Lilypie 1st Birthday Ticker

Mom Bloggers Planet (Wooot@!~)

بسم الله الرحمن الرحيم

jiji

Q: Tell us a bit about yourself and your family.

My name is Jiji, it’s nice to meet you =) . I’m 27 years old, and I currently live in Shah Alam.

I love arts, always did since I was much younger. I’ve got a ‘weird ‘ but good sense of colors and taste. I love to draw, take photos and all sorts of visual arts.


jiji

I love my baby and Koben (that’s my hubby, it is his nickname that I love so much. He was studying in Coventry, when we first met. Coventry-Kobenteri-Koben , you get the idea. I’d do anything to make them happy, I really would. InsyaAllah.

Q: How did you first discover blogging? When did you start? Why do you blog?

I was extremely unhappy one night, and my friend Suen, had recently started her own blog, so I wanted to start one. I’ve been blogging since 2003. Wednesday, April 30th, to be exact, but it sure doesn’t feel like I’ve had it that long.

This is my very first entry in my first blog. I’ll let you all read. The-very-the-emotaik.

“This week I made a decision that I think is going to change my life – hopefully for the better. I know where most of my stress is coming from and it’s out of my hands to do much about it, which only leads to me feeling worse.

I am unhappy in so many areas in my life right now. I hope that everyone’s right and it’s just because its been a really shitty April, but things have got to start getting better soon. *sigh*.

On the bright side, april is OVER after today, so maybe may will get us all over the hump (hopefully). “

See? So unhappy.*geleng-geleng* Hah!

Q: Is this your original blog that you started with? If so, have you made any changes since you began? What types of changes?

Nope. I have five blogs. http://triplecolourlife.blogspot.com is my number five. My lucky number 5!

Q: What blogging platform are you using (eg: Blogspot, Wordpress, TypePad etc)? Why do you choose this platform?

Blogspot. That is the only platform I familiar with. Heee.

Q: Do you consider blogging your hobby or a business? If it’s a hobby, do you ever think of ways to make money from your blog?

Blogging is not a hobby, I think. For now, the only way I know to make money by blogging is through Nuffnang. I’m thinking about starting up a small online shop in the future, but am not sure how to go about it. Please help *tsk*. (Macam tak menjawab soalan je. =P )

Q: How often do you blog and why?

Depends on my mood. If I really need to jot down some thoughts then I blog.

Q: Do you think blogging communities or social networking communities like MomBloggersPlanet are important for bloggers? Why?

This is tough, Kak Ros nehh!! *think hard* . Okeh. For me, YES. It’s to have fun. (Eh, that was easy@!~)

Q: Does the term ‘mom blogger’ bother you? Why or why not?

Nope, That is my lisence to bi*ch about life. C’mon we have to let it out once in a while right? In my case most of the time lah!.

Q: What’s your advice for moms who want to learn more about blogging or start blogging?

Start simple.

Q: Do you think there’s a special talent needed to become a blogger?

Nope.

Q: What types of blogs do you read regularly? What kind of information do you seek from bloggers?

Hmm, Honestly, I’ll read about anything. As long as it does not use chatspeak and sMaLL-BiG-SmALL-BiG letters . Even if you write about what you ate for breakfast or your fish died pon I akan baca. Huh!


Kenapa Aku Takut Sangat?

بسم الله الرحمن الرحيم



Anis selsema.

Kenapa aku takut sangat?

Sebab aku rasa banyak kesusahan makin datang menghampiri.

Aku tak tau la korang.

Tapi pernah rasa tak korang satu tahap macam mana kita berusaha nak protect anak kita, masih tak berjaya. Aku rasa teruk.

Anis start selsema balik.

Buat aku tak senang duduk.

Aku takot.

Aku borak dengan kawan aku ni. Dia kata sabar Jiji.

Kau tak kasih sayang rasullah lagi banyak dari kasih sayang mak kepada anak.

Ada dalam Al-quran, mak akan terlupa anak yang dikandungnya apabila tiba hari kiamat.

Nabi tak. Sampai akhirat nabi tak lupa umatnya.

.
.

.
.
Aku kena belajar berserah pada Allah. Aku mohon Allah lindungi keluarga aku, teman-teman aku dari kesusahan dari kesakitan.

Aku kena yakin pada Allah. Allah Maha Mengasihani.

AKu kena belajar yakin.

Aku dan Bangku

بسم الله الرحمن الرحيم




Keadaan mana aku perlu duduk dibangku dan diam;
Bila seluruh alam sudah mula merenung.

Keadaan mana aku perlu termenung dibangku dan diam;
Bila seluruh alam sudah mula menghukum.

Keadaan mana aku perlu duduk dan termenung dibangku.
Bila seluruh alam sudah mula merenung dan menghukum.

Diam.

--Jiji

Boring nyaaaaaaaaaaa@!~

بسم الله الرحمن الرحيم


Aaarrrkkk!!!

I'm seriously losing interest in this lil' blog of mine.

*gasp*

Nahh. I'm just tired.

Since Anis has started eating solid, I thought our bedendeng-time can be lesser larr . In other words more time to sleep for me but no!! Nehiii!!!@!~

She loves my bedendeng so much she wont even let go. Mata dah terkatop, mulot still muchoop muchopppp muchoopppp@!~

Kalo aku slowly remove my nipple dia ketap habis tak kasi keluar. Sakit laa nak oeii!! Hang ingat bedendeng mak ni getah sekerap????

Dah la sekarang hisap punya laar kuat, tak sampai 10 minit boleh kontang bendendeng aku.

Heee I can see my bedendengs sagging down south already.

Dah jangan bayangkan. *rolls eyes*

.

.

.

*sigh*

I'm still bored.

brb..


