Lilypie 1st Birthday Ticker

Aku, koben dan perbezaan (ceceh@!~)

بسم الله الرحمن الرحيم


Beza aku ngn laki aku bab bab shopping.

Satu, dia akan survey semua kedai, semua brand, semua harga.. kalo ada masa dia akan sanggup hinggap dari satu shopping complex ke satu shopping comlex yang lain. Tu pasal baju raya aku tak terbentang lagi neh. Boleh dia ajak pi Jalan TAR bila jarum jam dah dekat jam 10 mlm? Aku pon tak tau jalan TAR time dekat nak raya sampai pagi. (Lepas survey semua shopping complex kat Shah Alam neh)

Aku: Aku jumpa satu, aku suka, aku beli (then menyesal). Tapi dalam kes baju raya.. aku kena follow je la kan... bukan aku yang kena beli. Kang banyak songeh kang takde baju raya pulak.

Beza aku ngn laki aku bab bab makan.

The very the particular, bawang kena hiris cemana, ikan bilis banyak ke tak, sayor apa yang perlu ada dlm sayor campor.. lada sambal nasi ayam kena masak kan ke tak (tp sah sah laa aku punya lagi sedap dr dia punya sambal.. mengaku pon). Paling suka nasik goreng. Katanya sama mcm tok wan dia masak. Pastu ceta ngn mak aku , dia akan bangun sahor kalo ada nasi goreng. Tak pasal-pasal mak aku start berkompang soh aku bangun masak nasi goreng time sahor.

(Sorry la ye you... I buat Tuna Sandwich dah la ye? Selepet je kat roti siap!)

Aku, janji sedap sudah. Kata terrer masak la kan.

Beza aku ngn laki aku bab bab susun/jenis furniture

Memang boleh berantakan laa rumah gini. Sorang nak konsep gini, sorang nak konsep gitu. Alih alih tido sekatil jugak (Siap patah lagi) (memang kami tgh tido time tuh. Betul!)

Beza aku ngn laki aku bab bab susun/jenis aquaplant/ikan dalam aquarium.

Kami mmg hantu ikan/aquascape blablba yang berkaitan ngn aquarium. Nasib laa aku bnyk beralah (pasal semua benda pokok batu blablab yang berkaitan suma hasil usaha poket dia) kalo tak pening ikan dlm tuh belah kiri tema hutang belukar.. kanan tema padang pasir. Mueheheh@!~

Beza aku ngn laki aku bab bab berjalan.

Ko boleh duduk tido kaki atas dashboard pasal laki aku terrer carik jalan keluar kalo sesat! memang jenis otak hapal jalan!

Aku? Hahahaha letak la aku 10km radius dr kawasan umah.. gerenti tak jumpa jalan balik. Unless aku tahan teksi soh anta aku balik. Neh kes kat shah alam. Kat seremban aku terrer!

Beza aku ngn laki aku bab bab bola sepak.

Kaki bola.

Aku? Apa itu bola sepak?

.
.
.
banyak lagi bezanya.

.
.
.
.




"tapi kau tahukan perbezaan ini tak penah buat aku berenti berusaha atau putus asa untuk menjadi hanya dan hanya satu (kalo boleh) isteri kau di dunia ini"

Percayalah kami tak buat apa apa malam tu...

بسم الله الرحمن الرحيم





.
.
.
Kami hanya tidur.

Tak tipu.

Bulan posa hokay!

*flips hair*

I've been busy being a (pregnant) human and a (lousy) wife.

بسم الله الرحمن الرحيم




Hati sudah pecah yang paling kecil.
Mata sudah berair paling terakhir.
Bagaimana untuk aku mula semula.
Bila jasad dan nyawa sudah tak punya cinta.

9:07a.m.


.
.
Hari neh hari emo aku. Mind you.

Typical pompan or typical blogger pompan

بسم الله الرحمن الرحيم


Aisey, dah masuk 12 hari berpuasa. Satu gambar makanan pon aku tak letak. Padahal keluar berbuka dah banyak kali dah. Sudah malas laa mahu menjadi typical blogger. Muahahahaha@!~

Bukan laa aku kata yang letak gambar makanan tu typical ke apa.. ni yang pantang makan luar je snap snap gambo makanan.. caption: the food is nice.. delicious blblbla... baik takyah la review pasal makanan tu kalo setakat itu je... Lagi-lagi, menayang berapa kali sudah makan di hotel atau mana-mana 5 stars restaurant.

