Lilypie 1st Birthday Ticker

My First Baby Item

بسم الله الرحمن الرحيم

Hokay..updates are in order@!~
(Updates have been ordered by some people..)

:P


Semalam termaktub laa hari pertama aku bershopping barangan bayi buat kali pertama utk anak aku sendiri.. bukan anak orang lain.

Maklom laa dulu separa gaji aku pi spent kat anak sedara akuk Adlyn.

*Aisey rindu pulak*

Ok back..

Ceta pasal aku.

Aku perasan laa time ngandung semua bahagian jadi londeh dah lembik.. bontot (spank me,hubby!), tangan, lengan, tu tak termasuk bedendeng (read: breast). Tak best nyaaa tengok!!. (Side note: Aku ada sedikit fetish kat breast =P).

Koben dok pegang pegang thigh akuk tak habis habis kata "rasa tulang laa.." Bila picit belakang je terasa tulang temulang.



Series kata, pusat aku pong dah penyek... tunggu tersembul je. Boleh tak aku dok depan cermin tgk pusat aku yang dah jadi bentuk mulut senyum dah.. aku tgk kat cermin sambil terbahak sorang-sorang sampai laki aku masuk bilik tanya apa kes?? dia boleh bantai gelak tgk aku gelak tapi tak tau hujung pangkal!@!~.

Lepas tuh boleh tak tetiba aku gelak tuh terus melalak depressed tgk pusat yang dah penyek tuh!

Gila saiko!

Tu tak masuk garis lintang yang memebelah perot dari selatan ke utara tuh!

Haih.

Why laaaaaaaaaa?

Nasib laa aku takde strech mark (well, not yet I guess..)

Gila la skang emo manjang. Sikit sikit nak melalak. Tengok pusat je melalak.

Aku suka pusat aku HOKAY!!

Aku rasa pusat aku seksi!!@!~ *flips hair*

Laki aku je kata biasa biasa. Dia kata dia je yang tengok pusat aku. Dia tengok laa, abis aku yang hidup dengan pusat aku neh.. tau tau je dah penyek. Apa perasaan???


Tapi kira okay laa (penyedap hati) aku takde nak merepek nak makan itu ini. Alih alih pon karipap, air kelapa, Tapi laki aku. I rest my case. Mengidam tarak ingat dunia. Nasib la tak memerlukan aku memasak jam 3 pagi.

Boleh gitu?

Heh.

.
.
.
.
.
.
.
Aku perasan tajuk Entry takde kaitan pulak. bagi melengkap ceta, I bought my first baby item - Tilam bayi latex. Oh yeh, Metrojaya ada buat sale gilo murah kat Stadium Malawati. Tapi dah habis daaaaaaaaaaaah@!~ ( bersama beratus ratus duit aku. Bangang! br 28 hb neh.)

*GASP*

Kami dan Aktiviti Pada Malam Hari (18 SX-not!)

بسم الله الرحمن الرحيم


*Ehem*

Sejak aktiviti 'bedminton' hanya di adakan pada julung-julung kali sahaja, kami agak kesangapan untuk beriadah secara *ehem* batiniahhh.. (Eceh oh Bahasa Melayu ku).

So dalam kesangapan yang luar biasa untuk mencari apa yang boleh membunuh tahap sangap tu, aku yang terrer ni mengajak laki aku berlawan main Empire, Bingo dan... apa kejadah tah permainan masa sekolah yang guna kertas bahagian tengah tuh... kena lukis askar 10 ngn induk.. aim kat kawasan kita.. fold and then mark pihak lawan.


Apa laa nama game tu, zaman skola selalu main..

Hehehe..

Main ngn aku memang asik (aku je laaa yang..) kalah. Pantang rasa nak kecundang je.. bukak kertas baru.

Aku tau dia bosan jugak laa, tapi nak cemanala kan.. dah aku mengadung anak dia. Ikut cakap aku la.

Muahahahahah@!~

Takpe, dia memahami emosi kurang stabil ibu-ibu ngandung neh.

Tapi yang aku tak paham.. pesal dia tak kasi chan?


Lelaki.

Ego.

Biasalah.

;P


Itu first.. kalo main Empire ngan dia.. pantang dia makan 2 -3 bijik je aku dah nak main semula.. demotivated la makkkk. Ingat main boleh release tensi. Hampeh. Lagi tertekan adalah.




