Lilypie 1st Birthday Ticker

Hari mendung teruk. Sama macam hati aku.

بسم الله الرحمن الرحيم


Aku sumpah aku takan nangis lagi kalo hati aku di sakiti.

Oh well, sumpah kebenda kalo hati ko tu spisis hati tisu.

Dulu aku terer guna perkataan paling buruk, paling busuk untuk menggambarkan marah aku.

Dulu aku terer gunakan apa saja benda untuk hilangkan rasa sakit hati aku.

Sekarang, hati sakit seperti dulu. Rasanya, lagi sakit seperti dulu.

Aku tak boleh nak buat apa-apa. Tak boleh nak mengadu pada sesiapa.

Dengarkan saja perkataan paling buruk untuk aku.

Dengarkan saja perkataan paling busuk untuk aku.

Aku telan setiap perkataan tuh.

.
.
.
Aku rindukan buaian jala yang tersangkut di bawah rumah neknyang. Berbuai sambil memerhati bukit titi yang jauh di hujung sawah. Berbaring sambil menatap semut yang sibuk membuat lubang di pasir. Sekejap aku berbaring terlentang menatap sawang di bawah lantai rumah neknyang. Sambil berbuai.

Aku nampak motosikal atuk. Aku nampat helmet atuk. Parang kebun atuk. Raga durian atuk. Aku nampak nenek kupas kelapa. Aku nampak nenek simpan tombong kelapa untuk aku.

Aku baring sambil berbuai dalam buaian jala.Pandang langit dan awan jauh tuh. Ada bentuk sudu ada bentuk lesung batu.

Kejap lagi nenek panggil makan nasi. Kejap lagi aku akan bangun dari buaian. Tinggalkan semut, sawang, langit dan awan, motosikal dan helmet atuk, parang dan raga durian atuk.

.

.

.


Kalo aku tahu begini rasa sakitnya hati.
.

.

.

.
.

Aku taknak bangun dari buaian. Aku tak nak bangun pegi makan nasi.
 
Related Posts with Thumbnails