Lilypie 1st Birthday Ticker

Kita ni, main ikut je orang kata korek telinga batal puasa. TAK BATAL!

بسم الله الرحمن الرحيم



Pekara-pekara yang membatalkan puasa dan tidak membatalkan puasa.




Sebagai panduan, berikut disertakan beberapa hukum secara ringkas berkaitan puasa yang kerap ditanya oleh orang ramai :-

.

.

.

1) Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam,
ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan
lain-lain.


Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215).

Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah di pinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)


2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan
dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian
kepala. Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur
ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam
hidung, telinga, mulut dan dubur.


Hukumnya : Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja' atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 211).

Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa yang mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.


3) Pil elak haid untuk puasa penuh :


Hukumnya : Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa. Namun yang terbaik adalah tidak menyekat haid, dan tidak menganggu kitaran fitrah yang telah ditentukan oleh Allah swt. selain itu wanita sedang haid juga masih boleh melaksanakan pelbagai jenis ibadah.


4) Penyembur gas untuk pesakit lelah:


Hukumnya : Baru-baru ini pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu ini. Tidak dinafikan ia satu isu yang amat kerap dibincangkan oleh para ulama seantero dunia dan mereka berbeza pandangan apabila sebahagian menyatakannya batal dan sebahagian lain menolak.


Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa. Demikian pandangan awal dari Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang Juali 2007 baru-baru ini, tetapi kemudiannya mereka menarik balik keputusan mereka untuk dibincangkan lebih terperinci dalam persidangan akan datang.


Bagaimanapun para ulama masih perlu bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat kerana Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd ‘Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226).


Namun jelas para ulama berhati-hati dalam memberikan keputusan dalam hal ini kerana menyedari walaupun serbuk-serbuk dari inhaler tersebut boleh memasuki ruang perut, namun ia adalah satu keperluan buat pesakit athma dan tidak pula dilaksanakan secara saja-saja, bukan pula kerana nafsu lapar.


5) Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki
selain rongga terbuka yang asal:


Hukumnya : Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, pain killer dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; ‘Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan.


Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercangah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar'iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).


Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.


6) Berkumur-kumur dan air masuk ke rongga hidung
semasa wudhu.


Hukumnya :
Tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa dalah lebih baik.
Ia berdasarkan hadith : "Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu, dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; Sohih).


7) Melakukan Maksiat seperti tidak solat
:


Hukumnya : Tidak batal puasa menurut majoriti mazhab dan ulama. Akan tetapi dosa maksiat itu akan ditanggung berasingan mengikut jenis maksiat, malah mungkin bertambah besar dosanya kerana mencarik kehormatan Ramdhan.

Pahala puasanya pula akan terhapus Selain itu, ia juga mencarikkan keseluruhan tujuan berpuasa iaitu bagi melahirkan insan taqwa dan jauh dari maksiat. (Qaradawi, hlm 104) Nabi bersabda : "Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)


8) Mencium lelaki dan wanita semasa
berpuasa


Hukumnya : Mencium isteri atau suami tatkala berpuasa, tidak batal menurut majoriti ulama.
Ia berdasarkan beberapa dalil antaranya :-
كان رسول اللَّهِ يُقَبِّلُ وهو صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وهو صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ كان أَمْلَكَ لِإِرْبِهِ
Ertinya : "Nabi S.a.w mencium dan bermesra (dengan isterinya) dalam keadaan ia berpuasa, tetapi baginda adalah seorang yang menguasai diri dan nafsunya" (Riwayat Abu Daud, 2/311 ; Syuaib arnaout : Sohih)

Dan satu lagi adalah : -
فجاء شاب فقال أقبل يا رسول الله وأنا صائم قال لا قال فجاء شيخ فقال أقبل وأنا صائم قال نعم قال فنظر بعضنا إلى بعض فقال النبي قد علمت لم نظر بعضكم إلى بعض إن الشيخ يملك نفسه رواه أحمد والطبراني في الكبير وفيه ابن لهيعة وحديثه حسن وفيه كلام

