Lilypie 1st Birthday Ticker

What I Do For A Living (Tag from: Little Mama)

بسم الله الرحمن الرحيم




Dulu masa kecik, aku selalu berdoa "Ya Allah, dah besar esok aku nak jadi ID"

ID as in Interior Designer bukan Instructional Designer.


Tu laa doa guna short form lagik.


Aku mmg suka sangattttt bab hiasan dalaman neh. Kira taksub.

Lepas habis SPM, tak tahu hala tuju, orang amik exam matriks, aku pon amik.

Tak pernah langsung bercita-cita nak masuk U.

Masa orang sebok bercuti lepas SPM, aku dah terdampar di Matrikulasi Melaka.

Oh rindunyaaaaaaaaaaaaaa@!~ *Aku buka lesbo ye sarah!*

Lepas tu terdampar di UPM.

Oh rindunyaaaaaaaaaaaaaa zaman-zaman naik keta Iswara aeroback 7 orang pegi genting.

Tau tau je skang dah jadi Instructional Designer.

Cis.

Okeh menjawab tag.

Kerja ID neh boring. Standard jawapan. Muehehe.

Aku akan buat system architecture untuk online-learning. Alar-alar blue-print. Semua kena lengkap, system flow, senarai multimedia elemen, content presentation dan segala maknenek yang perlu ada utuk mewujudkan satu sistem multimedia.

Pastu kena buat buat content Analysis. Bapak bosan. Time neh laa Bloom's Taxonomy, Gagne, apa kejadah lagi teori pendidikan yang kenal apply.

Rasa mcm budak pendidikan je. Tapi tak. Aku budak Sc.comp.

Lepas siap, kena buat Q.A.

Super bosannnnn. Ye laa macam arkitek, umah siap kena laa inspect kan. Mana tau ada broken link ke, ada termasuk ayat-ayat tido. Maklum la bosan.

Tapi best tempat kerja aku skang, masuk 8.30am.

Balik - 5.30pm.

Bulan posa pompan balik 3.30pm. Jangan jeles.

Aku kerja kompeni arab. Kalo nampak pompan pakai jubah itam time matahari meninggi kat tepi kedai lampu beli cendol tu aku la tu.

Kesimpulan:

Kalo nak jadi ID, kena jadi orang yang super teliti. Ecewah. Tak. Aku tak teliti. Aku cerewet.
 
Related Posts with Thumbnails