Lilypie 1st Birthday Ticker

Cerita Lelaki dan Perempuan

بسم الله الرحمن الرحيم


Bagaimana nak mula ya?

Okeh, perempuan yang aku saksikan dengan mata aku, perempuan yang aku pandang menggunakan akal aku, perempuan yang ada setiap penjuru hidup aku semuanya hebat.

Aku tak tahu mengapa ada lelaki yang masih tidak nampak kehebatan seorang perempuan.

Atau seorang suami yang tidak nampak kehebatan seorang isteri.

Tapi kalo isterinya jenis yang biasa-biasa (macam aku). Lain cerita la. Oleh kerana itu aku cuba menjadi yang hebat walaupun ego terlalu tinggi. Kadang perempuan macam aku sengaja meletak ego tinggi, untuk melindung diri dari di sakiti. kadang perempuan macam aku akan prepare siap-siap segala tembok yg ada untuk pastukan lelaki tak boleh langsung lukakan dia.

Perempuan macam aku. Bukan aku. Okeh. (Ego taknak ngaku!)

Tapi ada jenis lelaki yang sabar.

Tapi ada jugak perempuan yang bukan jenis aku. Perempuan yang hebat untuk membahagiakan lelaki. Membuka segenap inci ruang untuk membahagiakan lelaki, redha setiap kata putus dari seorang lelaki. Ada perempuan yang hebat seperti itu, dan aku berdoa ada lelaki yang mampu melihat dan merasa bersyukur memiliki seorang perempuan yang hebat.

Kadang kehebatan itu terlalu kecil bagi lelaki untuk dilihat.

Kehebatan seorang perempuan untuk keluar bekerja menampung keluarga.
Kehebatan seorang perempuan mencari segenap ruang untuk menambah rezeki.
Kehebat seorang perempuan memerah susu demi anak.
Kehebatan seorang perempuan yang memastikan tubuh badannya cukup sempurna buat lelaki.
Kehebatan seorang perempuan yang berkongsi dunia dengan perempuan lain.
Kehebatan seorang perempuan meletak diri jauh dari tempat pertama dalam hidup seorang lelaki.
Kehebatan seorang perempuan yang menangis demi lelaki.

Aku hanya fikir, mungkin kehebatan ini mmg tiada nilai sebenarnya pada pandangan mereka.

Lantas lelaki akan bangun memandang seribu satu perempuan yang manis berkilat bibirnya, mendengar keluh kesah perempuan yang sunyi diluar sana, memeluk perempuan yang cantik gebu kulit haramnya.

Dah itu lah kehebatan perempuan pada mata mereka.


.
.
 
Related Posts with Thumbnails