.

.

.

.

Eheh.

Check this out!!!@~

My Laki's porn name is...

.
.
.
.
.



Your Laki's Porn Star Name Is: Biggus Dickus



Bow-chicka-bow-bow@!~



BIGGUS DICKUS?? MUAHAHAHAHAH@!~ oh yeah bebehhh@!~

Update: Please please share it with me your laki's porn name. I'm still bored.

Resepi Cedawan Suami

بسم الله الرحمن الرحيم




Suami aku suka memasak.

Aku suka memasak jugak.

Kami selalu bergaduh di dapor.

Sapa punya masakan lagi sedap.

Selalunya aku punya la kan.

See the leg hokay@!~

Tapi bila part cendawan neh.

Aku kasi caaan!

.

.

.

Hmm.

.

.

Ye la.

.

.

.

.
You masak cendawan paling sedap!


Ingredients:

  1. Swiss Mushroom
  2. Straw Mushroom
  3. Oyster Mushroom
  4. Cauliflower
  5. Sweet Corn
  6. Onion
  7. Garlic
  8. Osyter Sauce
  9. Cili api
  10. Black pepper.

Kasi tumis apa yang patut dulu, pastu lebor cendawan, pastu taruk sayor, taruk oyster sauce, tabur black pepper taruk garam secukup rasa.

Gila senang!!!@!~

Tapi tak tau pesal apa sedap sgt.

Ecececehhh@!~
.
.
*Kipassssssssssssssss*

AH1N1-- 7 kes baru dikesan.

بسم الله الرحمن الرحيم



Photo Credit: Dr. F. A. Murphy, Centers for Disease Control and Prevention
Description: This colorized negative-stained transmission electron micrograph (TEM) depicts the ultrastructural details of a number of influenza virus particles, or "virions". A member of the taxonomic family Orthomyxoviridae, the influenza virus is a single-stranded RNA organism.


A(H1N1): 7 kes baru dikesan, menjadi 49

Sumber: Malaysiakini

Tujuh lagi kes Influenza A (H1N1) disahkan dalam negara, tiga daripadanya melibatkan pelajar sekolah, menjadikan jumlah kes bagi penyakit itu menjangkau 49 kes setakat ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata seorang daripada pelajar sekolah yang terlibat adalah pelajar tahun lima, yang merupakan rakan kelas pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Jalan Davidson yang dilaporkan semalam menghidap penyakit itu selepas melawat Melbourne.

"Kes nombor 36 semalam yang balik dari Melbourne, menjangkiti pelajar di dalam kelasnya di SRJK Cina Jalan Davidson. Ini menunjukkan bahawa sekolah itu (kini) ada dua kes," katanya selepas menyebarkan risalah mengenai penyakit itu kepada peniaga dan pengunjung Pasar Batu 11 Cheras hari ini, lapor Bernama.

Menurutnya kelas yang melibatkan dua pelajar SRJK Cina Jalan Davidson itu iaitu kelas 5(I) kini dikuarantin oleh Kementerian Kesihatan.

"Dua lagi pelajar yang terlibat ialah pelajar tahun lima Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Assunta 2 Petaling Jaya dan pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Seksyen 9 Shah Alam," kata Liow dan menambah pegawai Kementerian Kesihatan akan memasuki sekolah-sekolah berkenaan untuk memastikan ia dalam keadaan terkawal. -- (Jiji: Apa yang nak dipastikan terkawal?? Budak-budak yang terkawal? penyebaran virus terkawal?? Boleh tak specific sket?? Takde langkah pencegahan? setakat quarantine satu kelas itu je???)

"Kami juga akan cadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara dan berbincang dengan Kementerian Pelajaran untuk menutup sekolah-sekolah itu sementara waktu,"-- (Jiji: Tutup je laaaaaa!!!!!! nak bincang kebenda selooooowww la korang ni!!!@!~) katanya.
Liow berkata jika dipersetujui semua pihak, sekolah terbabit akan ditutup sekurang-kurangnya seminggu.-- (Jiji: Malaysia kalau bab bab perlaksanaan mesti slow!!!!@!~ BENCI!!!)

Dalam tujuh kes terbaru ini, beliau berkata enam daripadanya adalah kes import dan satu merupakan kes penularan tempatan.

Katanya daripada enam kes import itu, dua kes melibat lawatan ke Melbourne, dua kes ke Amerika Syarikat, satu ke Toronto Kanada dan satu ke Thailand, manakala satu kes penularan tempatan adalah kes yang melibatkan pelajar SRJK Cina Jalan Davidson.

Beliau berkata kesedaran orang ramai mengenai wabak itu perlu ditingkatkan memandangkan penyakit itu didapati merebak dengan pantas.

Liow berkata semua pesakit yang terlibat sedang dirawat dengan antivirus Influenza A (H1N1).
.
.
.
.
.
.

Sekolah tuh sebelah opis aku je. Atas bukit tu tak sampai 500 meter.

Tsk.
------



There are everyday actions people can take to stay healthy.

  • Cover your nose and mouth with a tissue when you cough or sneeze. Throw the tissue in the trash after you use it.
  • Wash your hands often with soap and water, especially after you cough or sneeze. Alcohol-based hands cleaners are also effective.
  • Avoid touching your eyes, nose or mouth. Germs spread that way.

Sang Bidadari (buat aku yang sunyi)


بسم الله الرحمن الرحيم




Aku sedang membelek folder yang menyimpan beratus-ratus gambar Anis, lalu seorang kawan aku ni, Lelaki. Dia sebut حُورٌ عِينِي bila melihat gambar Anis yang ini . Aku tanya apa tuh. Dia kata - "Bidadari".

