Lilypie 1st Birthday Ticker

Tante Sarah *Nyum-nyum* (Pembantu RM 2.50 per Hr.)

بسم الله الرحمن الرحيم



Anis 2nd Outing@!~ Tony Roma's bersama tante/bibik (Klik) barunya yang dijamin SUPER SELESA. Tido dari jam 7 hingga 10.30mlm. Tak berdeciittttt pon.


Bagus anak mak. Sempat mak makan sampai licin pinggan tuh.
.
.
.
.

Untuk makluman...

Bukan aku takmo bawak anak aku merayap. Tapi dia kecik lagi laa nak terdedah ngn fumes kat luar sana. Udara bukan bersih mana pon. Call me paranoid tapi bab bab kesihatan anak neh aku agak saiko sket.Dah la macam-macam penyakit skang.

Banyak ibu bapak baby baru 1-2 bulan dah bawak merayap pi shopping complex laa, kenduri laa air terjun laa apa la. Syok sendiri je lebih (ada ke yg terasa neh? maaf la ye). Tapi kena pikir laa keadaan baby tu. Dia baru je keluar dari perot yang SUPER SELESA .. bawak pulak pi kenduri, air terjun bagai. Hish.

Kadang aku tengok tahap prihatin ibu-ibu zaman skang.. anak main campak-campak je kat Nursery.

Anak tu cemana la dijaga kat Nursery takmo amik tau. Aku yang dok pegi BF Anis lunch hour tak sampai hati tengok. Bouncing net yang lendut sampai bontot baby cecah lantai.. dihenjut henjut bagai nak rak. Susu yang diminum tak habis, di letak berjam-jam then kasi minom balik.

Aku tengok collar baju baby yang lecun kena susu, muntah or ubat dibiar kuning-kuning. Bawak laa spare dalam beg tuh. Taulaa masa jemput anak ko lawa je. Cek la jugak baju anak ko tuh bila sampai umah.

Bila aku tengok mitten ngn booties yang size dah tak muat dipakaikan jugak. Aku tak tau nak cakap apa. Ignorance nak mampus. Kesian anak ko nak bukak jari tangan pon tersekat!.

Pastu baby baby yang demam sesema batuk tu, ada ko tanya anak ko mandi pakai air apa?

Kesian tau, anak korang mandi air sejuk je. Tak tau la kat rumah pon maybe mandikan air sejuk tapi nasehat kan laa tukang jaga kalo hari sejuk sejuk tu mandikan air panas.

Lepas tu, bawak sekali laa towel kecik dlm beg anak tuh. Ko tau tak anak ko kalo susu tumpah nanny tu lap pakai baju anak ko je. Punya laaa tak cukup ilmu. Sah sah laa tisu tak di provide kat nursery tuh.

Korangkan bayar depa soh jaga, korang ada hak nak pastikan anak korang tu dijaga dengan SEMPURNA!.
.
.
.
.
Tengok macam aku! Kuar makan make sure ada bibik 5 stars jaga. Aku tengah pujuk bibik neh supaya kerja kat umah aku dengan bayaran 3 ratus. tak tau dia nak ke tak.

Hah!
 
Related Posts with Thumbnails