Lilypie 1st Birthday Ticker

Bila laki {aku} demam . . .

بسم الله الرحمن الرحيم


Boleh kata ini firt time aku berhadapan dgn dia bila dia demam (gila-gila). Hish. Susah nya kooooo@!~

Ye la kan, all this why dia manjang sehat je. Memanjang horny je. Sekali flat, syoknya mak takde orang ganggu tengok TV (bukan syok pasal dia demam ok, take note).

Tapi dalam syok-syok tu. Baru tau bertapa tak bestnya takde orang nak mengendeng, takde orang nak tolak-tolak rambut, takde orang nak amik minyak Yuu Yee cap kelapa laut. Heh.

Balik keja semalam dia dah message kata demam. Ingat demam biasa. Bila balik rumah
makin teruk panas. Rasa boleh goreng telor mata atas perot dia. Panas gila-gila.

Aku tak tau laa petua nenek kebayan mana dia belajar, setahu aku bila demam panas neh, tuam ngn towel yang dah direndam ngn air sejuk. Kasi surut.

Ni tak, ada ke suruh aku tuam ngn towel rendam air panas.

Apa lagi, ibu-ibu ngandung mcm aku neh sure la kan sensitip. Kepakaran aku (tuam kepala) dipertikaikan. Tu tak masuk kes cara aku potong bawang lagi tuh untuk air assam ikan bakar. Part tu aku story later.

Apa aku buat je tak betul. Takpe, orang demam. Kasi can.

Tapi kalo dah panas mendidih, mata dah merah aku baring kat sebelah pon terasa bahangnye tp takmo jugak tuam kepala.

Memang nak kena ni!!!@!~

Dah aku nak tengok TV pon kejap kejap pi tuam kepala dia ngn ais, aku masuk balik bilik tengok towel dah ada kaki.

Memang nak kena ni!!@!~

Sampai ajak pi spital pon yarabi mcm nak kena mandi kat tempayan jam 4.30pagi punya liatnya. Aku tak tau laa cemana mak apak dia ajak dia pi spital nak bersunat dulu.

Body temp. makin naik, orang tua-tua kata tuam ngn air daun bunga raya putih. Satu keja plak aku nak mencari malam-malam buta tuh. Kang orang ingat kena sampuk pulak. Alih alih aku tuam ngn botol air balut towel yang aku dah bekukan.

Dia bukan tau pon aku risau cemana. Suka-suka je takmo pi spital. Geram btol laarr! Dah la panas mcm seterika!

Pagi tadi aku paksa jugak singgah Darul Ehsan Medical Center.

Bila dokter nak Jap, tak mahu. Yarabiiiiiiiiiiii@!~

Aku nak amik coti pon tak bleh pasal ada deadline untuk prototype. Nak pegi keja pon berat ati. Nak dok umah, dia bukan nak pon aku tuam-tuam dia.

Sigh.

I risau you tau tak!!!!!!


Gila!!!@!~

Dia yang Aku Cinta

بسم الله الرحمن الرحيم




Muehehe@!~ Tajuk takbleh blah. Skala 10 tahap kejiwangan -- 10. Tapi please la yeh. Bukan senang aku nak ngaku benda benda gini. Ego seh. Ok.

Define Cinta.

Menurut kamus hidup aku la, jap, rephrase. Menurut kamus hidup aku yang dah kawen ni laa.

Cinta bagi aku bila...

1. Ko boleh ceta apa je.

Contoh:
You tau B, td siang I baca blog Maknyah tau B.. Sarah yang foward (jual nama ko sat) You tau B Maknyah tu refer askar 'abang asks' B, you buat sore maknyah B. Buat la.. Buat laaaaarrrrrrrr. *takde respon*. You, buat macam ni "Alaaaar abang niiiieeeeeeeeee".

Sekali dia buat daaa.


"Alaaaar abang niiiieeeeeeeeeewwwwwwwwww".

Terus simptom muntah-muntah aku datang kembali.