Ertinya : Kami bersama Nabi tiba-tiba didatangi oleh seorang pemuda dan bertanya : Aku berpuasa dan aku mencium isteriku, jawab nabi : Jangan ; tiba-tiba dating seorang tua dan bertanya soalan yang sama : Jawab nabi : Ye ( tiada masalah) ; kami kami saling berpandangan antara satu sama lain, maka nabi berkata :-


"aku tahu apa mengapa kamu saling berpandangan antara satu sama lain, sesungguhnya orang tua mampu mengawal dirinya (nafsu)" (Riwayat Ahmad dan At-Tabrani, sanad terdapat Ibn Lahi'ah yang diperkatakan tentangnya, menyebabkan hadis dianggap dhoif)
Al-Qaradawi pula menambah "berapa ramai orang tua zaman sekarang yang turut tidak mampu mengawal nafsunya " (Fiqh As-Siyam, hlm 106 )


Kesimpulannya, ia tidak membatalkan puasa dan ciuman sebegini tidak harus jika ia boleh membawa mudarat seperti menaikkan nafsu dan boleh membawa kepada persetubuhan di siang hari ramadhan.


9) Wanita tamat haid


Wanita tamat haid pada waktu malam dan sempat niat pada waktu malamnya sebelum naik fajar subuh. Ia dikira sah walaupun belum mandi hadas. Jika ia tidak sempat berniat sebelum fajar subuh, seperti belum makan dan minum apa-apa pada pagi itu, kemudian pada jam 8 pagi haidnya kering, ia tidak dikira boleh berpuasa pada hari itu kerana tiada niat bagi puasa wajib boleh dibuat selepas terbit fajar.
Demikian juga ditegaskan oleh majoriti ulama (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/201)
Dalilnya adalah :-
من لم يُجْمِعْ الصِّيَامَ قبل الْفَجْرِ فلا صِيَامَ له
Ertinya : "Barangsiapa yang tidak berniat untuk puasa sebelum fajar, tiada puasa (wajib) baginya" ( Riwayat Abu Daud, 3/108 ; Albani : Sohih )


10) Keluar air mazi


Air mazi adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan kerana naik syahwat. Banyak persoalan berkenaan keluarnya air mazi semasa berpuasa, samada ia membatalkan puasa atau tidak.?

Zahir dalam mazhab Hanbali menyatakan, ia membatalkan puasa.
Bagaimanapun mazhab Hanafi, Syafie, Awzai'e, Hasan albasri, As-Sya'bi dan Imam Ahmad dalam satu pendapatnya berfatwa keluarnya air mazi tidak membatalkan puasa. Saya lebih cenderung dengan pendapat ini.


11) Keluar air mani tanpa setubuh


Mencium dan menyentuh sehingga keluarnya mani dengan syahwat adalah membatalkan puasa dan wajib qadha, ia adalah disepakati oleh seluruh ulama.


Adapun keluarnya air mani hanya kerana berfikir lucah dan melihat dengan syahwat, ia tidaklah batal menurut sebahagian ulama termasuk mazhab Syafie, Hanafi. (Al-Mughni, 4/159)
Manakala mazhab Hanbali dan Maliki mengatakannya batal.


Walau bagaimanapun, saya lebih cenderung dengan pendapat yang mengatakannya batal kerana ia benar-benar bercanggah dengan tujuan dan maqasid puasa dalam Islam. Selain itu, ia juga adalah sama dengannya keluar mani kerana sentuhan.


Keluar air mani kerana bermimpi di siang hari Ramadhan atau kerana sakit tertentu. Sepakat ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa.


