Lilypie 1st Birthday Ticker

Beza Aku dan Sekarang

بسم الله الرحمن الرحيم


Di sebalik senyuman Anis dan setiap saat kegembiraan aku, aku tidak mampu berlaku jujur dengan diri, bahawa masih ada kerungsingan yang aku sendiri tak mampu ceritakan.

Masih ada ketidakpuasan hati, masih lagi aku meratap setiap kekurangan yang ada dalam hidup tanpa mahu mengenali erti syukur.

Dari dulu, dari awal dulu aku cuba belajar. Masih lagi bodoh.

Bila aku memandang mereka yang sempurna. Anak mereka yang lengkap dengan segalanya.

Aku cemburu amat sangat.

Lengkap ibubapanya yang penuh amalan.

Lengkap ibubanya yang jelas kalam al-quran.

Lengkap ibubapanya dalam mendidik agama tuhan.

Aku cemburu aku tak mampu lakukan.

Aku bertanya pada ibu.. "ma.. nanti mama ajar anis mengaji ya ma?"

Aku berkata pada ibu.. "ma kalo ma tengok jiji hanyut bimbing anis, tolong ya ma?"

Jelas sekali aku ni hanyut tanpa bimbingan. Jelas sekali jiwa ini kosong tanpa asuhan.

Salahkan siapa? Diri sendiri yang terpesona dengan cinta dunia.

.

.

.

.

.

.

.

.


Officemate aku (lelaki):"Isteri saya cerita yang dia nak N**fal tu umur 5 tahun dan pandai baca quran, semangat betul dia tu."

.
.
.

Kawan aku ni, isterinya ustazah, dianya pulak memang terkenal waraknya. Tapi lemah lembut gaya tuturnya. Walaupun lelaki yang jelas waraknya, tak pulak poyo dengan itu takbleh ini takbleh dan segalanya la pulak haram. Setiap khamis dia akan baca tazkirah untuk kami satu opis. Skang aku tak sempat pon join gara-gara nak amik Anis di nursery.

Aku kadang cemburu. Okeh selalu cemburu.

Setiap masa.

Cemburu dengan ilmunya, amalnya. Cemburu menggila!!@!~

Tapi aku ego.

.

.

.

Dulu aku lain, aku cemburu tgk mak bapak yg mampu beli seribu macam mainan yang harga beratus-ratus untuk anak mereka. Aku cemburu tengok kelengkapan tidur anak mereka dari atas kebawah . Aku cemburu tengok segala pakaian mewah yang cukup untuk anak mereka.


Segalanya ditayang dengan bangga.


"Adik, itu semua bakal pengganti kasih sayang dan perhatian ibu kepada anaknya" kata mama.

.
.
.
.

Sekarang tiada lain yang lebih aku cemburu pada seorang ibu yang MAMPU mendidik anaknya, melindungi anaknya dari tipu daya dunia, membekal cukup amalan untuk di akhirat esok.




Nah. Sekarang kalian tau aku macam mana sifatnya.
 
Related Posts with Thumbnails