2. Bila ko boleh sebot je apa ko rasa nak makan, then ubah sukati mak nenek ko je.

Contoh:
Macam nak makan Char Kuew Teow la. *Jalan pegi menuju kedai Char Kuew Teow."
Tapi dah lama tak makan kan Kedai Kopi Abah Ko kan? Nak situ la. *Jalan pegi menuju kedai Kopi Abah Ko."
Rasa nak makan potato jacket pon ada... * Dah nak sampai kat area Kenny Rogers"
Kita makan kat kedai Kedai Kopi Abah Ko la B.


3. Bila ko tak rasa letih pon mengurut dia sampai berjam-jam. Pasal ko tau nanti ko boleh minom sirap ais. (Dan aku takde maksudkan apa apa yg tersirat disini - ke aku je yg terasa ayat aku menyimpang? Heck).

Contoh:
Jam 1 pagi. " B, I nak banyak aissssssssssssss@!~" . Dalam hati, apa laa orang bawah rumah aku pikir guna ais banyak banyak Khamis malam Jumaat neh. Hur hur hur.

4. Dia pandang straight kat mata, ko tak mampu nak pandang balik.

5. Dia buat ko rasa lawa, bila maknyah yang ko tengok dlm blog pagi tadi 10 juta kali lagi lawa dari diri ko.

Contoh:
"You suka perempuan gemuk eh?" .."Mana ada. I suka you"

Ceceh.

.
.
.



Berapa banyak pon aku listkan maksud Cinta, aku pasti takan reti nak define selengkapnya. Dengan kekurangan diri aku, aku tak rasa lagi kenapa perlu dia mencintai manusia seperti aku. Dan aku tak boleh jika ada manusia lain yang mencintai kelebihan dia. Biar maknyah sekalipon!

Heh.

Hidup Seorang Ibu Mengandung (yg tak Horny)

بسم الله الرحمن الرحيم


Haha, tajuk entry takbleh blah@!~

Tapi kenyataan. Sarah ko lukis bentuk apa pon, tak membantu la. Tapi effort ko tu aku hargai@!~ Muahahaha@!~

Dah lama pulak aku tak update blog. Mak busy gila. Orang gila pon tak busy mcm mak. Okeh. Very lame.

Mood takde. Semua mood hilang. Bukan setakat mood je. Deria rasa.. deria untuk 'gitu-gitu' hilang bergitu aje. Hahah merasa kejap jadi MONK@!~

Adakah aku normal?

Alahai... kesian M.E.T. Hahahaah@!~ Ketara kekontangan. Takpe prektis untuk 44 hari pantang nanti.

Seriyes kata.. aku tak sabar laa nak tunggu perot ni besar@!~ Sampai aku sikit sikit sms Taichee tanya Dilot dah beranak ke belum. Alahai excited nya maaaaaakkkkkkkk@!~



Nak laaa cepat besar. Boleh cepat shopping. Kan bagus Kalo pregnant 3 bulan jek.

Tapi seriyes kooo (berapa kali mo stress ke'sereyessss-an' neh?) Aku seriyes takde rasa horny langsung. Mengikut pengiraan aku skang dah masuk 2 tri. Wohuuuu@!~ 2 hari baru la tapi... aku tanya kawan aku yang tgh pregnant kat opis. Dia kata normal je. Nanti ujong-ujong 2nd tri br datang balik mood tuh.

Kejadah??? Lagi 3 bulan lagi??

Biar benar Jah????

Arghhhhh tertekannnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!@!~


Perlukah aku makan ayam kampung ngn madu?? Perlukahhhhhhhhhhhh???

Okeh mak stress.

Mak nak pi potong mangga.

Debat Anwar Ibrahim dan Shabery Chik

بسم الله الرحمن الرحيم


Tak pernah-pernah aku menyentuh soal politik, tapi kali ini aku tak dapat nak tahan mengulas debat Anwar Ibrahim dan Shabery Chik.

Dah tak dapat nak tapis pakai apa dah, memang terserlah bertapa cetek pengetahuan yang ada pada Shabery Chik. Dengan mulut berbuih dan senyum senget dan hujah yang kosong, tak berhenti-henti mengemukakan hujah yang sama. Soalan-soalan yang diutarakan, berlegar tanpa dijawab.

Paling menjelekkan, apabila media (TV3-pasal aku tgk kat TV3) terpaksa sugar-coated bnyk pekara agar Shabery Chik kelihatan "hebatnya ko kat pentas tadi" selepas debat berakhir.