12) Menelan air liur


Hukum : Ia tidak membatalkan puasa disebabkan terlalu sukarnya untukmenjaga hal seperti ini. (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/159)


13 ) Mandi


Tiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa. Dalilnya adalah hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan orang yang junub mandi selepas waktu subuh. Ibn Abbas juga pernah disebutkan mandi ketika berpuasa. Kecuali seseorang mandi sambil mencuri minum sebagaimana yang mungkin dilakukan oleh para remaja dan lainnya, maka ia batal kerana minum dan bukan mandi itu sendiri.


Kemudiannya pula, dakwaan yang menyatakan makruh mandi terlalu kerap, atau mandi pada hampir waktu berbuka kerana ia boleh mengurangkan keletihan dan sekali gus menghilangkan kelebihan puasa.


Sedangkan di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:
“Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”


Dengan itu Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) menyatakan:
“Tidak mengapa seseorang mencurahkan air ke atas kepalanya (ketika puasa) disebabkan panas atau dahaga kerana diriwayatkan oleh sebahagian sahabat bahawa mereka melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”
(Ibn Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, 2/18, cetakan Dar al-Fikr, Beirut).


14) Berniat berbuka atau membatalkan puasa sebelum
waktu.


Tindakan sebegini adalah membatalkan puasa menurut mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi. Cuma jika dengan segera seseorang itu kembali berniat dan membetulkan niatnya tadi, puasa tidak terbatal.


Justeru, seluruh individu berpuasa wajib menjaga niatnya agar tidak terpesong untuk membatalkannya. Imam Ibn Quddamah menolak pandagan yang mengatakan tidak batal kerana ibadah itu adalah berdasarkan niat seperti solat juga yang akan terbatal jika berniat membatalkannya. (Al-Mughni, 4/175)
Sekian,



Akhukum Filllah,

Nurzamir Bin Zakaria
Instructional Designer (Arabic),

Nenen Kempess!!

بسم الله الرحمن الرحيم


Okeh jiji.

Meraung sekarang!!

Dah dekat jam 10 dah ni!!

Dah la takde mood dah nak blogging.

Semua takde mood dah.

Semua masuk longkang!!!

Tak suka nyaaaaaaaaaaaaa kempes!!!

Hey Hey Hey!!!!!! (*hmphh!!!*)

بسم الله الرحمن الرحيم

Wooot!!!@!~ Mari menambah koleksi Kuih Raya di atas meja yuk!!!!!!!!!!

Email pesanan Kuih raya di: rumadatme_g@yahoo.com


Note: Kalo nak menjual/promote sekali pon boleh untuk area rumah/opis korang.

Email me your:

  • Contact Number
  • Lokasi pick kuih raya.

Nanti I tukar poster tu jadi nama dan contact number korang.




Ini rasa hati(ku)

بسم الله الرحمن الرحيم

"Ini kebahagian" (aku perlu berlajar untuk terus bersyukur)



Pernah rasa saat di penghujung hidup?

Aku pernah.

Aku tak mahu rasa lagi.

Kerana aku punya suami dan anak.

Aku punya mama dan abah.

Aku punya dosa yang belum di ampun.

Aku punya pahala yang tidak pernah cukup.

Ya tuhan,

Aku punya tangan dan kaki,
Aku punya akal dan hati,
Aku punya hidup dan mati,

Aku masih lalai.
Aku masih kabur.
Aku masih tidak (reti) bersyukur.


Jika tiba penghujup hidupku...
Ampuni aku.
Lindungi hidup suami dan anak ku.
Berkati ibu bapa ku.
Rahmati sahabat ku.

Panduan Menyusu Bayi di Bulan Puasa (Menurut Dr. Jiji) =P

بسم الله الرحمن الرحيم


Breastfeeding and fasting?

Erk!

Are you ready?

I'm not.

=(

Aku ada cuba berpuasa sambil menyusu Anis. Perut ku pedih tak ingat la!!!

Jadi aku dah create satu rutin harian yang boleh membantu (perut) aku bertahan di bulan puasa.