Sunday with Taichee. (Ceit! Tajuk macam novel Mitch Albom pulak!)

بسم الله الرحمن الرحيم


Taichee, I owe u Tony Roma's.


.
.


Ini pulak gambar bapak memakan telingan anak. Heh.

Masa ni tgh heading to Kedai Kopi Abah Kau! dekat Shah Alam tepi masjid. Hehe.

Lama tak jumpa Taichee.

Aku kenal Taichee hampir 5 tahun la gak kan chee?

Masa tu sebok melayan Myspace. Aku buat artwork muka dia. Dah la nickname ni Tashinchan.

Terbeliak lidah aku sebot.

Hur hur.

Aku ni pulak kalo nak sebot perkataan ada huruf 's' atau 'c' mmg mereng sikit.

Dulu selalu kena gelak dgn Koben. Bedebah btol. Sikit sikit "cuba sebot Lady's Choice".

..and I went "Ladiiieees Sois"

Benci betol.


.
.
.

Okeh Jiji, get to the point.

Okeh.

Pasal susah sangat nak sebot dia. Aku dengan suka suka mak nenek aku tuka nama dia jadi
Taichee.

Melekat laaa sampai kini.

Hur hur.

Esok ko ada anak sini aku namakan anak ko!!@!~

Hubby, Thank You.

بسم الله الرحمن الرحيم








She is so wonderful.

Happy father's day. Hubby.

*kiss*
.

.

.

.

.

.

.

.

.

I'm sorry b, my boobs are still off limit!
=)

Update: Anis sudah makan solid hari neh@!~ *jumping-jumping*

Teka teki Hari Jumaat (Ada hadiah neh!!@!~) - Contest TAMAT - Sila cek sapa menang.

بسم الله الرحمن الرحيم


Dekat muka bumi ni, ada satu tanah yang hanya SEKALI je menerima pancaran matahari.

Dimana? dan kenapa?


Aku ada hadiah ISTIMEWA buat korang.

Tarikh Tutup: 24 June 2009. (RABU NEXT WEEK)

Anda cuma perlu jawab dalam komen box sebanyak mana jawapan yang anda suka.

Untuk makluman: Tak rugi kalo korang bersusah payah cari jawapan ni. Bukan sebab hadiah istimewa tuh, tapi sebab kisah disebalik jawapan tuh yang lebih bermakna.

Hint: Sila rujuk pada sirah nabi. =)

Note: MamaLyna takbleh join sebab aku dah kasi jawapan awal-awal kat dia. Pastu korang takbleh bribe dia nak jawapan hokay!!!@!~
.
.
.
.
.
.
PEMENANGNYA IALAH.....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!@!~ (aku tak sabar nak bagi tau jawapan, aku rasa yang lain pon tak sabar nak jawapan kan?? kannnnnnnn!)


.
.
.
.
.

RIZ!!!!!!!!!!!!@!~

(jawapan yang tepat lagi mampat untuk seseorang yang taksub kepada METALLICA) -aku kasi ko bangga kejap!!!@!~

Klik ! Klik! Klik! http://metalrizca.blogspot.com/


metalrizca said...

tanah di laut merah pada ketika nabi musa a.s membelah nyer menggunakan tongkat..

pada masa tu air melambung tinggi seperti bukit dan tanah nyer menjadi kering kerana pancaran matahari..

=)



SOALAN TEKA TEKI NI BERNILAI RM 50 dan Kraftangan Buatan Aku Muahahahah@!~ bak Account bank ko. Hadiah akan diterima pada minggu depan. Sila tunggu pada 5 hari waktu bekerja!!!

Orait momsies lepas ni tunggu teka-teki bernilai RM 60 pulak.

P/s: Suka-suka haku nye nak tutup contest. Tapi dah ada jawapan tepatkan. So officially tutup la kan? =P

My Dream Wedding Dress (Yeah @!~ .. keep on dreaming Jiji)

بسم الله الرحمن الرحيم




Dulu kecik berangan nak jadi fashion designer (bukan nak jadi tuan puteri ye Hubby- dia tulis dalam kertas masa MSK Gathering kata aku nak jadi tuan puteri.Ceh!). Malangnya, ketekunan tak cukup, lagipon aku ada satu je anak patung barbie, dan baju yang aku design alih-alih baju kurung kedah. Itu je. Pasal senang je jahit sembat.

Ni time petang dah bosan buat keja, ni la keja lain aku buat. Wedding dress ni aku design guna Flash CS3. Am not really a big fan of poofy princess gown. Ribbons lagi laaa tidak. Lagi pon aku tak pernah bercita-cita nak jadi Cinderellahhhhh pon@!~

Ok. Enuff about my me.

About the dress now. This dress has V-back with a pearl-rhinestone-crystal collar and asymmetrical hem. Side zip.Yes, I always go for side zip. Ruched detail on front. Empire waist. Dress length to floor only - no train, no vail pasal aku takmo tersungkur kat tangga atau ada 4-5 ekor kucing bergayut kat belakang aku. My wedding gown will be simple but with a dramatic cut and texture.

Material, urm aku tak reti sangat. Tapi aku suka chiffon and satin. Colour, urmm.. very light milky peachy-white colour.

Yeah.
.
.
.
.

Hmmm.

Orait.


Takmo ada rantai takmo earings. Hanya ada diamond ring.


Heh.

.
.
.
.

Ceit. Entry macam tak pernah kawen lagi jok.

Bag untuk ke Nursery: What to pack?

بسم الله الرحمن الرحيم


Orait ibu-ibu sekalian.

Aku ni kan bunyi je mcm judgemental, tapi tak sebenarnya. Hah! Ye ke?.