Pandangan yang mudah tetapi berfokus hanya untuk mewujudkan 3 bilion, tidak langsung dipandang dan ditolak mentah-mentah oleh Shabery Chik. Respon larr, kasi buah fikiran bapakkk Shabery Chik oeiii. Tak perlu laa nak quote ayat org sana sini. Buat recap sampai 10x, minyak naik bukan salah Kerajaan. Memanglaa bukan salah kerajaan. Tapi salah kerajaan menaikan minyak dengan MENDADAK. Jawab soalan tu dulu, kenapa begitu mendadak? Boleh aku buat pertimbangan pesal minyak naik. Apa penyelesaian nya?? Nada.

Adab berdebat bapakkk Shabery Chik pon macam aku mula-mula belajar nak berdebat zaman sekolah dulu. EMO lebeh. Tapi zaman sekolah dulu, nasib ahh aku senang belajar tu yg aku dapat jadi best speaker peringat negeri tuh. Okeh poyo. Continue.. Bapakk Shabery Chik tak perlu emo tak tentu pasal. Enough laar beating around the bush. Rakyat dah dengar, dah paham dah buat penilaian. Media tak perlu laa nak tepek gula sana sini, buat rakyat menyampah dan sakit hati je.

Point bapakkkk Shabery Chik yang dok compared Malaysia to Venezuela and Saudi Arabia dari awal perbahasan, lepas tu kata please don’t compare Malaysia to those countries, Pakkk, apakkk ceta apa neh?


Point bapakkk yang dok kata we are not even the top 20 oil producing countries, yet bapak kata we are one of the top oil producers. Pakkk, apakkk ceta apa neh?

We are debating on "fuel price hike" .. apak bleh buat LIVE BASHING session kat kedai kopi dengan Anwar. Cuba apak try ajak dia keluar minom. Heh.

Jelas sekali apa yang cuba di ketengahkan, usul dan cadangan yang boleh diterima pakai untuk menurunkan harga minyak... apa laaa yang besar sangat telor UMNO neh, untuk menerima usul tersebut dari pihak pebangkang? bukan orang lain pon orang ISLAM jugak. Dapat bantu ekonomi negara ISLAM jugak. Apakk nak parti apakkk memerintah, perintah je laa, tapi kalo ada usul yang lebih baik, mampu memantapkan ekonomi rakyat, tidak menjerut leher kami, walo dari ORANG KAFIR sekalipon tak salah kita guna pakai.

Please la bapak Shabery Chik, rakyat dah cukup ikot perot dah ni. Takan nak tunggu ada yang gantung leher?

Yang dok jerit IDOP PAKLAH tuh, please mintak paklah idopkan wallet aku yang kering neh jugak. Sure ko dapat banyak duit kan?

Google Me@!~

بسم الله الرحمن الرحيم


Go to Google and search the phrase. Please include the double quotation marks “…” Tag friends. Please use your REAL 1st name. Use the first thing that comes up that makes sense.

e.g: "jiji needs"

Q: Type in “[your name] needs” in the Google search: "Jiji needs”
A: "All Jiji needs to do is tell herfriend that certain people were involved in Ichi's childhood trauma and mayhem rapidly ensues." -- Wait up, who is Ichi anyway???

Q: Type in “[your name] looks like” in Google search: “Jiji looks like”
A: "Jiji looks like a child caught with her hands in the chocolate, totally guilty"-- aku nak rephrase in the chocolate jadik.. in her hubby's boxer.. >=P~

Q: Type in “[your name] says” in Google search: “Jiji says”
A: "Jiji says her products are better than the branded ones in the supermarket." --I dont sell my 'product' laa, especially in the supermarket@!~

Q: Type in “[your name] wants” in Google search: “Jiji wants”
A: "Who Jiji is unclear, but he controls Ichi, a child-like killing machine who is tricked into killing people that Jiji wants dead" -- Oouh Ichi is a child-like killing machine. Hurmm.

Q: Type in “[your name] does” in Google search: “Jiji does”
A: "Jiji does a drama of being concerned for the welfare of the family." --fitnah neh.