Menu ketika sahur:

500ml - plain water.
1 biji Green Apple.
Small amout of rice with green vege. + egg White + Salt. Goreng!!@!~
Tahu/Tafu Fa/Soya Bean.- 1 cup
1 capsule of Fenugreek pill

Menu Berbuka:
All you can Eat Hahahaha!@!~
1 capsule of Fenugreek pill

Menu Sebelum tidur:
Holick/Fresh Milk - 1 cup ( +- 100 ml)
500ml - plain water.(Must!)
1 biji Green Apple. (Must!)
1 capsule of Fenugreek pill

.

.

.




Enjoy gambar anak dara saya.


Orait momsies. Selamat berpuasa!!!

Aku takde semangat dah..


بسم الله الرحمن الرحيم


nak update blog..

Sidebar header dah tukar... banner blog pon dah tukar...

Apa lagi yang tak cukup. Rasanya kena pindah umah baru ada mood balik kot!

*wink*

Selamat Menyambut Ramadhan!!@!~

Sangat lazatnya Dark Chocolate@!~

بسم الله الرحمن الرحيم






Chocolate diperbuat dari tumbuhan, jadi banyak la kelebihan dan faedah untuk kesihatan kita. Tahu tak Chocolate ni berada dalam kategori dark vegetable!?.

Direct translation: sayur gelap! Hah!

Kelebihan chocolate berasal dari flavonoid yang bertindak sebagai antioxidants.

Kamus Cokelat: Flavonoids adalah pigmen yang terdapat pada tumbuhan, bertindak sebagai antioxidants membantu mengurang kerosakan pada badan kita. Flavonoid banyak terdapat sayur gelap (?? apa punya translasi daaa).. Flavonoids boleh melegakan blood preassure dan mengimbangkan hormon dalam badan. Elok simakan ketika period!


Lagi best, Antioxidants melindungi diri dari penuaan yang terhasil dari pada radikal bebas, yang boleh menyebabkan sakit jantung. Takperlu berbelanja lebih (bak kata dalam iklan sabun)

Dark chocolate mengandungi kandungan antioxidants yang banyak!! (nearly 8 times the number found in strawberries).

Jadi apa lagi, call suami anda kata jangan lupa beli whippedcream, ice-cream dan dark chocolate sekarang juga ya!!@!~
Macam-mcm aktiviti boleh dilakukan. Haaaaa!! *wink*

DOA ELAK H1N1 (Jangan Amalkan!! TERPESONG)

بسم الله الرحمن الرحيم



HINDARKAN&ABAIKAN DOA INI!!!!





Soalan:
Assalamualaikum Ustaz,
Dalam kerisauan penularan wabak pandemik H1N1 yang melanda Malaysia dan seluruh dunia mutakhir ini, banyak email yang saya dapat berkenaan doa-doa yang boleh diamalkan untuk menghindarinya. Salah satunya termasuklah seperti yang saya lampirkan.

Mohon pendapat ustaz berkenaan doa tersebut. Adakah boleh kita mengamalkannya? Ada yang menganggap ianya dari syiah. Mohon penjelasan.

Terima kasih,

Syukor,
Kuala Lumpur



Jawapan:


Waalaikumsalam...

Selepas meneliti kandungan risalah yg dilampirkan, saya dapati ada banyak keraguan dari sudut kenyataan, kandungan dan matan doa itu sendiri.

Antaranya adalah seperti berikut :

1. Status Syeikh Ibnu Ahmad At-Tamimi Al-Malizi yang dikatakan Murshid. Tidak pernah saya terbaca dalam mana-mana kitab himpunan ulama'-ulama' tanahair ada ulama yang dikenali dengan nama tersebut.

2. Di bawah risalah tersebut dinyatakan, disediakan oleh ustaz Thalut @ Muhammad Adeeb Sakiran, Bahagaian Dakwah Bebas JAIS, kategori D1, D2 & D3, beserta no rujukan fail dan no HP.

