Lilypie 1st Birthday Ticker

Anis Manis, Kawan-kawan dan Cubicle

بسم الله الرحمن الرحيم


Ini meja ditempat kerja saya. Seperti yang dapat dilihat pada gambar diatas, meja saya dipenuhi dengan berdozen-dozen (adakah dozen perkataan bahasa melayu?) kad QC setiap perisian pembelajaran yang telah dibangunkan. Okeh, bahasa melayu skema saya, tidak mencapai skema.

Tahan sahaja dengan saya. Okeh? Saya suka meja saya yang mempunya locker, eh laci? eh rak? atau keduanya-duanya untuk menyimpan makanan dan fail.

Ini close up, maksud saya gambar dekat meja saya ('dekat' bermaksud close up-bukan 'berada di...'). Itu poskad dari former boss saya yang saya suka. Saya pengumpul poskad.Terdapat juga wallet kulit saya yang bukan Gucci. Saja nak memberitahu kerana dulu wallet saya berjenama Gucci.

Cuba anda lihat pada flat screen atau skrin leper saya, terdapat penanda buku dari Dubai yang dihadiahkan oleh abang betul saya (ramai orang terkeliru dengan 'abang' menyangka saya maksudkan suami, sheeehs ) dan bulu burung yang cantik bewarna hijau dan cokelat.

Kad kuning yang berada pada atas skrin leper bertulis "DON'T FORGET TO UPDATE YOUR PROGRESS REPORT EVERY FRIDAY".

Kad kuning yang berada pada bawah skrin leper bertulis "JIJI, YOU GOTTA LIVE LIFE ON YOUR OWN TERMS".



Ini Instructional Designer untuk bahasa Arab. En. Basha. Super Sporting. Suka paw roti saya. Tapi saya tak kesah.

Ini *ehem-Sarah-ehem* Junior ID bahasa Arab juga.

Ini Kak Norli. Programmer. Sudah berkahwin.

Ini Kechik. Saya suka memanggilnya Cheet-Cheet. Dia seorang Multi Designer. Dia juga seorang penggemar Lomography.

Ini Farah. Kulit dia putih gebu. Nyamuk hinggap boleh tergelincir. Dia juga merupakan Multimedia Designer dan pembuat kek 'Brown Sugar' yang tersedap yang pernah saya rasa. Baru sebentar tadi dia membawa kek cokelat yang enak sungguh.

Ini Za, yang paling tekun dan rajin buat kerja. Dia merupakan ID Bahasa Inggeris seperti saya. Cuma dia lebih rajin dari saya. Dan lebih tekun. Dan.. dan.. okeh saya kalah.

Ini Siti. lagi sorang Multimedia Designer yang cantik molek. Paling hebat melukis potrait. Saya kagum betul dengan dia.


Ini Kechik, Kak Norli dan Kak Na (programmer) tapi dah berhenti bersama Anis Manis yang terpaksa saya amik dari Nursery kerana tetiba mereka menelefon berkata rumah mereka bekalan elektrik terputus.
 
Related Posts with Thumbnails