Lilypie 1st Birthday Ticker

Nilai Ibu (yang aku selalu lupa)

بسم الله الرحمن الرحيم


Aku panggil ibu - mama.

Aku benci mama dulu. Menyuruh aku seribu satu macam. Penuh protokol. Aku benci gila.

Bila aku dewasa kini aku tahu nilai setiap pekara yang terlalu kecik pada mata orang lain. Terlalu remeh. Terlalu merimaskan.

Aku ingat dulu mama kata...

"Kalo cuci pinggan, sponge tu cuci dulu sebelum masuk balik dalam mangkuk, jangan habis bersisa mangkuk sabun tuh"

"Lepas cuci pinggan, bersihkan sink, buang sisa makanan"

"Masa lap meja, tinjau dari tepi tengok kalo ada mana mana spot yg ter-missed"

"Sebelom tido,pastikan dapor mesti kemas, esok kerja lain pulak menanti"

"Lepas masak nasi, lap periuk nasi, jangan biar berkerak-kerak"

"Lap cerek tu lepas masak air"

"Kibas kain baju masa nak sidai biar selesai masa nak angkat, senang lipat"

"Terbalik kan seluar masa sidai"

"Baju sutera jangan jemur bawah matahari"

"Bangun tido pagi-pagi bukak tingkap"

"Kemas katil, biar masuk bilik tenang fikiran tak serabot"

.
.
.

banyak lagi.

Dulu aku bosan dengar.

Sekarang aku bagi tau ma, aku berterimakasih dengan semua nilai-nilai tersebut.

Ma kata "Itu beza kita dengan orang dik"

Orang sekarang " Rancak dek labuh"

Pepatah minang - Masa keluar luar cantik belaka, rumah ibarat tongkang pecah.


.
.
.

Ma selalu pesan, ada anak ni, kena set up a good example. Kena berubah. Tak boleh malas-malas. Fikir kalo hari ni hidup kita susah, nanti-nanti lagi susah kalo kita tak berubah.


Mak pesan, "dek kita kawal keadaan, bukan keadaan yg kawal kita"


Time macam ni aku harap mak aku ada ingatkan aku pada semua pekara.

Aku pelupa.

Atau sengaja buat-buat lupa.
 
Related Posts with Thumbnails