Untuk pengetahuan tuan, ada banyak keraguan di sini :

i. Tidak wujud pegawai dengan nama tersebut bertugas di Bahagian Dakwah JAIS.
ii. Tidak wujud yang dinamakan "Bahagian Dakwah Bebas" JAIS
iii. D1, D2, & D3.. setahu saya ia adalah kod bagi kategori kad tauliah mengajar. Jadi, apa kaitan dengan bahagian dakwah JAIS yang dinyatakan.
iv. No HP yang tertera telah cuba dihubungi, tapi tidak diangkat.

3. Matan doa yang di tulis juga mempunyai banyak keraguan.

i. Dari sudut maknanya, ia seolah-olah bukan doa yang dipohon kepada Allah, tetapi tawassul yang dipohon kepada manusia. Ulama bersepakat bahawa haram bertawassul dengan memohon kepada makhluk. Yang dibolehkan adalah tawassul dengan kemuliaan dan keberkatan orang soleh dan hajat tetap dipohon kepada Allah.

ii. Doa tersebut jelas tidak mengandungi perkataan dalam bentuk apa-apa doa, permintaan hajat kepada Allah. Hanya sekadar tawassul kepada 5 orang yg disebutkan dalam matan ayat tersebut.

4. Saya mengandaikan, ini adalah surat berantai yang disebarkan oleh individu tertentu dan tidak mempunyai apa-apa sandaran nas juga tidak warid (bersambung) dari Rasulullah SAW.

Oleh itu, abaikan sahaja dan wajib kita hindari apa2 amalan yg tiada sandaran nas daripada al-Quran dan al-hadith.

Sekian.

Wallahu a'lam bis sowab.

Ustaz Mohd Farid Mohd Zainal
Naib Ketua Pemuda DPPK Kapar

p/s: Aku bekerja dengan orang-orang dari Madinah. Sumber begini mereka akan tapis setapis-tapisnya! Harap sebarkan Ya!!

IM BACK!!!!!!!!!!!@!~ (Blog Make Over!! Hire me to be your Blog Designer)

بسم الله الرحمن الرحيم








.
.
.
latest creation..

CLICK to ENLARGE

alarr just visit her blog lar! http://photosspeakmymind.blogspot.com/

Header Baru!! *joget piring* korang suka tak??

بسم الله الرحمن الرحيم



Woot!! aku design header baru!!@!~ sila kasi bintang dan purnama ya!!!!!!

Lagi satu suka tak design title unruk sidebar.. bersungguh sungguh hubby i godak coing-coding tu walopon boleh buat sendiri sebenarnya :P

mak busy jaga anak la!

p/s: buat koben, *ehem*

Penawar H1N1?

بسم الله الرحمن الرحيم


Apa la nak jadi sekarang ni, mahkluk paling halus boleh meninggal kesan paling besar.. Itu hari rancangnya nak ke Aquaria KLCC. Kensel. Pasal fikir seribu kali jugak nak bawak anak dara tuh berjalan. Padahal batuk baru reda. Tup tup pulak ada meeting dekat Cheras.

Masa balik tuh singgah Jusco Cheras/Serdang? aku pon sure. Hur hur. Masuk je semua orang rata-rata pakai mask!!! Saiko seh! dengan kakak-kakak cashier semua ada mask!. Aku dah start gelabah. Time tu tawakal je, fikir perot lapar. Abis makan berambus terus dr situ. Takott!!!

Malas tuh aku rasa mcm tak ok je badan. Idong sesema sket. Anis pon badan suam-suam. Setiap 30 minit aku check temperature dia. Dah la hari tu heat wave menggilaaa panasnya!. Malam pasang aircond pon rasa panas lagik.