Okeh. During lunch hour aku akan pergi Nursery Anis untuk BF dia. Setiap kali jugak aku dok perati/menilai beg beg baby yang ada kat rak di situ. Apa yang mak apak depa packed untuk anak derang dan apa yang mak apak TAK pack. Ada anak ni kita kena pikir bukan sekali round je. Kadang 7 kali round pon ada gak yang tak cukup. Heh.

Takpe. Tu suma N.O.R.M.A.L. Sini aku buat barang yang penting musti ada. Nak tambah lain boleh.




Okeh ni listnya.

  1. Hanger - Penting! Kebanyakan towel anak korang di sepuk balik dalam beg walopon basah. Nanti petang nak guna balik, baru keluarkan balik. Percayalah tak semua orang ada inisiatif nak sidai towel.



  2. Diapers -Please bawak extra. Kang tak pasal diapers anak orang lain caretaker tu guna. Takpon sebab kita bawak extra, dia guna diapers anak kita pulak. Berlaku depan mata ni.



  3. Cool Gel Patch - Tolong laa letak dalam beg, kita bukan tau anak kita demam ke. Anis punya cool gel patch dah 2 keping aku sedekah kat baby yang demam. Korang ingat semua orang rajin nak basahkan kain tuam kat kepala anak kita? Takdenye.



  4. Towel - Tolong laa berganti setiap hari. Kita tak tau anak kita kencing ke apa ke, kena poo poo ke. Pasal ada baby towel tak bertukar 5 hari!!!.Aku rasa Towel tak kelaur dari bag pon ada. Kalo kat umah lain ceta laa kita boleh sidai guna balik.



  5. Kain Batik - Buat alas anak korang tido. Percayalah baby banyak yang air liur menceceh. Esok esok anak kita pulak tido atas bekas air liur yang ada pada cadar tuh. Geli hokay. Ni tak kira yang terkencing atas tilam ke apa ke.



  6. Face Towel - Kalo korang tak pack, sah sah baju anak korang atau selimot jadi lap muntah atau air liur.



  7. Extra Baju - Kes kalo anak muuntah atau seluar kena poo poo.



  8. Baby Wipes - Please inform kat caretaker , bila tukar diapers wipe bontot anak.



  9. Selimot - just incase hujan atau tetiba salji turun! Hahaha.



  10. Plastik Bag - Untuk letak baju kotor. Kalo takde habis laa beg diapers tu bau semacam.



  11. Socks - Please pakaikan anak korang socks kat nursery pasal kebarangkalian kaki anak korang kena gigit dengan baby yang lain amat tinggi.



  12. Botol Susu - Inform caretaker jangan tertuka/berkongsi dengan baby lain.



  13. Minyak Gamat - Al- maklum le nursery. Kalo tak kena cakar kena gigit semot tak sah!.



  14. Toiletries Bag - Jangan main sumbat semua dalam beg berterabur. Tak elok.

Nursery ni, kalo dia tengok parents yang kesah kat anak, dia akan kasi lebih perhatian pada anak kita. Kalo parents yang tak kesah.. depa pon jaga ala kadar je. Seriess@!~.

Okeh takat ni kelas parenting untuk tengahari neh.

MSK Gathering (Anis Manis 1st Picnic )

بسم الله الرحمن الرحيم

(Comment Box berada pada bahagian atas Post Selari dengan Date ya bukan pada akhir Post.)


Me and my laki have been wanting to go on a picnic since we got married but it just never seems to happen. Tsk. We are always too busy or too malas to plan one. Having a picnic in Taman Tasek Shah Alam yesterday was just donuts and cakes in my picnic basket@!~Hur hur@!~

Click to Enlarge Image

Yang aku hapal nama Azza (baju Puteh) dan Farah (baju turquois)






Alarrr yang tengah tu sapa nama?? Update: Namanya Yaya . Yang pakai B&W sling tu Munira. *lambai Munira*



We had such a wonderful time and it was a beautiful day that I will always cherish. So, terimakasih paling banyak buat MummyLyna yang bersunguh-sungguh organise picnic yang syok buat kami.


Gambar dari blog Yaya








Gambar dari MomBloggersPlanet


Mommy Lyna of MySuperKids (the organizer), the cute little Fahry and his big brother, Hafiy.

Mommy Lyna


.

.

Picnic@!~ picnic@!~ picnic@!~

MSK Potluck

.
.


MSK Potluck

Watie – http://geniusqarissa.blogspot.com/


MSK Potluck

Azza – http://azzamoro.blogspot.com/


MSK Potluck

Sya – http://syayassir.wordpress.com/


MSK Potluck

Suria (no blog but a “pembaca blog tegar”…he..he)


MSK Potluck

Farah – http://mylildreamz.blogspot.com/



MSK Potluck

Pna – http://princeredzha.blogspot.com/


MSK Potluck

Fid – http://yuitsumuni.com/


MSK Potluck

Coach Sha – http://www.coachsha.wordpress.com/


MSK Potluck

Isabelle – http://thesnowwybear.blogspot.com/


MSK Potluck

Ros@LittleMama – http://littlemamadiary.com




Ini gambar pula dari Rafidah Nazri


Haaaaa carik cepat Laki aku ngn Anis Manis!!@!~carik@!~ Lepas tu carik aku pulak (hint: yang paling kurus!!!@!~) gerenti tak jumpa!!@!~

Hahaha@!~

Kelakar game neh. Kesian aku takde pasangan. Gara-gara ketidak cukupan air laki ku pergi mencari air batu.Laki ku sungguh heroic @!~ Muahahahah@!~Dah jangan puji lebeh.

.
.
.

