa lemah. Mata half open. Haih.

Semalam balikkerja, wah wah terkejut mak tengok biskut chocalate lazat yang berbungkus-bungkus dalam keta.

Semangat btol laki aku.

Aku tak tau pulak apa kes dia lately semua makanan aku dipantau. Plus, semuanya berperisa chocolate. Susu Anmum- coklat. Muesli- coklat. Protein bar- coklat. Biskut -coklat.

Dan aku paling suka ni.

Katanya masa dia kat UK dulu, dia suka bangat biskut ni.
(Tapi tak pulak kurus aku tengok awal awal berchenta dolu)





Dulu masa operasi 'percubaan-buang-lemak-sebelom-kawen-dan-gagal-secara-total' takde pulak dia se-saiko sampai macam ni.

Hehe.



Vegetarian biscuit lagi Jahhhhhh laki aku beli@!~

Blog dan Kehidupan (Aku) - (dan) manusia yang tak henti berpura-pura

بسم الله الرحمن الرحيم


40% kehidupan aku di tempat kerja dihabiskan dengan membaca. Lebih spesifik -membaca blog. Mengisi otak kering aku bahan yang menyemakkan kepala. Sejak former PM kita menulis blog, macam-macam cerita timbul tenggelam dalam negara dijadikan makanan otak.

Apsal aku tulis blog?

Dulu pada era kegemilangan aku (cewah!) ada laa dekat 6-7 tahun lepas blog aku jadikan sebagai tong sampah ketidak puasan aku dengan seorang lelaki. Alar, budak-budak berchenta, adat la tak puas hati sikit, jadi emo tulis kat blog, pastu ramai laa stranger yang dok komen kutuk aku balik. Ada jugak yang being supportive bagai. Life aku dijadikan soup opera mereka-mereka yang bosan ditempat kerja. Tapi nak peduli apa lakan, janji hati puas.

Perlahan-perlahan aku tengok era perubahan blog dan perlahan-lahan aku cuba memahami kehidupan 'sebenar' penulis blog. Ada yang betul-betul bergantung hidup dengan blog. Ada yang hidup dengan mengharapkan sokongan dari orang yang langsung tak dikenali.

Banyak jugak blog aku baca bercerita tentang cinta. Sampai satu tahap, ko boleh jatuh cinta dengan penulisan seseorang. Dan tak pasal-pasal ko jatuh cinta dengan penulis blog tersebot. Tak kesah muka pecah rumah sekalipon. Punyala kagum dengan idea dan idealogi chenta yang cuba disampaikan. *ehem-sarah-ehem*

Aku? Tak pernah kottttt.... (tak ngaku!)

Sekarang blog orang tulis sebab nak glemer. Ada jugak yang menulis sebagai satu medium terapi kemarahan dan ketidakpuasan hati dengan kehidupan.

Paling best, blog boleh dijadikan tempat untuk menjadi seperti orang lain ATAU untuk TIDAK menjadi diri sendiri. Itu biasa. Itu suma sifat manusia untuk menutup kelemahan dengan harta benda dan kesempurnaan hidup yang diada-adakan. "Lihat laa doniaaaaaaa@!~" (bak kata Azean Irdawaty hehehe).

Ada jugak yang menulis blog untuk membuktikan sesuatu. Kepada diri, kepada seseorang. Sampai aku addicted nak baca. Sampai satu tahap dulu aku jadikan kesedihan penulis blog sebagai entertainment. Setiap hari tunggu update - dah mati belom kucing dia? dah couple balik ke jantan tu ngn pompan neh? pompan neh tak reti reti nak move on ke? apasal bangang sangat jantan neh minat pompan camtuh? haaa tu la pasal serah segala sapa suruh! etc..etc.. etc.

Dulu. Suma tu dulu. Amat-amat judgemental.

Skang, bila aku baca blog, aku memilih yang betul-betul menulis warna sebenar mereka. Bukan pura-pura. Bukan untuk menjadi orang lain. Bukan yang cuba menceritakan pada manusia, 'aku layan ceta xxx aku cool' - 'aku lepak sini aku cool' - ' aku shopping kat sini aku cool' - 'oh aku sungguh bahagia skang sila jeles' dan blabla bla lagi.

Apsal aku tulis blog?