Haih. Tobat dah takmo pegi public area lagik. Aku rasa maybe hari panas-panas sampai rumah terus pasang aircond.. pastu makan pulang aiskrim Milo buatan sendiri. Haa naik la panas!

Oh ya,aku baca blog Kak ros mengenai Penawar H1N1.. Ramai jugak kawan-kawan aku yang terkena tempias virus ni. Harap tips dari blog kak ros ni boleh membantu!

Harap baca email dibawah ye dan sila share dengan kawan-kawan.

JUST A SMALL BUT MEANINGFUL INFO FM ME TO YOU AND YR FRIENDS…MY PERSONAL EXPERIENCE OF H1N1 SINCE IT PRACTICALLY HIT US LIKE A TIME BOMB…..

My staff was crying herself sick on Tuesday morning…was told that her son was confirmed of H1N1 in his Uni at Kangar, Perlis…worse was that when he was bedridden 2 days the warden didnt even bother to sent to hospital till his dad came fm KL and with his friends assistance brought him to GH Kangar….

No one bothered in the hospital and he was put in the normal ward for another 2 days!!! (imagine the amount of people he has infected!!) …..after 2 days and his eyes were turning yellow and saliva greenish…he was put in quarantined room…

Called his mom to say…minta maaf and ampun la dosa dia, etc…she practically fainted just telling me the story.. cant do much cos she x have enough money to go to the north with the father…

First thing we did was made her call the hospital and insist that they sent him to Sg.Buloh Hospital or any other hospital in KL since they seemed to be more alert and more equipt…they refused of course…so I sent her off to Kangar the same day to solve the problem.

Whilst this was happening, SUBHANALLAH, I had a call from one Ustaz who was in town to “help cure” another H1N1 child in Shah Alam….and was told this simple prescription by him…..of course kena redha pada ALLAH and niat dengan sesungguh nya…selawat 3x…

EAT MINIMUM 6 GREEN APPLES A DAY AND FRESH ORANGE JUICE for those with sore throat please blend the apples and keep on taking till your fever disappear and yr symtoms are gone….I cannot explain it but the child in Shah Alam was ok too after taking this tip….

ALHAMDULILLAH…my staff’s son was given the apple juice for the whole day on Monday/Tuesday and dengan kuasa ALLAH he was out of the fever yesterday Wednesday….she called me and was crying on the phone to say that her son was out of ICU and was able to eat normally…all these happened within just 4 days today (thursday 6 august)…

This is just to share with my fellow sisters and brothers and hope this small info could assist others as well, INSYA’ALLAH!!!!!!!!!! No harm in trying and kuasa ALLAH anything can happen!!!!

Apa itu segalanya?

بسم الله الرحمن الرحيم


Kadang (selalu) satu perkataan boleh hiris hati macam kaca yang tajam. Lambat nak elok. Lambat nak hilang. Walau hirisan paling halus, masih paling pedih.

ALAMAKTV:PROMO

بسم الله الرحمن الرحيم





ALAMAK is a brand new and exciting half an hour comedy sketch and spoof show which will be aired on ASTRO RIA in 2009 every WEDNESDAY, 9.30PM, ( CHANNEL 104 ).

If you missed yesterday's episode, grab a pen and paper and write this down..



DEAR HUBBY,on WEDNESDAY, 9.30 pm PLEASE HANDLE OUR KIDS FOR 30 MINUTES. I NEED MY LAUGHING DOSE.

P/s: Dinner is in the fridge! I love you.

and stick it on the fridge!!

Ini cerita pasal suami aku. ( Kes ego takbleh tahan punya!!)

بسم الله الرحمن الرحيم


Ada benda aku boleh tahan tapi kalo dah sampai tahap macam ni..


.

.

.

.

.

.

.

I rest my case lah!



Malam 1: 1.00am

Suami tido.

Aku tgh BF Anis.

Pastu dengar..

chuk chukk.. chuk chukk..

"B, b.." cuit tangan.. "U mimpi panggil kucing makan ke?"

