Lilypie 1st Birthday Ticker

Pilihan Raya & Liputan Media Massa yang Berat sebelah

بسم الله الرحمن الرحيم


Aku naik jelek melihat RTM membuat liputan pilihan raya semalam. Tak telus langsung. Lebih-lebih lagi bila pengumuman keputusan pilihan raya dibuat. Bukan RTM saja, saluran lain pon sama berat sebelah. Nampak sangat saluran TV sekarang digongong oleh Kerajaan. Kot ye pon buat laa liputan sama rata.

Kalo Barisan Nasional menang, mak aii punya laa di interview sakan calon tuh. Lama pulak durationnye keluar kat TV. Calon Barisan tu pulak start laa riak tak menempat, kutuk parti lawan. Siap melalak Eo eoo eoo. ITU PUN NAK KUARKAN KAT TV? Siap berhujah kata rakyat pilih BN, bla bla bla. Rakyat dah bijak bla, bla. Abis ko ingat kalo Pembangkang menang, RAKYAT NI BODOH LAAAA?? BODOH la ko!.

Tapi bila PAS atau PKR menang, takde pulak nak interview calon-calon tu. Sekadar amik part pengumuman. Pastu dah. Abis. Takde pulak nak papar tokoh-tokoh tuh. Kalo Barisan Nasional menang, punya laa lama on air part tokoh-tokoh tu dijunjung di arak. Tolong la! Jangan la buat liputan berat sebelah.

Apa la yang busuk hati sangat. Apa yang ditakutkan sangat. Takot kena bom ye? Haha.
 
Related Posts with Thumbnails