Lilypie 1st Birthday Ticker

Okeh aku TAK PUAS HATI dengan contest WEBLOG POPULAR 1 MALAYSIA

بسم الله الرحمن الرحيم


Okeh aku direct je. Tak reti nak bekias.

Aku paham tujuan contest blog di adakan.

Nak promote product. Nak iklan kan website.
Nak naikkan page rank, nak buat duit.

Aku paham.

Aku paham.

Aku sudah hampir 10 tahun dalam dunia blogging.

Masa tu BLOG masih tahap underground lagi.

Tetapi,

Dengan mengenakan syarat yang melampau.

Aku tak paham.

Dengan menggunakan usaha dan populariti orang lain.

Aku tak paham.

Tetiba ada pulak syarat lain.

Aku tak paham.


Yang aku paham, itu namanya eksploitasi.

Aku paling benci eksploitasi.


(Walaupun tertulis pihak penganjur berhak menukar/tambah apa apa syarat lain.)

Pekara begini banyak memaparkan niat seseorang. Ketelusan seseorang. Maruah dan harga diri seseorang yang menganjurkan contest.

Dan aku dah paham dah bila aku follow contest ni.

Sedih.

Persoalannya, kenapa nak follow?

Sebab aku nak support MOMBLOGGERSPLANET.

Apsal?

Sebab product MALAYSIA.
.
.
.

Tambahan:

1) Contest macam ni tak perlu laa letak syarat minimum pencalonan. Apabila satu satu blog di calonkan, secara tidak langsung tersenarai la untuk memenangi hadiah tersebut.

Ni tidak kena cukup 100 baru boleh tersenarai. Baru nak tersenarai.. nanti kena filter lagi. Nampak sangat menggunakan (read: eksploitasi) polularity blogger sebanyak 100 orang. Dah la boleh calon satu je blog. lagi la. Kalo hadiah RM10,000 okeh la!

Kita yang mencalonkan blog/website orang ni rasa mcm sia-sia je. Macam promote product/site dia je lebih berbanding menyertai contest dan nak lihat site yang kita calonkan berjaya.

2) Kesimpulan: Kita calonkan blog/website supaya dia tercalon untuk menang. Supaya dia tercalon untuk menang kena tunggu sampai 100 orang calon kan dia jugak. Kalo ada atleast 5 blog yang ada, depa kena cari 100 lagi orang untuk calon kan dia. Ah c'mon!!! FREE ADVERTISING. Seratus orang yang calonkan ni dapat apa???

TAKDE APA. (berbelit dah aku cakap!)

Macam aku calonkan MBP supaya MENANG. BUKAN NAK CALONKAN MBP UNTUK PROMOTE BARANGAN DIORANG.


Ni pon aku buat gini kira mempromosi kan lagi contest ni pulak. Sebab orang akan revise contest ni pulak dan baca balik syarat-syarat dia. Hahaha. Takpe la. Mari membaca dan sila CALONKAN MOMBLOGGERSPLANET ya!!.

Ohya email tau, mini punya request.
 
Related Posts with Thumbnails