Lilypie 1st Birthday Ticker

Apa yang sudah jadi dengan aku sekarang?

بسم الله الرحمن الرحيم


Ini entry luahan perasaan.. (baca la luahan ku ceceh)

Aku seperti biasa, masih terkapai-kapai untuk menstabilkan kehidupan sekarang.

Tapi setiap dugaan ada hikmah. Aku nampak sangat-sangat.

Aku geram marah dengan Nursery tempat Anis. Masih terima bayi yang sakit.Lebih-lebih lagi batuk. Aku lagi geram dengan ibu kepada bayi tu. Nak je aku mencarut kat sini lepaskan marah!

Aku rasa nak sepak je penjaga yang letak anis sebelah budak tuh!

Aku rasa kalo letak cerek air atas kepala dah mendidih dah.

Insyallah, aku dah jumpa seorang ibu yang boleh jaga anis.

Mungkin penilaian aku terlalu awal, tapi aku rasa ibu tu begitu particular sebijik mcm aku. Rumah bersih tanpa habuk (part neh tak laa pasal aku mop pon ikot mood je dah). Takde sofa buat perap habuk. semua spisis kayu jati kot. Takde karpet! pakai tikar kayu. Ada aircond!!! Paling best dia tak memasak !!!.AKu berdoa sangat-sangat anak aku selamat dalam jagaan dia nanti.

Walaupun batuk anis tak seteruk dulu, sebab mlm dia boleh tido.. tp Dr. Amdan kata kuat sangat virus/bacteria yg attack paru-paru dia. lambat nak recover.

Sigh. Dr kasi *singulair (untuk prevent asthma.)

SINGULAIR is a prescription medicine approved to help control symptoms of asthma in adults and children 12 months and older and for relief of symptoms of indoor and outdoor allergies (outdoor allergies in adults and children as young as 2 years and indoor allergies in adults and children as young as 6 months).


Sebab anak dara aku neh mmg ada ciri-ciri senang kena asthama.

1. Lactose intolerant.
2. Eczema.
3. Allergy to dust.

Aku amik cuti 1-2 minggu. Aku rasa aku dah cukup beruntung ALlah permudahkan aku banyak perkara. Gaji masih lagi full. HR very understanding. Ye la kan semua kat situ mmg mengikut lunas-lunas islam. Masa aku jumpa Pak Ali* (nama rekaan) dia tanya aku kerja untuk apa? Nak jawab demi Allah mcm terlebih tawaduk la pulak kang. Aku jawab la untuk family... Pastu dia kata "so family come first!"

Alhamdullilah.

Nanti aku buat entry 1st day as SAHM. Wahahahahahah@!~ Sat aku rasa tak perlu.. aku boleh conclude everything in ONE word...BAPPPAKKKKK LETIH!!!!!!! :P Tapi kalo setakat dok mengadap anak lain laa.. ni kena kemas rumah ( tak habis kemas pulak tu lagi), nak siap kan keja freelance, dah laa skang boss tu dok sms aku tanya storyboard bila nak siap tgh malam buta. Macam ada affair ngn jantan lain je dok ketik ketik tgh malam. Nak siap kan order Mini ME lagi ngn Banner.

Cemana laa orang dulu dulu ekk yg pegi ke sawah padi..

Anyway.. banyak nak luah kan nih.. terimakasih laa baca sampai perenggan la ni..

Aku baca entry Kak Ros http://littlemamadiary.com/935/lagi2-kes-baby-mati-tersedak-susu/

Sini aku senarai kan lagi apa yang sebenarnya berlaku dengan anak korang di Nursery selama korang di opis.


Nursery's Nightmare!!(V1.0)


1. Anak korang tidor berhimpit himpit. Satu tilam single akan di kongsi dengan 3-4 bayi yang dah pandai berpusing-pusing. Anis aku bawak tilam super single untuk dia sorang. Seriyes!!!

2. Bayi kecik akan duduk dalam bouncing net. 8 jam korang kat opis 8 jam laa dalam tu. Tolak time mandi dan cuci berak je. Anis kecik aku kata lepas dia tido angkat!!!

3. Bayi yg dalam bouncing net tu akan di henjut mcm menampi beras.. gila laju! Lagi kuat menangis lagi kuat di henjut. Aku sound jugak kang bergegar otak bayi.. kepala baby lembut lagi.

4. Baby yang tak banyak ceta.. bila di susukan botol di sempang dengan batal! Nasib la anis jenis yg cerewet dengan botol kena kasi 100% attention kat dia time feeding.

5. Bayi korang akan di pegang dengan kasar.. kaki tangan di kepak time tukar diapers atau time tukar baju. kadang tarik guna sebelah kaki je. Mak aku dah sound kalo anta anak ke Nursery .. sediakan baju butang jgn bawak romper. Hikmah jugak Anis masa lahir shoulder dystocia (read more here)

6. Bayi korang yang suka bergolek- golek akan di tarik macam tarik guni beras je. Ni pon aku sound selagi anis atas tilam ni biar la dia nak bergolek. cemana la budak nak tido gerak sket ket tarik tido kat section masing-masing. tido pon tak aman.

7. Bayi korang akan di lap ibarat menyetal cendawan tepi sink. Takde nyee nak dap dap. Semua kasi sental!!

8. Berak cuci tak bersih. Sebab tu balik dr amik anak check towel dia tgk ada kesan taik ke tak!

9. Nak tido kan bayi dia akan hempuk-hempuk belakang anak korang. Seriyes boleh bergegar okeh. Mcm tepuk bantal nak buang habuk!

10.Baju anak korang kalo kena makanan atau muntah takde nye nak tukar. Pasal tak dipesan, pastu takde baju lebih. Kalo ibu tak kesah.. diorang lagi la.



.
.

Ni penjaga-penjaga kat Nursery Anis. Tapi yang jaga Anis tu tak sampai gitu la tp aku rasa ada jugak kasar nya. Ni dah dapat jumpa sorang ibu ni yang jaga 2 orang je, aku dah bersyukur. Itu pun aku kenal masa pegi buat follow up kat Klinik Adek. Terjumpa seorang aunty ni yang rekemen kawan dia.

Hikmah kan?

Betul. Allah kasi dugaan sebab dia nak beri ganjaran. Ingat tu!

(Bersyukur jiji!! Bersyukur!! banyakkan bertaubat!!!)
 
Related Posts with Thumbnails