Suami: "I mimpi kasi anis makan ubat"

Aku: Okayyyyy...
.
.
.


Malam 2: 2.00am

Suami tido

Aku kat depan buat storyboard.

Anis start merengek.

Diam.

Start merengek kuat.

Aku apa lagi angkat la bontot pi tgk..

Tepuk dia.. Bf dia kejap..

Pastu aku dengar..

Huuushh hussshhhh

Aku: Suruh anis diam kot...


Tapi siap tepuk bantal tuh !!!!!!!!!!!!!!!!!!


"B, B.. u tepuk bantal tu"


Suami: Tahuuuuuuuuuuuuuu@!~



Ego tak bokeh tahan nyahhhhhh!!!!!

Muahahahahhah!!!!@!~


.

.

.

.
Ohyeh lama tak taruk gambar anak dara aku.

Sudah botak@!~

Apa yang sudah jadi dengan aku sekarang?

بسم الله الرحمن الرحيم


Ini entry luahan perasaan.. (baca la luahan ku ceceh)

Aku seperti biasa, masih terkapai-kapai untuk menstabilkan kehidupan sekarang.

Tapi setiap dugaan ada hikmah. Aku nampak sangat-sangat.

Aku geram marah dengan Nursery tempat Anis. Masih terima bayi yang sakit.Lebih-lebih lagi batuk. Aku lagi geram dengan ibu kepada bayi tu. Nak je aku mencarut kat sini lepaskan marah!

Aku rasa nak sepak je penjaga yang letak anis sebelah budak tuh!

Aku rasa kalo letak cerek air atas kepala dah mendidih dah.

Insyallah, aku dah jumpa seorang ibu yang boleh jaga anis.

Mungkin penilaian aku terlalu awal, tapi aku rasa ibu tu begitu particular sebijik mcm aku. Rumah bersih tanpa habuk (part neh tak laa pasal aku mop pon ikot mood je dah). Takde sofa buat perap habuk. semua spisis kayu jati kot. Takde karpet! pakai tikar kayu. Ada aircond!!! Paling best dia tak memasak !!!.AKu berdoa sangat-sangat anak aku selamat dalam jagaan dia nanti.

Walaupun batuk anis tak seteruk dulu, sebab mlm dia boleh tido.. tp Dr. Amdan kata kuat sangat virus/bacteria yg attack paru-paru dia. lambat nak recover.

Sigh. Dr kasi *singulair (untuk prevent asthma.)

SINGULAIR is a prescription medicine approved to help control symptoms of asthma in adults and children 12 months and older and for relief of symptoms of indoor and outdoor allergies (outdoor allergies in adults and children as young as 2 years and indoor allergies in adults and children as young as 6 months).


Sebab anak dara aku neh mmg ada ciri-ciri senang kena asthama.

1. Lactose intolerant.
2. Eczema.
3. Allergy to dust.

Aku amik cuti 1-2 minggu. Aku rasa aku dah cukup beruntung ALlah permudahkan aku banyak perkara. Gaji masih lagi full. HR very understanding. Ye la kan semua kat situ mmg mengikut lunas-lunas islam. Masa aku jumpa Pak Ali* (nama rekaan) dia tanya aku kerja untuk apa? Nak jawab demi Allah mcm terlebih tawaduk la pulak kang. Aku jawab la untuk family... Pastu dia kata "so family come first!"

Alhamdullilah.

Nanti aku buat entry 1st day as SAHM. Wahahahahahah@!~ Sat aku rasa tak perlu.. aku boleh conclude everything in ONE word...BAPPPAKKKKK LETIH!!!!!!! :P Tapi kalo setakat dok mengadap anak lain laa.. ni kena kemas rumah ( tak habis kemas pulak tu lagi), nak siap kan keja freelance, dah laa skang boss tu dok sms aku tanya storyboard bila nak siap tgh malam buta. Macam ada affair ngn jantan lain je dok ketik ketik tgh malam. Nak siap kan order Mini ME lagi ngn Banner.