It was a nice day to finish off my weekend. I think I got a bit of sun lah as when we got home I felt very wiped out. Aku dan Anis terbukang terus atas katil tido. Letih siot@!~


Pengumuman: Momsies yang joing MSK gathering please please leave your link in my shoutbox yah!! PLEASEEEEE PWEEETYYYY PLEASE WITH SUGAR ON TOP@!~

Friday is Back (with my new artwork) Please Comment!

بسم الله الرحمن الرحيم


Pathetic kan soh orang komen? Hah!

Sabar je la dengan aku ye@!~

Again, I was hit by the I-Want-To-Be-With-My-Baby Blues.

Yes, we working mom/offices-slaves do get the blues too...once in a while.

(Once in awhile?? Oh please@!~)

I dunno why but I just kinda snapped.

Nope, I didn't drown any of my colleague in the sink or anything.


I just snapped cos I realised...It's Friday already!! Ya know, Friday then come Saturday.. then Sunday. Then Monday again. I'm just not ready for Monday!!@!~

Cepatnya masa bergerak!!!!@!~


*Pulls whatever remaining hair left*


Here I am sitting in my cubicle wondering whyyy ooo whyyyyY@!~

Hah! Drama, drama, drama la ko!!


Yea yeah@!~ we, working moms are a lil bit difficult to comprehend sometimes.

(Orait-orait simpan bijik mata korang hokay. Shheeesh)

Rephrase: MOST OF THE TIME.

Puas hati?

Anyway..

I am happy to report that the crap feeling is gone after I finished vectorising Anis Manis.

Yay me.


Enjoy.

Eh. Sila komen!



=)

.
.
.
Actual photo.


.
.
.
.
Note to laki: Ye ye banyak lagi nak kena improve.

Update:



Laki aku kata dia suka yang ni better. Ni first version.

Makluman: Vector art ni di buat menggunakan Flash CS3. Masa utk menyiapkan vector art ni lebeh kurang 80 minit.

Gilo la ko Pompan@!~

بسم الله الرحمن الرحيم


Tadi pagi ondaway pegi keja, hubby spotted this one car with female driver on the phone while driving. "Haaa sayang! sayang tengok tu!!!" Yang tak tau, aku bagi tau hubby akuk ni mmg bias sket kalo pompan bawak keta. Kalo ada tak betol sket musti dia kata "haa tu musti pompan bawak".


Anyway..

So I grabbed my cam. and snap snap.



Musti korang fikir.. eleh.. biasalaaa apa yang unusual sangat.. kat highway melambak!!

Ok.

Scroll down gals!!
.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.




She was driving with TWO PHONES IN HER HAND!!!!!!!!@!~


Update:
oklar aku update No Pendaftaran dia..


Last spotted keta ni kat Seksyen 9 Shah Alam.



MUAHAhahAHAh *evil laugh*

Ini Hidup (yang aku tak tahu hujungnya)

بسم الله الرحمن الرحيم


Aku dah rasa tak boleh nak ceta paling ikhlas dalam ni.

Pasal aku tau manusia mmg judgemental.

Aku marah.

Aku marah benci yang amat sangat.

Seolah selama ini tak pernah ujud manusia depan mata aku.

Aku meratap paling sedih pon takan mengubah keadaan.

Kalo aku bertegas sekalipon balanya atas badan aku.

Bagi aku pilihan.

Menerima atau tidak sebuah kemaafan yang kosong.

Aku terima. Walau kosong.

Kalo fikiran aku ni boleh hanyut. Aku nak hanyut sama.

Kalo fikiran aku ni boleh roboh. Aku nak roboh sama.

Pasal aku tak tahan melawan fikiran.

Siapa yang boleh pandang aku sekarang?

Bagi tau aku straight on my face, that it wont happen again?

You?

Things u can do when u're angry. (My version)

بسم الله الرحمن الرحيم


(Taken from my old blog dated June 06, 2003)


Heeee.
.
.
.

  • Break eggs-- throwing the eggs into the garbage can, until, u can get all that anger and frustrations out.

  • Beat the living daylights out of a pillow. This is fun and is a much better idea then to punch the wall. It doesn't hurt as much.. Believe me, I've tried both..:-)

  • Go on a cleaning rampage-- When you are angry you are filled with a new-found energy and usually cleaning your house takes care of that..hmmm..it helps (sometime-- tido l best@!~)

  • Bake!!! --This is wonderful when you are feeling down and frustrated. (never tried before...nope..na ahh)

  • Gardening!!! If you are the kind of person who has a garden, and can use a shovel, then go for it. You can beat the heck out of earth using the shovel, and it is a very beautiful and pleasing outcome at the end.. millions of flowers.. (hopefully..inprocess of doing it..)

  • If you are at work, and you dont have access to eggs, then start breaking pencils.. Usually helps..( i guess..)

  • Scrub, Scrub, Scrub... Scrub anything you can get your hands on, with all your might, and all of a sudden that anger you had would be gone... (Another way to get that kitchen counter, or the top of your refridgerator cleaned, and spotless..)

  • If you are angry at a certain person, disconnect the phone, grab the mouthpiece and pretend that you are talking to this person you are mad at, and give him/her a piece of your mind.. A lot safer than telling a person off for real.

  • Write your feelings down. It usually helps me. I have a journal that I write on when someone makes me mad, and I have a seperate journal that I write on, when I'm just feeling sad.

p/s:If you can afford it and you dont mind cleaning up afterwards, then breaking plates and dishes is highly recommended. I tried this only once, and decided that it wasn't for me.

Unhappy Me.

بسم الله الرحمن الرحيم



Dah jangan tensi. Be happy. Eat happy food. Wtf?

.
.
.
.
.

Arghhh tensi nya makkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!@!~


Tolong la buat aku happy!!@!~

Tolong la jangan serabot dengan aku.

Tolong la cakap jangan main bedal je.

