Lilypie 1st Birthday Ticker

Kisah Syaitan

بسم الله الرحمن الرحيم


Aku kan suka tanya kawan-kawan opis aku yang tinggi ilmu agamanya tentang nabi, tentang syurga dan neraka, tentang kasih sayang Allah dan rasul, sirah sirah para anbiya'. Aku suka sangat!!! Ibarat budak kecil mendengar cerita dongeng.

Tadi aku tanya...

"Jin boleh tolong manusia?"

"Boleh, tp kita tak boleh mintak pertolongan dan perlindungan dari jin, kena mintak pada Allah"

Aku tanya lagi...

"Kan ada jin Islam dan jin kafir, siapa yang ajak dia masuk islam"

"Jin islam lah yang berdakwah"

Aku tanya lagi...

"Jin ni buruk ke?"

"Tak tahu"

Aku tanya lagi...

"Syaitan tu apa?"

"Syaitan tu jin"

Aku tanya lagi..

"Yang menghasut tu syaitan?"

"Allah jadikan manusia dan jin untuk menyembahnya, golongan jin yang ingkar dan tak mahu sujud pada adam di gelar iblis dan syaitan"

Aku tanya lagi..

"Hantu?"

"Iblis dan syaitan"

Aku tanya lagi...

"Macam mana syaitan boleh masuk dalam badan manusia?"

"Kalo iman lemah, syaitan ni boleh mengalir dalam badan manusia macam darah. Nabi pernah bercerita, sebelum dia tidur syaitan akan datang untuk menghasut utk melakukan maksiat, selepas bangun tidur syaitan datang lagi."

Aku tanya lagi...

"Macam mana nak halau?"

"Halau dia datang lagi"

"Abis tu?"

"Jangan tinggal solat, tingkatkan iman, kurangkan marah, banyakkan bersabar, jaga kebersihan, jauhkan maksiat"

Aku jawab akhirnya..

"Patut la aku selalu kata 'tido la kejap-5 minit je-karang br semayang' pastu cepat-cepat aku fikir 'kang 5 minit karang mati cemana?' 'takpe tido kejap la' 'takbleh kang mati kang!"

*senyum dia kat aku*
 
Related Posts with Thumbnails