Pasal aku banyak sifat-sifat seperti mana aku tulis kat atas. Dan aku cuba buang sifat-sifat mcm tuh..
.
.
Quote:
May 15, 2008
Shurga di bawah kaki ?
(Surat tidak rasmi di hari Ibu dari seorang ayah kepada anak-anaknya)

...Dalam apa-apa keadaanpun, sempena hari ibu, tolong jangan jadi seperti dua golongan orang ini:-

Pertama, orang yang suka menceritakan segala penderitaannya supaya semua orang simpati, lagi ramai orang simpati lagi bagus kerana dia adalah seorang yang ingin mendapat perhatian.

.
.
Kedua, orang yang menceritakan segala kelebihannya supaya semua orang cemburu, lagi ramai orang cemburu lagi bagus kerana dia adalah seorang yang ingin mendapat perhatian.

.
.
Hanya Allah sahaja tempat segala kesusahan menjadi kesenangan abadi..
.
.
Hakikat nikmat hanya boleh diceritakan kepada orang yang dapat berkongsi nikmat…
.
.
.
Tak kan lah kamu nak bercerita nikmat di inzalkan suami dengan rakan sekerja yang andartu atau janda yang bercerai kerana suami mati pucuk? hampeh! , mengarut dan berdosa!

..



Mahu baca entry tersebot dengan terperici? Klik sini "Kereta Mayat"

Okehkah Aku?

بسم الله الرحمن الرحيم


I am...what???!!

*shock, shock, horror, horror, shock, shock, horror*


Adakah aku mentally ready for my 1st baby?


Mentally ready??


*rolls eyes*

Bukan laa aku menidakkan rejeki Allah kasi, but the thought of going thru the whole thing is really, really tiring for me.


Physically, mentally, emotionally, psychologically tiring.

(note: I did not say sexually. Heh.)

Dah la sekarang ni pon kehidupan berkelamin (word!) agak tunggang terbalik.

(note lagi: bukan aku maksudkan hubungan kelamin dengan posisi tunggang terbalik ok!)

Last week ingatkan boleh la settle down kat rumah baru (walo agak lama jugak rumah tu), tp dengan lantai parque berkoloni anai-anai, satu rumah bapak kena buat inspection!. Dan bapak sikit-sikit telepon "Adik warna lavender laa ye cat?" dan aku "tak nakkk, nak Ice-cool" dan bapak "tiles hall ngn bilik abah buat sama je la sekali ye" dan aku " laa ye laaaaaa" dan bapak " Dik alas jamban je laa abah tuka, jamban tu takbleh cabot" dan aku " alaaaaaaaaaarr, cabot je laa".

Yes, I know.

Mak sungguh emo.


.. and worse come to worse no more spicyfood for me!!!!!

Aduh how laaaa weh??


Self talking: Anak umi dalam perot, umi mo makan sambal tempoyak udang ye, nanti esok hang besar, kalo hang pregnant, hang boleh gak makan tempoyak udang time pregnant.

Aku ada tips dari kawan aku yang mana satu daa kata.. " Ji ko tanya mak ko dulu dia ngandung ko dia makan tak laksa? Kalo ye kan... maknanya ko boleh makan laksa time ko ngandung"


Ko biar benar Jaaaaahhhhhhh????


Hish.


Laparrrrrrr,

Ohya, M.E.T balik Perak kejap uruskan hal keta semalam, dan aku ugut dia balik KL malam ni jugak. Kalo takkkkkkkkkk... arghhhh@!~


Hence my tantrums.

Yeah, we pompan-pompan-ngandung are a lil bit difficult to comprehend sometimes.

We pompan-pompan-ngandung can just throw tantrums without telling you what the *tooooot* it was about .

We/I are/is very good at that. Really.

So I can threw tantrums and pulled a "really" sotong-long-face that could have swept the entire anai-anai colony!!!@!~


(Jimat sket duit bapak akuk)


p/s: So, mak mak diluar sana, kasi la daku tips-tips ngandung ni. Aku amat-amat berterimakaseeeeey.

Baby yourself and let others baby you@!~

بسم الله الرحمن الرحيم


Aku.


.
.
.

Dengan rasminya.

.
.
.



Jeng-jeng.


.
.
.


Terpaksa membatalkan sesi All-Out dengan M.E.T, pasal....

.
.
.
.
.




Dah nampak jalur gemilannnnggggggggggg@!~









Note:
Tak pasal-pasal blog aku neh jadi blog ibu-ibu mengandung.
 
Related Posts with Thumbnails