Aku takmo susu kering. Dah kering sangat. Ni dah 3 jam! Lembik lagi tetek.

Tensi. Tensi.

Apa benda nak buat kalo tak happy?

Mengaji Jiji.

Ye ye.

Tsk.

Bored.

بسم الله الرحمن الرحيم


1. Kekasih saya adalah – berumur 28 tahun.

2. Saya sedang mendengar – bunyi typing dari kibod opismate saya.

3. Mungkin saya patut – berenti keja jaga anak kat umah.

4. Saya baru sudah – update blog untuk kali ke 3.

5. Beza rakan, sahabat, kawan – Rakan: bila dalam kelas, Sahabat: khas untuk penulisan surat hahah sahabat yang dihormati.., kawan: lagu syima "kawan jangan main api.....".

6. Saya tidak faham – kenapa susah sangat untuk redha dan bersyukur dalam hidup.

7. Saya perlu mencari – keredhaan.

8. Ayat terakhir yang dikatakan kepada saya – "jiji ko ok tak ni?".

9. Makna kehidupan – bila mati dalam keredhaan.

10. Cinta itu adalah – rezeki, ada sikit, ada banyak, kadang takde.

11. Saya paling suka – berpelukan dengan Anis Manis.

12. Saya akan cuba – cari duit lebih dan simpan duit lebih.

13. Mengapa rakyat Malaysia suka menggunakan LAH di akhir ayat mereka – kerana kurang yakin dengan ayat sendiri dan perlu ayat sokongan seperti LAH.

14. Telefon bimbit saya – dah berapakali saya tumbuk-tumbuk tapimasih tak hancur lagi.

15. Katil saya – penuh dengan bantal buat kubu main perang-perang dengan Anis.

16. Soalan yang bagi saya tidak perlu ditanya – "Do u need help?"

17. Teknologi adalah – salah satu cara kita boleh buat duit.

18. Bagaimana saya boleh memasak masakan yang saya paling pandai masak – dengan memasak

19. Semalam – saya cuba untuk happy.

20. Hari ini – masih cuba untuk happy.

21. Malam ini saya akan – ingatkan diri untuk berlagak happy untuk hari esok.

22. Esok pula saya akan – cuba ingatkan diri apa yang saya ingat malam semalam.

23. Saya betul2 inginkan – keredhaan.

24. Badminton atau futsal – adalah sukan yang tak pernah saya kesah kalo tak buat.

25. Karaoke – bila mahu tunjuk bakat di depan kawan-kawan.

26. Kereta – ada kat umah.

27. Bilik yang terang atau gelap – gelap.

28. Makanan jepun adalah – amat sedap jika fully-cooked.

29. Ayat terakhir yang nak anda katakan pada seseorang – Becareful.

30. Siapa yang anda tag – siapa yang sudi.

I'm worried.

بسم الله الرحمن الرحيم


Yes, I am fully aware that I need serious help. You can plan as much as humanly possible, tapi bila Allah kata 'kun fa ya kun'. Maka jadilah.

Reminder

بسم الله الرحمن الرحيم


Hmm.


I will put on this happy face a lil bit longer.

Stop talking about death.

You have no idea what you are talking about.

So just stop talking.

Control your mouth.

Control your hand.

Don't cross the line.

Aku rasa nak meletup!

بسم الله الرحمن الرحيم


Aku tak tau korang, maybe korang kuat. Tapi skang aku rasa nak meletop je. Aku dah tak boleh dengar dah ayat 'baru anak sorang'. Aku tak ingat lagi bila last aku tido 4 jam straight. Dah masuk 2 minggu aku tidor sehari tak lebih 4 jam . Itu pon tak straight. Kepala aku berat habis dah ni. Dengan aku demam teruk. Anis yang batuk batuk. Rasa serba salah yang dah roboh bahu aku nak pikul. Dan malam tadi aku betul - betul nangis. Pasal Anis dah start ada eczema. Makin menjadi. Tengok dia menggaru.. tido tak nyenyak.

Aku dah letih nak salah kan diri.

Sejak naik dari bercuti bersalin. Aku dah amik cuti hampir sebulan! atau mmg dah sebulan. Itu hari masa anis kena Bronchiolitis .. 2 minggu lebih. Ni Anis batuk.. aku demam teruk seminggu.. hari hari lain tuh ada gak cuti.

Ni pagi hantar dia dia kat Nursery.. kalo dia gatal.. penjaga tuh ada ke nak lap lap kan air.. sapu krim?? Ada ke? Aku dah tak boleh dah content semua benda ni.

Bila aku lelap mata, aku dah start hearing voices. Ya Allah .. what is wrong with me?

.
.
.

Maaf la aku tak berkunjung balas lately...

MomBloggersPlanet Cutest Baby in Red Contest!!

بسم الله الرحمن الرحيم




Anis Mardihah bt. Idham Naziadin

24th December 2008




Yay contest lagi@!~

Sebelum aku bercerita bercerita panjang lebar, aku nak semua orang tahu bukan senang nak dapat anak dara aku post sebegini. Masa dok tangkap gambar cik manis ni, aku keep on saying "eii Manis nak menang tak? nak menang pose molek molek."

Susah betol kejap nak di makan nye laa scarf aku tu, kejap paling kiri, kejap kanan. Demam-demam pon masih ligat.





Tapi aku perasan anak aku ni takde la nak merengek kalo tak suka/rimas/tido terganggu ke apa.

.
.
.

Orait about the contest. Aku join contest ni first, pasal tak perlu nak persuade readers utk vote anak aku. Rasa maca tak aci je main vote vote ni, aku serah kepada juri profesional. Secondly, tak perlu kena paksa jadi follower dulu nak join contest. Thirdly, hadiah dia yang bukan calang-calang bestnya.

