Lilypie 1st Birthday Ticker

Pekara yang perlu di tanya pada penjaga ketika menjemput/hantar anak dari Nursery

بسم الله الرحمن الرحيم


Mencabar jadi ibu bapa zaman sekarang. Nak fikir anak, nak fikir kerja, nak fikir duit sampaikan pekara kecil yang remeh boleh terlepas pandang. Kalau terlepas pandang sekali sekala lain cerita la, ini yang sah sah memang takmo pandang atau amik tahu langsung. Ignorance sesangat. Aku bercerita/marah bersebab. Bukan sengaja tapi berlaku depan mata. Pasal aku selalu BF dia during lunch hour. Habis atas bawah aku observe budak budak kat situ.

Kebanyakan ibu bapa bila jemput anak di Nursery, tengok rambut lawa, baju dah bertukar muka anak berbedak, sudah cukup. Tak boleh macam tuh mak-mak, lebih lebih lagi yang menghantar bayi. Tau masa jemput lawa je anak. Tapi tau tak baby korang kat nursery tuh menangis bagai nak roboh atap sambil di henjut-henjut laaaa bouncing net tu oleh penjaga dengan harapan baby korang tu diam.

Ni pekara yang perlu sangat di amik perhatian ya ibu-ibu/bapa.

1. Bemesra dengan penjaga. Tapi jangan over. Tegas mesti ada. Setiap kali hantar anak, (sila baca: hari-hari). Tinggalkan Pesan.

Contoh:
Anis mandi air panas ye kak, jangan air sejuk diani senang selsema.

Tapi kena pelbagai laa struktur ayat korang, nanti orang ingat kita hapal skrip pulak. Hehe.

2. Kalo diapers dah penuh masa menghantar anak, bagi tau terus, jangan la assume penjaga nak belek itu ini. Pasal dia bukan jaga anak kita sorang je.

Contoh: Kak, anak dara ni tukar terus diapersnya. Penuh dah.

Sebaiknya sebelum anak dihantar pepagi tu, tukar terus diapers dia.

3. Bagi tau bila kali terakhir anak tu minum.

Contoh: Ni anak dara ni dah menetek dari pagi tadi ni, kalo dia nak lagi akak buat 2 oz je la utk pagi ni.

4. Bagi tau penjaga kalau anak menangis apa nak buat. Tu penting!!!

Contoh: Ni kalau anak dara ni takmo berhenti menangis peluk peluk sikit tapi kalau sampai sejam tak berhenti call saya tau.

5. Masa menjemput anak tu jangan lupa tanya:-

"Dia berak tak?"
"Kaler apa ye? Cair ke? Macam tempoyak ke?"
"Berapa kali berak ye?"
"Ada muntah ke hari ni?"
"Meragam tak?"
"Berapa ounce dia minom hari ni?"
"Last sekali jam berapa dia minom?"
"Lama dia tidor?"

.
.
.

Aku dengan penjaga Anis setiap kali jemput aku takyah tanya dah, pasal depa dah kasi report. Kadang tu tak menyempat-nyempat aku sampai depan pintu dah kasi tau. Macam nak kasi tau satu dunia pon ada yang anak aku tak berak hari tu. Cis

Anis punya Nursery tu alhamdullilah bersih pon bersih, persekitaran lapang, baby semua kat tingkat atas. Dah diasingkan yang merangkak/merayap/bergayut kat bilik lain (Ni hasil usaha aku komplot dengan penjaga Anis la ni untuk push tuan rumah tu asingkan baby). Baby yang kecik yang tidooo meniarap kat bilik lain.

Toddlers pulak kat tingkat bawah. So tak perlu risau anak kena cakar/himpit/pijak ke apa.

Aku cuma geram parents yang hantar anak-anak sakit ke Nursery sampai berjangkit kat anak aku. Tu je.


Last tips: JANGAN KOMPLEN apa apa kat nursery!! If you want sumthing to be done, slowly u inch your way in. Bagi tau dengan bersahaja (tapi tegas tau). You got to be very tactful!
 
Related Posts with Thumbnails