Lilypie 1st Birthday Ticker

Doa Ketika Mengandung ( yang perlu di ketahui asal usulnya)

بسم الله الرحمن الرحيم


Entry panjang yang rugi kalo tak baca!


Update: Ramai yang mencari doa ibu mengadung lalu sampai ke blog saya. Wahai ibu-ibu/bapa tiada doa khusus untuk senang beranak ke, nak anak lawa ke, TAKDE! CUMA ADA DOA UNTUK ANAK YANG SOLEH!!@!~

JANGAN MAIN AMAL JE TAU baca dulu isi entry ni.


Holaa ibu-ibu sekalian@!~

Kan aku kata nak taruk tazkirah kan? Okeh.. Sebelum nak ceta sket.. aku time mengandung hari tu banyak jugak yang suruh baca surah Yusof nak anak lawa.. surah Maryam nak senang beranak..

Aku ni pulak jenis yang bukan senang nak ikot amalan orang, aku tanya laa kawan aku ni benar ke surah maryam kalo di amalkan boleh senang beranak?

Dia kata " Maryam sendiri nak beranak sakit, punya sakit sampai dia boleh menggoyangkan pohon kurma".

Okeh. Pastu aku diam.

Kadang kita perempuan ni mudah sangat terpengaruh dengan amalan yang tidak tahu hujung pangkal.

Di sini aku lampirkan penulisan kawan aku tuh.

Semoga dapat ilmu dan keberkatan kehidupan kita.

.

.

.


Sudah menjadi kebiasaan bagi ibu yang hamil, mereka akan diajarkan agar membaca ayat-ayat tertentu daripada Al-Quranul Karim.

Di sini saya sertakan bacaan-bacaan yang sering di ajar kepada ibu-ibu kita di Malaysia khususnya.



Surat dan Ayat dari Al-Quran :

• Al-Mu’minuun (Surat ke-23, ayat 12-14)
• Lukman (Surat ke-31, ayat 14)
• Yusuf (Surat ke 12, ayat 1-16)
• Maryam (Surat ke-19, ayat 1-15)baik juga jika semuanya dibaca..
• Ar Rahmaan (Surat ke-55, ayat 1-78)

Bacaan-bacaan seperti di atas akan di ajarkan kepada mereka yang hamil tanpa si penganjarnya tahu sejauh manakah kebenarannya dan implikasinya kepada anak yang bakal dilahirkan nanti.

Menariknya, darimanakah ajaran-ajaran dan saranan-saranan seperti ini datang dan siapakah yang mempeloporinya?

Saya ingin sentuh satu persatu daripada pilihan pembacaan sepertimana yang saya petik di atas.

1. Ayat dari surah Al-Mu’minuun dan terjemahannya adalah seperti berikut.

[12] Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;

[13] Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;

[14] Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.


Berikut daripada ayat di atas, secara amnya dapatlah kita simpulkan bahawa gambaran kejadian manusia diceritakan oleh Allah S.W.T secara berperingkat sekaligus menunjukkan lambang kekuasaan Allah Taala yang Maha berkuasa ke atas segalanya dalam proses penciptaan manusia.


Apa yang menjadi pegangan sesetengah para pengajar ayat ini, ayat ini di baca untuk menjadikan bayi yang bakal dilahirkan nanti cukup sempura sifatnya.

Maka bayi yang akan dilahirkan nanti sekiranya cukup sempurna sifatnya, kita pun bersyukur dan menyatakan inilah khasiatnya aku membaca ayat di atas pada waktu aku mengandungkan anakku ini.

Barangkali mungkin di sana ada yang menyesal kerana bersusah payah pergi cek doktor sehinggakan terpaksa ambil cuti kerja, akhirnya anak yang dilahirkan ini cukup sempurna.

Kalau gitu lebih baik tak payah pergi cek. Just duduk di rumah baca jer ayat ni selalu.

Kita tidak di larang daripada berikhtiar. Cuma kita mesti lihat sejauh manakah cara ikhtiar kita dan yang paling penting ialah pergantungan kita kepada Allah.


Apa yang menjadi kerisauan kita ialah, sekiranya ibu yang hamil tadi jenuh membaca ayat di atas setiap hari dengan harapan mendapat anak yang sempurna sifatnya, akan tetapi kekuasaan Allah mengatasi segala2nya dan akhirnya dia dikurniakan seorang anak yang tidak sesempurna seperti yang dihajatinya, pada waktu itu kemungkinan besar akan adalah pihak2 yang akan dipersalahkan.

Kita bimbang di kala itu dia akan mula hilang pertimbangannya dan mula menyalahkan Ayat Al-Quran yang di bacanya.