Punya la tak puas hati aku, sampai ke kedai mamak Pelita aku mengusung buku math tu untuk bertarung.

Dan yang end up muncung sedepa, aku la.

Alaa. Aku kasi chan.

Kang tercalar ego susah la kan..

Heh.

Haaa ni main Bingo.

Aku agak terer sikit. Walo kenyataan keputusan nye adalah seri.



Haa, malam semalam memang tahap sangap melampau. Jam 10 malam kami pegi Giant semata nak melempiaskan nafsu ke tempat lain.. heheheh. Beli $aidina. Huhuhu.. Asal nak bankrupt jok aku ajak main lain... sampai laa dekat jam 2pagi.. itu pon pasal aku dah terlalu rumah dia yang ada 4 bijik so kena bayar $6000 lebeh...



So apa lagi.. buat alasan ngantuk.

Kang depress tak boleh tido pulak la kan. Kesian bayi.

So malam kang lawan balik!!


Woh!

Go Jiji!!!!

Bonda, Aku dan Duit

بسم الله الرحمن الرحيم



Orang yang paling pandai carik duit/buat duit dan urus duit adalah bonda. Anak mu ni neh, paling tak pandai carik duit/ buat duit dan urus duit.

Bonda suka memasak, buat kek, buat kuih apa saja mengenai memasak. Anak mu ni neh, hanya reti memasak. Tak pernah menyukat sekalipon tepung dan gula untuk biskut raya atau kek.

Di seremban, sebot aje semua benda ada. Boleh bukak bakery kalo nak. Tapi time raya aku laa paling sebok. Ye la kann nak buat kuih kena ada seni. Aku kat terer bab bab menerap dan tabur apa apa yang patut atas kuih raya.. Siap berjual lagi time raya.

*flip hair*

Bonda walo dah pencen , macam-macam projek nya. Pagi ada akan mengajar makcik makcik dan nenek nenek mengaji al-quran. Apabila matahari dah naik sket, bonda akan pegi ke kedai jahit sampai ke petang. Malam menyemak buku-buku latihan bahasa Inggeris dari DPB untuk diterbitkan. Satu buku saja dah mencecah 20K.

Anak mu neh harapkan gaji setiap bulan jok. Semalam shopping dgn bonda. Buat aku zaman sekarang ramai jugak yang orang kaya tapi bodoh tidak tahu menilai wang. Ramai jugak yang tak kaya tapi bodoh jugak. Macam anak mu yang sorang neh kepingin designer's handbag.

Dalam bilik:
Mom: Don't you feel guilty spending thousands of ringgit buying designer's handbag?
Aku: Orang pakai untuk build confindence la maaa...
Mom: Why do you need their designs to build your confidence?
Aku: . . .
Mom: Bukan boleh buat investmen pon.
Aku: . . .

Dekat Ikano, dia berkenan btol tempat grill yang dia tengok dekat AFC- License to grill. Alih alih dia findout hergenya 8-9K. Pekedai tu pon start pandang-pandang senget (dari pandangan mata aku la tapi). Ye la kan tadi beria-ia.

Tapi bonda jawab, "It's not worth it. I rather spend 10K on jeweleries."

Aku: . . .*patut le emas dia banyak*

Alih-alih bonda nak cari tempat grill dalam range 2-3K.


Aku pulak jenis ".. dah suka beli je laaaa, bukan takde duit. Particular sangat laaa". Dalam hati la tapi.

Aku tak puas hati btol. Aku tanya bonda, kenapa boleh pulak yang dia dok spent 7-8K beli perabot jati kerawang-kerawang ukir-ukir tu suma. Dia kata tu semua warisan melayu, zaman aku aku esok esok lagi mahal pasal dah jadi barang antik. Hehehe.

Ada je jawapan dia.

.
.
.

Apa-apa lah.

Bila aku ceta kat M.E.T dalam keta:

"Sayang, you tau tak apa beza emas dengan duit?"

Aku: . . .

"Kalo negera kita kena serang, apsal lagi bagus ada emas berbanding dengan duit?"

Aku: ... emas boleh simpan?? *senyum bangga dapat jawab*

Nasiblaa dia dia tengah drive kalo tak dah tepuk dadi dah.