Q: Type in “[your name] hates” in Google search: “Jiji hates”
A: "Jiji hates television." -- Indeed.

Q: Type in “[your name] asks” in Google search: “Jiji asks”
A: "JIJI ASKS... Hi, I have a question. I am 22, from Turkey. I feel from the age of 4 that I love little boys and think about having sex" -- No comment

Q: Type in “[your name] goes” in Google search: “Jiji goes”
A: "Jiji Goes Wild Part 2" -- Aku rasa Part 1 dah box office agaknya hur hur hur@!~

Q: Type in “[your name] likes ” in Google search: “Jiji likes”
A: "Jiji likes to play with boxes" -- not really.

Q: Type in “[your name] eats ” in Google search: “Jiji eats”
A: "jiji eats ice cream all the time thats why she has pneumonia" -- No laar@!~. Thats whay she's still fat.

Q: Type in “[your name] wears ” in Google search: “Jiji wears”
A: "Jiji wears Prada" -- I wish.

Q: Type in “[your name] was arrested for” in Google Search: “Jiji was arrested for”
A: Takde jawapan yang make sense.. pasal jiji mostly is a cat.

Q: Persons jiji wanna tag; (not from Google)
A: You.

Bila lelaki diam..

بسم الله الرحمن الرحيم


Terus terang kata, aku dari dulu mmg takbleh tenung M.E.T right in the eye. Takot. Macam nak makan orang. Tapi keja aku selalu curi-curi pandang. Bila dia tgh drive. Masa dia tengah makan. Kalo time gado (mmg aku suka cari gado la kan), bila dia suruh aku pandang dia. Sumpah aku tak pandang. Aku tak tau la dia tau ke tak. Aku suka pandang dia tp bila dia tak perasan laa yg aku dok eyeing dia. Kalo tengah terlentang tengok TV, mmg sah sah aku kejap kejap curi curi tengok dia yang terlentang jugak tgk TV. Dia tak pernah tanya apa aku fikir masa aku pandang dia (ye la kan dah nama curi-curi pandang, naseb laki sendiri kalo tak, ketumbit dah mata akuk).

Tapi 2-3 hari neh, aku terlebih pandang la kot, pasal aku tengok dia diam je. Banyak diam. Tak banyak ceta. Aku dah buat salah ke? Ke pasal aku nye demam yang MC 2 hari melepet kat umah buat dia rasa bosan? Ke pasal aku demam, letih memanjang buat dia rasa boring. Alahaiiiiii risaunya makkkkkkkkk@!~

Bila aku tanya, dia senyum je. C'mon laa dia kalo diam lagi bahaya ko dari aku punya diam. Sejak baik demam hari Ahad tu, badan aku cepat letih + ngantuk. Itu hari masa tengah baring tengok TV dengan dia, dia diam lagi. Dalam keta diam lagi. 2 Hari dah neh. Bukan laa tak cakap mende. Tapi dah kurang bercakap. Nak je ketuk kepala dia biar kuar bubble or dialoq box. Boleh sikit aku baca fikiran dia.

Ada satu malam tu jugak dia tanya aku, dia tak jaga aku baik ke, pasal aku demam je manjang. Hish I'm pregnant laa bang... normal la letih-letih neh. Peh tuh diam. EEEeeeeee@!~ Urmmm.

Haih.


B u better tell me what's going on in your mind!. Kalo tak ikan dalam aquarium u tu i buat gulai tempoyak kang!.
.
.
.
Pakcik..
.
.
.

I'm sorry laa..
.
.


Alahai.


I promise, I tak buat trick bodo iron tudung tu lagi. =(

Cepat laa besar wahai anakku (Mak tak sabar nak kuruskan badan nehhh@!~)

بسم الله الرحمن الرحيم


Aisey bila laa anak akuk nak besar neh@!~ Aku nak duduk dalam LRT hokayyyyyyyyy@!~ Aku malas btol laa nak pakai maternity blouse. Kena iron. Sanggup tu berdiri Kelana Jaya -- KLCC. Punya malas takmo iron baju. Baju kurung aku takyah iron. Tp sah sah laa tak nampak perot aku yg baru 2 bulan neh. Cuma kena gosok tudung je. Tudung pon kalo malas nak iron kena pandai buat taktik sket pagi-pagi.