Baginya, aku dah baca tapi ini yang aku dapat. Waktu yang sama juga tetiba datanglah si Pengajarnya dan mulalah menuduh, pertamanya “Engkau tak baca ke sepertimana yang aku ajar”? sekiranya di jawab “Setiap hari saya baca tau”, maka akan dibalas kembali dengan bijak nya “Engkau baca tak betul-betul kot!!! Itu yang anak engkau cacat!!!” maka bertambahlah hancur hati si ibu yang melahirkan anak yang tidak sempurna.

Dan si Pengajar pula tidak pula begitu kreatif ingin menyelesaikan masalah yang dihadapi sebaliknya menambah buruk keadaan yang sedia ada. Dulu pandai ajar, sekarang kenapa tetiba ilmu dah hilang?…..huh!!!


Inilah antara akibatnya apabila sesuatu perkara di buat tanpa ada rujukan kepada mereka yang lebih berilmu.

Kalau hanya sekadar dengar-dengar daripada nenek moyang, itu tidak akan menjadi sandaran khusus dalam menetapkan sesuatu bahawasanya ini adalah ilmu yang harus semua orang ikuti.

Andainya ia tidak datang daripada Allah dan rasulNya serta Ulama’ulama’ yang mewarisinya, perkara tadi boleh ditolak dan tidak harus bermati-matian mempertahakannya.

Ini kerana kita bukannya masyakat jahiliyyah yang mengikut telunjuk nenek moyang mereka secara membabi buta serta sanggup mati kerananya.




Sesungguhnya, sememangnya ayat Al-Quran itu sebagai pemnyembuh, tetapi pabila pergantungan harap kita tersimpang daripada pemilik ayat Al-Quran itu tadi, maka akan terjadilah perkara yang kita tidak ingini.

Walaupun pengkhususan ayat-ayat tertentu juga tidak pernah di ajar oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W., namun ada di sana beberapa ayat yang lebih sesuai dan yang utamanya menjadi doa nabi-nabi terdahulu dalam memohon kepada Allah dalam usaha menginginkan anak yang soleh dan sempurna.

Mereka menggantung harap kepada Allah, oleh itu Allah rakamkan setiap permohonan mereka di dalam kitabNya yang suci.

Apa yang menyedihkan, waktu sarat mengandung inilah yang menjadikan ibu yang hamil membaca Al-Quran, tetapi tidak pula pada saat dia tidak mengandung. Kalau 5 orang anak, maka 5 kali ajala dia membaca Al-Quran, itupun hanyalah ayat-ayat tertentu.

Peringatan di sini ialah bahawa ayat Al-Quran bukannya azimat atau tangkal yang dipakai ketika perlu sahaja, sebaliknya ia adalah Kalam Allah.

Allah beri kepada kita sebagai sumber rujukan utama dan hidayah untuk kita terus hidup dalam keredhaannya. Andainya buku manual ataupun user guide itu kita buleh baca kesemuanya untuk kita tidak tersilap dalam menggunakan sesuatu peralatan, kenapa tidak kita membaca Al-Quran serta faham isi kandungannya dan beramal segala tuntutannya kerana itulah User Guide untuk kita sebagai manusia.



Di sini saya lampirkan beberapa doa para Anbiya’ dalam memohon kepada Allah agar dikurniakan zuriat yang soleh.

QS. Ali Imran 35-36
[35] (Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:" Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

[36] Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan; dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)".

QS. Ali Imran 38 (doa Nabi Zakaria)
[38] Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan".

QS: As-Soffaat 100 (doa Nabi Ibrahim)
[100] " Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!"

QS. Ibrahim 40 (doa Nabi Ibrahim)
[40] "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

QS: Anbiya’ 89-90 (doa Nabi Zakaria)
[89] Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi".

[90]Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.

QS: Furqan 74
[74] Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Sesungguhnya, pintu langit Allah terbuka luas untuk menerima sebarang doa daripada hamba-hambaNya. Maka berdoa dan bermohonlah serta sandarkanlah segala pergantungan kita kepada Allah S.W.T kerana Dialah sebaik-baik tempat bergantung.

InysaAllah baki huraian dalam surah-surah yang seterusnya akan menyusul selepas ini. Harap pembaca dapat bersabar.

---
.
.
.
.
Okeh kesimpulan, takde doa khas untuk anak lawa.. takde doa khas utk senang beranak.. segalanya kita kena serah dan bergantung kepada Allah.

Orait, Ibu-ibu sekalian, kita ni mudah terikut-ikut dengan keadaan. Semoga ilmu yang sedikit ni dapat dikongsi dan dipanjangkan okeh@!~
 
Related Posts with Thumbnails