Lilypie 1st Birthday Ticker

Aku rasa nak meletup!

بسم الله الرحمن الرحيم


Aku tak tau korang, maybe korang kuat. Tapi skang aku rasa nak meletop je. Aku dah tak boleh dengar dah ayat 'baru anak sorang'. Aku tak ingat lagi bila last aku tido 4 jam straight. Dah masuk 2 minggu aku tidor sehari tak lebih 4 jam . Itu pon tak straight. Kepala aku berat habis dah ni. Dengan aku demam teruk. Anis yang batuk batuk. Rasa serba salah yang dah roboh bahu aku nak pikul. Dan malam tadi aku betul - betul nangis. Pasal Anis dah start ada eczema. Makin menjadi. Tengok dia menggaru.. tido tak nyenyak.

Aku dah letih nak salah kan diri.

Sejak naik dari bercuti bersalin. Aku dah amik cuti hampir sebulan! atau mmg dah sebulan. Itu hari masa anis kena Bronchiolitis .. 2 minggu lebih. Ni Anis batuk.. aku demam teruk seminggu.. hari hari lain tuh ada gak cuti.

Ni pagi hantar dia dia kat Nursery.. kalo dia gatal.. penjaga tuh ada ke nak lap lap kan air.. sapu krim?? Ada ke? Aku dah tak boleh dah content semua benda ni.

Bila aku lelap mata, aku dah start hearing voices. Ya Allah .. what is wrong with me?

.
.
.

Maaf la aku tak berkunjung balas lately...
 
Related Posts with Thumbnails