Lilypie 1st Birthday Ticker

AH1N1-- 7 kes baru dikesan.

بسم الله الرحمن الرحيم



Photo Credit: Dr. F. A. Murphy, Centers for Disease Control and Prevention
Description: This colorized negative-stained transmission electron micrograph (TEM) depicts the ultrastructural details of a number of influenza virus particles, or "virions". A member of the taxonomic family Orthomyxoviridae, the influenza virus is a single-stranded RNA organism.


A(H1N1): 7 kes baru dikesan, menjadi 49

Sumber: Malaysiakini

Tujuh lagi kes Influenza A (H1N1) disahkan dalam negara, tiga daripadanya melibatkan pelajar sekolah, menjadikan jumlah kes bagi penyakit itu menjangkau 49 kes setakat ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata seorang daripada pelajar sekolah yang terlibat adalah pelajar tahun lima, yang merupakan rakan kelas pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Jalan Davidson yang dilaporkan semalam menghidap penyakit itu selepas melawat Melbourne.

"Kes nombor 36 semalam yang balik dari Melbourne, menjangkiti pelajar di dalam kelasnya di SRJK Cina Jalan Davidson. Ini menunjukkan bahawa sekolah itu (kini) ada dua kes," katanya selepas menyebarkan risalah mengenai penyakit itu kepada peniaga dan pengunjung Pasar Batu 11 Cheras hari ini, lapor Bernama.

Menurutnya kelas yang melibatkan dua pelajar SRJK Cina Jalan Davidson itu iaitu kelas 5(I) kini dikuarantin oleh Kementerian Kesihatan.

"Dua lagi pelajar yang terlibat ialah pelajar tahun lima Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Assunta 2 Petaling Jaya dan pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Seksyen 9 Shah Alam," kata Liow dan menambah pegawai Kementerian Kesihatan akan memasuki sekolah-sekolah berkenaan untuk memastikan ia dalam keadaan terkawal. -- (Jiji: Apa yang nak dipastikan terkawal?? Budak-budak yang terkawal? penyebaran virus terkawal?? Boleh tak specific sket?? Takde langkah pencegahan? setakat quarantine satu kelas itu je???)

"Kami juga akan cadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara dan berbincang dengan Kementerian Pelajaran untuk menutup sekolah-sekolah itu sementara waktu,"-- (Jiji: Tutup je laaaaaa!!!!!! nak bincang kebenda selooooowww la korang ni!!!@!~) katanya.
Liow berkata jika dipersetujui semua pihak, sekolah terbabit akan ditutup sekurang-kurangnya seminggu.-- (Jiji: Malaysia kalau bab bab perlaksanaan mesti slow!!!!@!~ BENCI!!!)

Dalam tujuh kes terbaru ini, beliau berkata enam daripadanya adalah kes import dan satu merupakan kes penularan tempatan.

Katanya daripada enam kes import itu, dua kes melibat lawatan ke Melbourne, dua kes ke Amerika Syarikat, satu ke Toronto Kanada dan satu ke Thailand, manakala satu kes penularan tempatan adalah kes yang melibatkan pelajar SRJK Cina Jalan Davidson.

Beliau berkata kesedaran orang ramai mengenai wabak itu perlu ditingkatkan memandangkan penyakit itu didapati merebak dengan pantas.

Liow berkata semua pesakit yang terlibat sedang dirawat dengan antivirus Influenza A (H1N1).
.
.
.
.
.
.

Sekolah tuh sebelah opis aku je. Atas bukit tu tak sampai 500 meter.

Tsk.
------



There are everyday actions people can take to stay healthy.

  • Cover your nose and mouth with a tissue when you cough or sneeze. Throw the tissue in the trash after you use it.
  • Wash your hands often with soap and water, especially after you cough or sneeze. Alcohol-based hands cleaners are also effective.
  • Avoid touching your eyes, nose or mouth. Germs spread that way.
 
Related Posts with Thumbnails