Lilypie 1st Birthday Ticker

... dan cinta aku pada Azhar Sulaiman (yang tidak berbalas.Heh)

بسم الله الرحمن الرحيم



Cinta aku berputik pada tahun 1993, bila mana aku terpesona dah jiji jangan buat orang muntah.

Okeh tahun 1993, umur 12 tahun aku pergi menonton wayang (dengan mak apak la, aku tidak sebebas anak dara zaman sekarang ok!). Lagi nak compare dengan zaman sekarang.

Ceh.

Aku begitu taksub dengan Azhar Sulaiman. Berjujuran air mata aku mengalir okeh again jgn buat orang muntah jiji.

Punyalah hensemnyaaa Azhar Sulaiman tuh sampaikan aku tido malam berangan bolster tu dia ada kat sebelah. Series!!! Siap berangan kononnya aku dah kawen laa time tu dgn dia dan dia ada brain cancer time tu. Kira nak ajal laa. Pehtu aku sedih. Peluk bolster. Muahahahah@!~ cacat siot mental. Tapi kan..aku mati-mati ingat dia mmg ada brain cancer.

Aku berangan esok aku dah besar aku nak kawen ngn dia. Hehe. Punya laa tinggi cita-cita. Aku paling suka part "tetiba spaghetti u rasa masam" time tu deanna yusoff kena keluar ngn bf dia.. tinggal Imran ( Azhar Sulaiman) sensorang.

Romatik oh!

Aku ni jiwaaah kopak jugak.

Tak tengok dia bawak motor. Waduh!! rompok jiwa aku!. Kira cinta abis. Kalo boleh sukat pakai timba, dah sepasu penuh dah.

Apsal tetiba ingat Azhar Sulaiman? Pasal aku tgk laki aku ada iras laa. Oh please makcik ko jgn perasan!!!!!!!!!@!~

Aku suka btol laki-laki yg romantik neh. Tapi tgk gaya laa, takmo aku laki hopeless romantic neh. Ceh mcm laa ko tak kawen lagi.

Laki aku romatik kah?

Hehe.

Nanti aku taruk surat cinta laki aku time dia kat UK dulu.

Tsk. Dulu laa@!~ (hint-hint nak surat cinta)
 
Related Posts with Thumbnails