Langkah 1: Pura-pura ngantuk sangat pagi-pagi ada can soh laki bangun dulu. Bajet-bajet make sure dia dah kuar bilik air, pura -pura tido lagi.. lek lek.. tunggu kena sound bangun dulu dgn laki.... Bila wisel (a.k.a KAD KUNING) pertama dah bunyi . Bangun cepat sebelom KAD MERAH di keluar kan oleh laki.

Langkah 2: Jalan selooooow-seloowwwwwwwww make sure dia dah abis solat subuh, dan beberrapa saat untuk dia iron seluar dia.....

Langkah 3: Nampak ala-ala dia dah mencapai seluar dia.. start buat muka seposen...

Langkah 4: Start menempel kat bilik gosok..make sure suara.... ala-ala keletihan.....(semasa nak pi toilet). Kasi flash back sket apa dah berlaku malam tadi (kes tak sempat nak capai pemukul lalat =P~). So kasi dia serba salah sket pasal kes ambush malam tadi.... guna skrip neh..."Tolong iron tudung bleeeeeeeeeeeeeeehhhhhhhhhhhh? U laa kaco I tido"


Tips: Untuk suruh laki anda iron tudung lebih dari 1, guna skrip neh " Ala tudung tak match la pulakkk, pleassssssssssssseeeeeeeeeeeeee" sambil hulur tudung lagi satu. Untuk mengelak taktik yang sama digunakan 2 hari berturut-turut

RISIKO: NASEB AHHHHHH KALO KENA AMBUSH LAGI MALAM TU.

Kita berbeza, mengapa disatukan?

بسم الله الرحمن الرحيم


Bukan nak emo. (Denial lar pulak!). Kes update last post. Cakap sikit, sensitip. Cakap sikit, sensitip. Aku laarr tuh. Tapi mana aku tauuuuuuu!!! Dah aku rasa macam tuh. Hmmm..

Salahkah?

Kes 1:

Dalam bilik, masa siap siap. Dia suruh aku pusing sat. Lepas tuh dengan muka berkerut pandang aku macam aku tgh pakai baju yang paling hodoh dalam dunia. Haaaa kena sebijik dari aku. " Tau laa I gemok! takyah la pandang macam tuhh!".

The laki: "Laaaa.. I pandang perubahan perot u"

(Aku tau ayat cover baik punyaaaaaa!)


Kes 2:

Aku pakai gelang putih bulat-bulat besar lima posen. Dia suruh tanggal kata tak sesuai. Haaaa kena lagi sebijik dari aku.

The laki: "LAaa dulu sebelom kawen selalu tanya I, gelang mana nak pakai.. ok ke tak.. blablablablabla"

(Tutup telinga! Air mata meleleh-leleh. Owh pls aaa jiji oeiiii!!!@!~)


Kes 3:

Masa pilih pokok untuk aquascape. Apa je pokok yang aku pilih mesti dia tak suka. Aku dah agak dah. Kecik ati btol laaaaaaaaaaaa!!!!

Aku seriyes ok!.

Last last dia kasi pilih jugak apa je pokok yg aku nak.

(Tapi nampak sangat pandangan-tak-rela dia, Hmmm)



Balik rumah, aku terus baring atas katil. Letih la skang. Jalan sikit dah letih. M.E.T pulak godak godak aquascape dia...dengan ikan baru beli dia.. sorang sorang kat hall. Maybe dia ingat aku mogok kot duduk dalam bilik. Hehehe. Last-last dia panggil suruh tolong dia susun batu dan pasir. Hehehe. Menonong lagak, budak isap susu botol dengan selimot aku berjalan keluar (minus the susu botol laaa, selimot ada.)


Haih.


Please aarr.. aku tak mengada ok! Aku btol btol kecik ati. Hmmm.


Dia makan cekelat KITKAT aku lagi! Tapi cekelat akku!!!Walo dia beli. tapi itu cekelat akkkkkuuuu!!!!!!!!@!~ (Okeh tu aku mengada laaar kan!).

.
.
.
.
.
.
.
.

B, I'm so sorry if all these while I've been such a pain in the ass. I'm sorry.
 
Related Posts with Thumbnails