Lilypie 1st Birthday Ticker

Isu Baju Raya = ( *tsk*

بسم الله الرحمن الرحيم


Ini adalah pendapat peribadi. Dari sudut pandangan mata aku mengenai baju raya yang sama untuk satu keluarga.


Tiada apa yang salah. Setiap keluarga bebas menunjukan semangat kekeluargaan dengan cara begitu.

Cara aku lain. Cara suami aku pulak lain.

Bila time raya apa lagi...

Isu ni mesti berbangkit balik!!

Suami pernah tanya: "Kalo mama kasi kain sama untuk pakai satu family u nak?"

TAK NAK!!!!!!!!!!!! (sila baca 'taknak aku' BUKAN dgn nada melawan okay, baca nada freak out!)

Family aku tak pernah ada baju raya yang sama (kain, corak, fesyen yang sama). Kalo TEMA yes.. macam biru ke, hijau ke, gold ke.

Kami lebih selesa dengan birthday wishes, hari ibu, hari bapa.. etc etc tapi tidak dengan memakai baju yang sama.

Aku dah terangkan sebaik mungkin aku tak selesa baju yang sama satu keluarga.



Alasan:

1.Aku mempunyai kakak ipar. Ada anak perempuan - 2 orang disitu.
2.Aku ada 4 adik ipar.
3.Aku ada mak mertua.

Total: 7 orang campur aku 8 di situ!

Banyak lagi alasan-alasan lain: Tapi tak cukup kukuh la nak berhujah :p mostly alasan yang lain tu bersifat berat sebelah (Cth: Nampak macam uniform berbanding baju raya.. tak stand out time raya.. susah tetamu nak cam yang mana satu menantu kang... nanti Anis kompius hahahah@!~)



Tapi aku buat exception: Kalo baju melayu lain ceta! Aku lebih suka anak aku memakai baju sedondon dengan bapanya. Macam sweet je orang pandang nanti.

Tapi tak boleh sama ngn aku.

Aku takmo orang ingat Anis pakai baju raya dari leftovers kain baju raya aku pulak!

Pastu koben kecik ati "Biar Anis pakai baju melayu sama dengan I je la"

Ke situ pulak!

*sigh*

.
.
.
.
.

(Dalam hati: kalo nak sedondon pon dah tak sempat dah eheh!)
 
Related Posts with Thumbnails