Tiga pekara tu buat aku nak join sangat-sangat@!~ Aku rasa semua ibu-ibu patut join. You all boleh baca contest tukat sini :

MomBloggersPlanet : http://www.mombloggersplanet.com/825/cutest-baby-photo-contest-june-09/

Hadiah yang aku kata bukan calang-calang boleh check kat sini.

1x FIRST PRIZE

First Prize

  • One Medium Landscape or Medium Portrait HARDCOVER Photobook by PhotoBook Malaysia (worth RM144)
  • One bag of his/her choice (pick ANY bag) from AliceWonders (worth from RM50-RM200)

1x SECOND PRIZE

Second Prize

  • One Medium Portrait or Medium Portrait Classic SOFTCOVER PhotoBook by Photo Book Malaysia (worth RM80)

1x THIRD PRIZE

Third Prize

3x CONSOLATION PRIZE

Consolation Prize



Kan? Kan? bukan calang-calang hadiah dia kan?

.
.
.

Yang paling penting dalam contest ni kena explain why your baby should grab the title "Cutest Baby in Red Contest"

BECAUSE SHE IS THE CUTEST BABY IN RED IN THE WHOLE WIDE WORLD@!~


Need I say more?

Check List:

* Get a photo of your baby in RED (red dress/red shirt/red pant/red hat/red towel/red blanket… no! you can’t paint your baby red…ha..ha..ha) - Checked!
* Write a blog post about this contest with title MomBloggersPlanet Cutest Baby in Red Contest - Checked!
* Include your baby’s photo in the post and mention his/her name and date of birth. - Checked!
* Explain why your baby should grab the title “Cutest Baby in Red" - Checked!
* Include a link to this contest page, PhotoBook Malaysia and AliceWonders in your entry. - Checked!
* Leave a comment here with link to your blog post. That’s it! Easy peasy. - Checked!


.
.
.
Dear hubby, kalo I menang (please pretty please let me win!) contest ni kan B.. u boleh pilih beg mana yang u suka.. pasal apa apa pon nanti B yang kena jinjing bag tu kalo kita bershopping bagai.

Heh. *kiss*

Doa Ketika Mengandung ( yang perlu di ketahui asal usulnya)

بسم الله الرحمن الرحيم


Entry panjang yang rugi kalo tak baca!


Update: Ramai yang mencari doa ibu mengadung lalu sampai ke blog saya. Wahai ibu-ibu/bapa tiada doa khusus untuk senang beranak ke, nak anak lawa ke, TAKDE! CUMA ADA DOA UNTUK ANAK YANG SOLEH!!@!~

JANGAN MAIN AMAL JE TAU baca dulu isi entry ni.


Holaa ibu-ibu sekalian@!~

Kan aku kata nak taruk tazkirah kan? Okeh.. Sebelum nak ceta sket.. aku time mengandung hari tu banyak jugak yang suruh baca surah Yusof nak anak lawa.. surah Maryam nak senang beranak..

Aku ni pulak jenis yang bukan senang nak ikot amalan orang, aku tanya laa kawan aku ni benar ke surah maryam kalo di amalkan boleh senang beranak?

Dia kata " Maryam sendiri nak beranak sakit, punya sakit sampai dia boleh menggoyangkan pohon kurma".

Okeh. Pastu aku diam.

Kadang kita perempuan ni mudah sangat terpengaruh dengan amalan yang tidak tahu hujung pangkal.

Di sini aku lampirkan penulisan kawan aku tuh.

Semoga dapat ilmu dan keberkatan kehidupan kita.

.

.

.


Sudah menjadi kebiasaan bagi ibu yang hamil, mereka akan diajarkan agar membaca ayat-ayat tertentu daripada Al-Quranul Karim.

Di sini saya sertakan bacaan-bacaan yang sering di ajar kepada ibu-ibu kita di Malaysia khususnya.



Surat dan Ayat dari Al-Quran :

• Al-Mu’minuun (Surat ke-23, ayat 12-14)
• Lukman (Surat ke-31, ayat 14)
• Yusuf (Surat ke 12, ayat 1-16)
• Maryam (Surat ke-19, ayat 1-15)baik juga jika semuanya dibaca..
• Ar Rahmaan (Surat ke-55, ayat 1-78)

Bacaan-bacaan seperti di atas akan di ajarkan kepada mereka yang hamil tanpa si penganjarnya tahu sejauh manakah kebenarannya dan implikasinya kepada anak yang bakal dilahirkan nanti.

Menariknya, darimanakah ajaran-ajaran dan saranan-saranan seperti ini datang dan siapakah yang mempeloporinya?

Saya ingin sentuh satu persatu daripada pilihan pembacaan sepertimana yang saya petik di atas.

1. Ayat dari surah Al-Mu’minuun dan terjemahannya adalah seperti berikut.

[12] Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;

[13] Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;

[14] Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.


Berikut daripada ayat di atas, secara amnya dapatlah kita simpulkan bahawa gambaran kejadian manusia diceritakan oleh Allah S.W.T secara berperingkat sekaligus menunjukkan lambang kekuasaan Allah Taala yang Maha berkuasa ke atas segalanya dalam proses penciptaan manusia.


Apa yang menjadi pegangan sesetengah para pengajar ayat ini, ayat ini di baca untuk menjadikan bayi yang bakal dilahirkan nanti cukup sempura sifatnya.

Maka bayi yang akan dilahirkan nanti sekiranya cukup sempurna sifatnya, kita pun bersyukur dan menyatakan inilah khasiatnya aku membaca ayat di atas pada waktu aku mengandungkan anakku ini.