Kenapa aku kata typical? Sebab orang yang selalu pegi/makan tepat tempat begitu tidak berkokok "oh lihat dunia aku makan kat tempat gitu-gitu". Yang jarang jarang/ kadang kadang pegi je yang nak canang.

Anywayyyyyy@!~


Apa masalah ko ni jiji? Hahaha. Takde apa. Kadang aku bosan dan aku menjadi typical blogger jugak laa kan. Nanti ada laa orang cakap " blog dia suka dia laa nak ceta apa"

Ok. Ok. Suka ko laa labu nak ceta apa.

Move on...


Hmm..


Takde mende nak ceta.

Aku nak share sikit tazkirah semalam aku dengar kat opis.

"Kalo kita pi menghadiri majlis ilmu/ ceramah agama, malaikat jugak turut hadir mendengar sambil memayungkan setiap yang hadir dengan sayap.. serta setiap ikan dilautan akan mendoakan kesejahteraan bagi setiap yang hadir"
.
.
.
macam nak tuka layout aaah!

Hidup di dalam Hidupku (Part 1)

بسم الله الرحمن الرحيم





The baby is kicking (my bladder) all the time!!! Hish. Buat aku berlari lari anak untuk ke toilet untuk mengeluar setitik dua urine dlm kantung aku.

AAAAAAARRRRRRRRGGGHHHHHHHH!!!
*pulls whatever remaining hair left*

Buat panty aku lembab je.

Malam tadi pon masa mahu tido, aktif bena pulak dia. Aku tido terlentang tak best. Pusing kiri dia tendang kanan. Pusing kanan dia tendang kiri. Nak ko nak mak ko tido meniarap kah? Sehari dua ni baru aku rasa ada movement. Jakun kejap@!~

And the laki, yes the laki.. hahaha alahai.. I wanted the katil all by myself lately. He will end up tido dibawah most of the nite. I know. I know. Mak kejam. Cannot help it la. Sebab ko la nak.. hang pusing 360 degrees.. mak pon buat para-para sakura jugak atas katil tuh. Kesian bapak ko. =P

Ok enuff about you. Hang lahir esok hang buat blog sendiri hokay nak?

Work.

Alhamdullilah. Perfect. Yep. Bila aku aku dengar kawan yang masih tinggal di opis lama bercerita.. alahai kesian pon ada.. dengan big boss dah nak resign.. dengan projek yang main cari bidan terjun je suruh diorang buat. I feel bad for them.

Bayangkan, main suruh je orang jadi Project Manager. Sebab dah takde orang lain pasal ramai yang berenti dah. Lepas main suruh suruh tu, takmo kasi offer letter.. takmo kasi naik gaji.. workload dah laa bertimpal-timpal, budak tuh baru tak sampai 6 bulan keja. Dia laa PM, dia lah ID dia laa nanti buat segalanya. Aku blah pasal dah tak tahan, semua benda tak official. Asik kena exploit manjang.

Kat sini best, sebab international company. Non profit. Semua wakaf. Tapi dana melambak lambak dari Madinah. Kat opis lama, kalo nak dapat payment ada laa dekat 6 bulan - setahun. (Bila laa nak dapat 1K dari kompeni tuh dah setahun lebeh payment SB aku tak berbayar..tak masuk VO recording 10 lesson yang dah melambak guna suara aku free free. Takpe hahal je la part tuh..). Kat sini paling lewat SME or Content writer dapat dut dalam seminggu paling lewat 2 minggu. Buat keja pon ada nikmat. Dekat dengan rumah, medical center petang-petang laki bini boleh jalan pi pasar malam yang merata kat sini.

The best part lagi. Tak payah berhimpit dalam LRT.

Haih. I cannot thank god enuff for that. Rezeki ni...

Ok. Dah stop.

Nak buat keja.

Selamat berpuasa y'all@!~
 
Related Posts with Thumbnails