"Pasal, time perang duit takde nilai, emai masih ada nilai, harga emas susah nak jatuh.

Aku: . . .

.

.

.

.

Apa-apa lah.

SELAMAT HARI RAYA YA ALL@!~

بسم الله الرحمن الرحيم



.
.
.


Hohoho@!~ Hamba punya kad raya blog lewat 6 hari daa@!~ Anyway, di kesempatan ini hamba ingin memohon kemaafan dari hujung hati ke pangkal mulut kepada semua teman/sahabat/kenalan yang kenal hamba, perangai hamba, baik buruk hamba, salah silap dan segala kekurangan yang ada. Tssk.

.
.
.



Okeh meh ceta pasal raya.

One word -L.E.T.I.H

26th -29th Sept (Fri -Mon) - Balik ke Taiping, sapa yang kenal rapat aku tau sangat laa kes baju raya aku yang tidak nampak batang idong tuh tu kan.. and guess what, bila balik tepeng dengan mak mentua aku, aku komplen aku tak jumpa baju raya. Hur hur hur. Sampai tahap aku kata ngn laki aku takmo laa baju raya tahun neh. " Tak sampai hati tengok u tyakde baju raya.." <-- Ececeh, ntah ntah takot kot mak aku tanya pesal aku takde baju raya hiks. Balik terawih, mak mentua aku dah ajak kuar shopping, take note jam 10 mlm masa tuh! Aku pon dengan 'whatevelar-ada ke takde ke.-dah malas nak pikir' punya mode pi laa ikot. Belek-belek itu ini takde langsung yang berkenan. Sekali time nak gerak balik, adik jual baju tu tunjuk le satu jubah yang aku tak penah tgk kat mana mana kedaii lagi. Ok set!!!!!. Beli. Bungkus. Aku dah dapat baju raya. Begitu le aku punya BAJU RAYA SAGA akuk untuk tahun neh.

30th Sept (Tue) -
Balik Seremban, pasal tahun neh raya umah akuk. Haaaa bukan laa aku paksa ke laki aku (tapi ada jugak laa kan kasi hint soh raya kat seremban) pasal ............... 1st Abang aku sulung balik dari DUBAI, dia raya seremban. 2nd, Mak aku 3rd raya pi PERAK pasal ada kenduri.

Apa kes pulak laaa kan aku nak raya kat SEREMBAN ngn kuceng-kuceng sedangkan mak apak kat PERAK. Malam tu raya tu masih di Seremban, ada takbir. L.E.T.I.H, pasal again, umah aku umah last!. CIS.

Pagi-pagi raya lepas mandi sunat hari raya balik Kampung YAYYYYYYYYYY@!~

Aku ada kes satu pagi raya neh.

Boleh tak aku lopa cium tangan laki aku?? BOLEH TAK????

Pagi-pagi dah buat dosa. Ampunnnnn bang.... I ingat i single lagi =P~

Maklom la 1st time raya, makk excited@!~

Lepas cium tangan tok ngn nenek, ma ngn abah.. aku menonong je sampai laa laki aku ajak masuk bilik. *Ehem-ehem*

Masuk bilik banggggg??

"Tak salam I lagi kan??"


*Amik ko sebijik jiji*




So ... (adeh malas pulak nak menaip) Kita buat ceta bergambar sudah.







Ceta pasal budak kecik neh.. amboi bahasanya... ko sebot je semua benda English. BM semua terrer ko.. dia bar 2 tahun.. tapi dah pandai buat ayat.


Dia dengar bunyi mercun: "Apa tuh?"
Aku jawab: "Orang main Firework"
Dia sebot: "Firewopppppp"
Aku balas: "Firework laaaa... weeeeeeeeeerrrrrrkkkkkk" sambil letak tangan kat mulut aku sambil menjuih.
Dia sebot: "Fireweeeeepppppppppppppppp" sambil letak tangan kat mulut dia sambil menjuih jugak.

*Kurang assam punya budak*

Aku tanya: "Mana baby?"
Dia jawab: Inside tummy" sambil raba perot.
Aku tanya: " Buat apa baby??"
Dia jawab: " Main firewooooopppppp"


*Oh hebat anak sedara akuk!*












2nd -5th Oct (Thus-Sun) - Balik Taiping:

To be continued..
 
Related Posts with Thumbnails