Barangkali mungkin di sana ada yang menyesal kerana bersusah payah pergi cek doktor sehinggakan terpaksa ambil cuti kerja, akhirnya anak yang dilahirkan ini cukup sempurna.

Kalau gitu lebih baik tak payah pergi cek. Just duduk di rumah baca jer ayat ni selalu.

Kita tidak di larang daripada berikhtiar. Cuma kita mesti lihat sejauh manakah cara ikhtiar kita dan yang paling penting ialah pergantungan kita kepada Allah.


Apa yang menjadi kerisauan kita ialah, sekiranya ibu yang hamil tadi jenuh membaca ayat di atas setiap hari dengan harapan mendapat anak yang sempurna sifatnya, akan tetapi kekuasaan Allah mengatasi segala2nya dan akhirnya dia dikurniakan seorang anak yang tidak sesempurna seperti yang dihajatinya, pada waktu itu kemungkinan besar akan adalah pihak2 yang akan dipersalahkan.

Kita bimbang di kala itu dia akan mula hilang pertimbangannya dan mula menyalahkan Ayat Al-Quran yang di bacanya.

Baginya, aku dah baca tapi ini yang aku dapat. Waktu yang sama juga tetiba datanglah si Pengajarnya dan mulalah menuduh, pertamanya “Engkau tak baca ke sepertimana yang aku ajar”? sekiranya di jawab “Setiap hari saya baca tau”, maka akan dibalas kembali dengan bijak nya “Engkau baca tak betul-betul kot!!! Itu yang anak engkau cacat!!!” maka bertambahlah hancur hati si ibu yang melahirkan anak yang tidak sempurna.

Dan si Pengajar pula tidak pula begitu kreatif ingin menyelesaikan masalah yang dihadapi sebaliknya menambah buruk keadaan yang sedia ada. Dulu pandai ajar, sekarang kenapa tetiba ilmu dah hilang?…..huh!!!


Inilah antara akibatnya apabila sesuatu perkara di buat tanpa ada rujukan kepada mereka yang lebih berilmu.

Kalau hanya sekadar dengar-dengar daripada nenek moyang, itu tidak akan menjadi sandaran khusus dalam menetapkan sesuatu bahawasanya ini adalah ilmu yang harus semua orang ikuti.

Andainya ia tidak datang daripada Allah dan rasulNya serta Ulama’ulama’ yang mewarisinya, perkara tadi boleh ditolak dan tidak harus bermati-matian mempertahakannya.

Ini kerana kita bukannya masyakat jahiliyyah yang mengikut telunjuk nenek moyang mereka secara membabi buta serta sanggup mati kerananya.




Sesungguhnya, sememangnya ayat Al-Quran itu sebagai pemnyembuh, tetapi pabila pergantungan harap kita tersimpang daripada pemilik ayat Al-Quran itu tadi, maka akan terjadilah perkara yang kita tidak ingini.

Walaupun pengkhususan ayat-ayat tertentu juga tidak pernah di ajar oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W., namun ada di sana beberapa ayat yang lebih sesuai dan yang utamanya menjadi doa nabi-nabi terdahulu dalam memohon kepada Allah dalam usaha menginginkan anak yang soleh dan sempurna.

Mereka menggantung harap kepada Allah, oleh itu Allah rakamkan setiap permohonan mereka di dalam kitabNya yang suci.

Apa yang menyedihkan, waktu sarat mengandung inilah yang menjadikan ibu yang hamil membaca Al-Quran, tetapi tidak pula pada saat dia tidak mengandung. Kalau 5 orang anak, maka 5 kali ajala dia membaca Al-Quran, itupun hanyalah ayat-ayat tertentu.

Peringatan di sini ialah bahawa ayat Al-Quran bukannya azimat atau tangkal yang dipakai ketika perlu sahaja, sebaliknya ia adalah Kalam Allah.

Allah beri kepada kita sebagai sumber rujukan utama dan hidayah untuk kita terus hidup dalam keredhaannya. Andainya buku manual ataupun user guide itu kita buleh baca kesemuanya untuk kita tidak tersilap dalam menggunakan sesuatu peralatan, kenapa tidak kita membaca Al-Quran serta faham isi kandungannya dan beramal segala tuntutannya kerana itulah User Guide untuk kita sebagai manusia.



Di sini saya lampirkan beberapa doa para Anbiya’ dalam memohon kepada Allah agar dikurniakan zuriat yang soleh.

QS. Ali Imran 35-36
[35] (Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:" Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

[36] Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan; dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)".

QS. Ali Imran 38 (doa Nabi Zakaria)
[38] Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan".

QS: As-Soffaat 100 (doa Nabi Ibrahim)
[100] " Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!"

QS. Ibrahim 40 (doa Nabi Ibrahim)
[40] "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

QS: Anbiya’ 89-90 (doa Nabi Zakaria)
[89] Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi".

[90]Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.

QS: Furqan 74
[74] Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Sesungguhnya, pintu langit Allah terbuka luas untuk menerima sebarang doa daripada hamba-hambaNya. Maka berdoa dan bermohonlah serta sandarkanlah segala pergantungan kita kepada Allah S.W.T kerana Dialah sebaik-baik tempat bergantung.

InysaAllah baki huraian dalam surah-surah yang seterusnya akan menyusul selepas ini. Harap pembaca dapat bersabar.

---
.
.
.
.
Okeh kesimpulan, takde doa khas untuk anak lawa.. takde doa khas utk senang beranak.. segalanya kita kena serah dan bergantung kepada Allah.

Orait, Ibu-ibu sekalian, kita ni mudah terikut-ikut dengan keadaan. Semoga ilmu yang sedikit ni dapat dikongsi dan dipanjangkan okeh@!~
 
Related Posts with Thumbnails