Cemana laa orang dulu dulu ekk yg pegi ke sawah padi..

Anyway.. banyak nak luah kan nih.. terimakasih laa baca sampai perenggan la ni..

Aku baca entry Kak Ros http://littlemamadiary.com/935/lagi2-kes-baby-mati-tersedak-susu/

Sini aku senarai kan lagi apa yang sebenarnya berlaku dengan anak korang di Nursery selama korang di opis.


Nursery's Nightmare!!(V1.0)


1. Anak korang tidor berhimpit himpit. Satu tilam single akan di kongsi dengan 3-4 bayi yang dah pandai berpusing-pusing. Anis aku bawak tilam super single untuk dia sorang. Seriyes!!!

2. Bayi kecik akan duduk dalam bouncing net. 8 jam korang kat opis 8 jam laa dalam tu. Tolak time mandi dan cuci berak je. Anis kecik aku kata lepas dia tido angkat!!!

3. Bayi yg dalam bouncing net tu akan di henjut mcm menampi beras.. gila laju! Lagi kuat menangis lagi kuat di henjut. Aku sound jugak kang bergegar otak bayi.. kepala baby lembut lagi.

4. Baby yang tak banyak ceta.. bila di susukan botol di sempang dengan batal! Nasib la anis jenis yg cerewet dengan botol kena kasi 100% attention kat dia time feeding.

5. Bayi korang akan di pegang dengan kasar.. kaki tangan di kepak time tukar diapers atau time tukar baju. kadang tarik guna sebelah kaki je. Mak aku dah sound kalo anta anak ke Nursery .. sediakan baju butang jgn bawak romper. Hikmah jugak Anis masa lahir shoulder dystocia (read more here)

6. Bayi korang yang suka bergolek- golek akan di tarik macam tarik guni beras je. Ni pon aku sound selagi anis atas tilam ni biar la dia nak bergolek. cemana la budak nak tido gerak sket ket tarik tido kat section masing-masing. tido pon tak aman.

7. Bayi korang akan di lap ibarat menyetal cendawan tepi sink. Takde nyee nak dap dap. Semua kasi sental!!

8. Berak cuci tak bersih. Sebab tu balik dr amik anak check towel dia tgk ada kesan taik ke tak!

9. Nak tido kan bayi dia akan hempuk-hempuk belakang anak korang. Seriyes boleh bergegar okeh. Mcm tepuk bantal nak buang habuk!

10.Baju anak korang kalo kena makanan atau muntah takde nye nak tukar. Pasal tak dipesan, pastu takde baju lebih. Kalo ibu tak kesah.. diorang lagi la.



.
.

Ni penjaga-penjaga kat Nursery Anis. Tapi yang jaga Anis tu tak sampai gitu la tp aku rasa ada jugak kasar nya. Ni dah dapat jumpa sorang ibu ni yang jaga 2 orang je, aku dah bersyukur. Itu pun aku kenal masa pegi buat follow up kat Klinik Adek. Terjumpa seorang aunty ni yang rekemen kawan dia.

Hikmah kan?

Betul. Allah kasi dugaan sebab dia nak beri ganjaran. Ingat tu!

(Bersyukur jiji!! Bersyukur!! banyakkan bertaubat!!!)

Wooot@!~ I'm working from home!!!

بسم الله الرحمن الرحيم


.. for two weeks only.

Biasa laa, Anis Manis sudah mula cough-cough.

Sigh.

Maaf ya saya lambat buat Mini Me dan tempahan banner.


Ampun!!@!~

Saya siap kan paling lewat petang esok ya. ^_^*/

Doakan Anis Manis cepat sehat@!~

(bertambah lanyuttt laa bedendeng kuuuu)
 
Related Posts with Thumbnails