Lilypie 1st Birthday Ticker

Hari-Hari Raya aku *sob* (sedeh pasal kejap sangat)


بسم الله الرحمن الرحيم


Aku ni, tahun lepas 1st time beraya ada suami. Tahun ni 1st time beraya ada anak!

Pesiapan raya (baru nak cerita??) alahai biasa-biasa je.

Jumaat petang tu dah bersiap-siap packed barang untuk pulang beraya di Taiping. Koben dah masak spaghetti alfredo kegemarana aku untuk ditapau makan dalam kereta time berbuka nanti.

Masa nak balik tu tak la jammed sgt still bearable lagik! Tapi bila masuk Tapah makauuu punya sesak!!

Nasib laa Anis dah tido. Senang sket pinggang aku.

Aku paling syok balik Taiping ni, 1st suka berjalan dan tengok tempat orang. Try makanan itu ini. Satu lagi bapak mertua I terrer masak!! Tu yang koben, eceh puji laki sendiri, terrer masak.

1st Raya - Alahai sedehhh hati siot jauh ngn mak apak. Ye la kan 1st time raya tak mengadap mak apak sendiri. Sedeh bukan main. Tapi control tak tunjuk. Melalak lar jugak lepas tuh dalam toilet. Tsk. =P


Petang tu kami balik kampung di Parit Buntar.

Petang 2nd Raya - lepas pekena chendol meletop kat bandar Taiping baru gerak balik Seremban.

Esok nya aku keja.

Arghhhhh!!!!!

Mari Layan gambar ya puan-puan.

(Terserlah tahap stress aku dalam entry ni-senang ceta AKU TAK PUAS LAGI BERAYA!!!@!~)

Belakang rumah Tok Wan di Parit Buntar-Perak. Gila syok! Nasib la aku berbaju kurung kalo aku pakai short dan T nescaya aku lari sampai kehunjung bendang tu!





Kenalkan Ayu dan Shirah. Senang adik ipar perempuan ramai ni, boleh take turn melayan anak dara aku yang non-stop berjoget je.





Tak sempat nak bergambar dengan Tok Pah ngn Tok Wan. =(

Okeh ini pulak gambar di Seremban.

Anis dan mama.



Ini gambar kami di Seremban. Koben, abah Mama Adlyn dan kakak Liza. Nak bersiap balik ke Jelebu lepas tu balik Shah Alam.



Itu la kisah hari raya kami.

Banyak gambar lagi cuma malas nak edit la.

Tiada semangat.

Opis masih lagi lengang. Tsk.
 
Related Posts with Thumbnails